Thursday, July 28, 2011

TERMA DI PEJABAT - ( PERWATAKAN 2) - PART 4

As Salam,

Sambung lagi bab perwatakan :

  • Kaki Tunjuk pandai- dia ni akan tunjuk dia pandai dalam segala hal berkait kerja dan kekadang bukan hal kerja pun dia pandai. Kawan2 meluat dengan dia ni dan selalu kena kata dibelakang. Aku anggap dia ni 'penghibur' di pejabat.
  • Kaki temberang- semua orang dia nak tipu,  boss pun dia tipu.....semua kerja tak siap dia kata dah siap. Orang dah tak percaya pada dia ni,  tapi biasanya dia ni selamba jer.....dia tak tau pun orang mengata or tak suka dia
  • Kaki kutuk orang- dia ni pulak akan mengutuk dan mengata semua orang, macamlah dia bagus sangat,  rasanya dia ni dengki dengan semua orang  aku gelar dia ni pendengki tua...hahaha..
  • Kaki Kapur- dia ni macam tak cukup gaji, tak cukup makan or tak segala2nya,  semua barang ofis dia nak kapur, duit orang pun dia kapur, senang cerita panjang tangan, or suka mencuri.....pantang orang lupa kekadang 20 sen pun dia kapur. Semua orang tak suka dengan pencuri sebegini..
  • Kaki pinjam- ni pulak suka meminjam, pinjam pen, pinjam pensil dan aku paling tak suka dia suka pinjam duit.....nak pulang memang liat dan buat2 lupa.....entah kenapa dia selalu tak cukup duit aku pun tak tau.  Kawan2 memang melarikan diri dari orang sebegini.....aku dah terkena banyak kali.  Kalau dia ni jenis merokok, rokok pun dia nak pinjam.....letih nak layan dia ni....
  • Muka tembok- senang citer muka tak tau malu....datang lewat buat muka selamba, meminjam pun buat muka selamba,  boss marah pun buat muka selamba, yang baiknya dia tak mudah amik hati or kecil hati.....hati dia sentiasa senang dan happy, tapi boss dan rakan2 ofis makan hati....
  • Kaki surau- dia ni geng solat,  setiap waktu solat mesti berjemaah,  best berkawan. Muka bersih sentiasa senyum, ada jugak yang jenis muka serius....Insyallah kawan2 pun akan terikut dengan cara dia yang tidak lengahkan waktu solat. Aku teringin jadi seperti dia ni...
Rasanya cukuplah dengan semua kaki2 ni.....tepuk dada tanya  selera yang mana pilihan hati kita....Mesti ada yang bertanya aku masuk kaki apa,  aku dah kerja 25 tahun ......semua ciri 2 perwatakan  tu aku pernah buat dan lalui kecuali dua watak......aku bukan kaki bodek or kaki ampu dan aku jugak bukan kaki kapur dan aku lebih suka dikatakan kaki lawan....aku selesa jadi fighter tetapi aku tak suka langgar peraturan dan polisi Syarikat.  

Satu lagi target , aku berniat nak jadi kaki surau....masalahnya aku tak rajin ke surau. Insyallah niat dah ada...

Semua  ini sekadar persepsi sahaja, ada kala perwatakan ini dari persepsi kita,  persepsi kawan2 tak sama,  boss pulak kekadang lebih sayang dengan orang yang kita tak suka sebab boss kata orang tu bagus bekerja dan laju dan pandai buat kerja. Kita mungkin jeles dengan orang tu.  Setiap watak yang kita nampak tu telah Allah jadikan sejak azali,  terpulang pada kita untuk buat penilaian. 

Yang pasti aku dapat nasihat yang berguna semalam dari sorang kawan, (berdasarkan ceramah yang dia dengar dari Prof Kamil Ibrahim, penulis buku Travelog Haji) kita jangan jeles kalau kawan2 kita naik pangkat dan kita masih di takuk lama dan tidak naik pangkat. Kita kena redho,  kena bersabar dan kena berdoa sebab kita masih sihat dan masih ada rezki lagi. Terima kasih kerana berkongsi ilmu dan pengalaman. Semuanya datang dari Allah dan perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita.

    Monday, July 25, 2011

    TERMA PEJABAT - PART 3 (PERWATAKAN)

    As Salam,
    Bagi kita yang kerja pejabat atau makan gaji, kita menghabiskan masa begitu antara 6 hingga 8 jam di pejabat sehari dan kalau kita dah bekerja lebih 10 tahun kita dah jumpa berbagai ragam manusia dengan perwatakan masing2. Ini adalah pendapat peribadi aku sahaja . Antaranya adalah :
    • Kuat bekerja- ini jenis kerja kuat siang malam dan kekadang lupa nak balik rumah. Boss sayang pada orang sebegini tapi famili makan hati.
    • Kaki ampu/bodek- ini jenis kerja bodek dan bermuka2 depan boss,  boss yang tak cerdik biasa akan sayang orang begini.  Orang sebegini biasanya tak tenang di rumah dan sentiasa berfikir camana nak cari kesenangan cara senang.  Tiada kreativiti sebab minda dia dah 'rosak'
    • Kaki lawan - jenis yang tidak sebulu dengan rakan2 pejabat dan boss, habis semua orang dia nak lawan dan hentam Banyak idea tapi boss dan rakan sepejabat tak suka dia ni. Biasa dia ni tidak ramai kawan, semua orang nak jauhkan diri takut disamakan dengan perwatakan dia.
    • Kaki mengulau - biasa dia ni suka melencong, pergi shopping,  pergi minum separuh hari bekerja,  pergi curi2 main golf dan ada kes balik rumah tidor.  Biasa orang begini kena umpat di belakang kerana selalu tidak ada di pejabat atau di tempat bekerja
    • Slenga or tak ada perasaan- biasa orang begini dia pergi kerja balik kerja ajer, tak campur orang dan tak umpat orang, muka selamba ajer....macam orang tak ada perasaan.  Orang begini biasanya menjemukan dan tidak boleh dibawak berbincang sebab dia tak akan bagi idea or dia senyap ajer masa meeting atau perbincangan.
    • Mulut tempayan or kaki gosip - dia ni biasa  suka bawak cerita dan bercerita hal orang, senang citer suka mengumpat hal orang, tak boleh simpan rahsia dan suka cerita keburukan orang.  Biasa orang begini orang tak suka tapi dia tak tau orang tak suka dia, kalau kat rumah biasa dia akan senyap waktu dia tidur ajer itupun pun kalau dia tak bercakap masa tidur ! Lagi satu biasanya dia lupa orang pun mengata dia kat belakang....hehehe
    • Kaki glamour/Gila glamour- dia ni makan, pakai mesti nak yang berjenama,  bergaya sungguh.....biasa orang begini selalu tak cukup duit sebab selalu bergaya dari awal bulan. Yang best kalau duduk sebelah dia mesti sentiasa wangi.....dia guna perfume yang mahal2.....Dia suka dipuji selalu.
    • Kaki pendiam- dia susah nak kita baca,  dia pendiam mungkin dia ni bermadu samada isteri tua, tengah or isteri muda,  kalau lelaki dia ada lebih satu isteri sebab tak ada masa nak layan kawan2 pejabat sebab kepala dah berserabut dengan masalah anak2 dan isteri2, ada kes pendiam sebab tak cukup duit nak makan, ada kes perempuan yang belum berkahwin dia malu dan jadi pendiam,  lelaki pun begini jugak.....malu sebab tak cukup duit untuk meminang anak dara orangAda kes pendiam sebab berat mulut dan tak mau buat dosa mengata orang.....ada lagi banyak sebab yang aku tidak ketahui.
    Ada banyak lagi perwatakan.....tunggu...

      Saturday, July 23, 2011

      APA ITU COSH ?

      As Salam,
      COSH atau Conference and Exhibition on Occupational Safety and Health kali ke 14 tahun ini diadakan di KLCC adalah anjuran NIOSH dari 17 hingga 19 Julai 2011, tahniah kepada pihak NIOSH atas kejayaan penganjuran mereka sejak 14 tahun lalu. Tahun ini kehadiran lebih dari 1300 orang, tahniah sekali lagi pada NIOSH.
      Lepas COSH boleh shopping di sini
      Semua pegawai, pengurus atau siapa saja yang bertugas  sebagai pegawai  Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dimestikan hadir ke COSH ini kerana peluang untuk mengumpul markah sebagai salah satu syarat untuk mereka memperbaharui lesen/kad perakuan dengan pihak JKKP/DOSH selaras dengan keperluan dalam CEP.  Sesiapa yang tidak hadir amat tipis untuk memperbaharui lesen kad perakuan mereka.
      Selesa dan bersantai di sini
       
      Kepada sesiapa yang nak tau  apa itu OSH, COSH dan SHO atau Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan masuklah website NIOSH.  Pada sesiapa yang ada kawan2, adik, abang, sedara mara , suami atau isteri yang susah dapat kerja atau nak tukar kerja dan berminat jadi SHO berjinak2lah dengan NIOSH punya website.  Insyallah bila minat ada peluang kerjaya dalam OSH adalah satu peluang kerjaya.

      Antara barisan SHO dari Syarikat kami

      Wednesday, July 20, 2011

      TERMA PEJABAT - JOB PERSON MATCHING (PART2)

      As Salam,
      Masa belajar,  biasa kita pilih bidang yang kita suka dan boleh carry dan kekadang kita boleh score dan kekadang tak score. Ini biasa dan lumrah, kita enjoy dengan apa yang kita pilih dan kita akan usahakan

      Bila masuk  alam pekerjaan, kita akan cari kerja yang stabil, tetap dan company besar dan selalu kaitkan dengan bidang pengajian kita semasa belajar dulu.  Bukan semua orang dapat bidang kerja yang cocok dengan masa belajar, kecuali yang belajar doktor, doktor gigi, jurutera, akauntan dan lain2 bidang yang professional, apa mereka belajar mereka dapat kerja yang sama....kecuali peratusan kecik yang beralih bidang.

      Ada orang yang dapat kerja yang mereka suka dan buat kerja yang sama lebih 10 tahun,  dapat naik gred dan pangkat di tempat yang sama. Prestasi kerja mereka setiap tahun cemerlang, kebetulan pulak boss suka dan percaya dan sentiasa diperi pujian melangit. Untung orang sebegini....cuba lihat sekelililing kita dan tengok nasib kawan2 kita yang cemerlang, dah rezki mereka 

      Ada pulak sesetengah orang kurang bernasib baik, mendapat prestasi kerja yang sederhana, adakala lemah dan sering bertukar unit, boss pulak tidak suka, kawan2 sepejabat pun tidak suka, akhirnya mencari jalan mudah dan mohon bertukar unit atau terus berhenti kerja dan ada yang berniaga dan ada yang menganggur secara terhormat. Sah ini satu kejadian yang berniat jahat dan menganiaya individu berkenaan.  Mana ada orang boleh buat kerja dengan cemerlang kalau seseorang itu ditempatkan yang dia tidak suka atau tak mampu nak buat. Sah Job Person Matching tidak brlaku di sini.....hehehe...Cuba lihat sekeliling kita....


      Alangkah indahnya kalau dapat buat kerja yang kita suka dan selaras dengan kemahiran dan kemampuan kita....ini barulah dikatakan Job Person Matching yang betul dan tepat. 


      Sepanjang 25 tahun bekerja....aku dah lalui Job Person Mathing...lebih kurang 3 kali sahaja, tahun 1987 hinga 1993,  1993 hingga 1996 dan tahun 2002 hingga 2004.  Lepas tu huru hara, buat kerja ikut suka....2004 hingga 2006....sebahagian sahaja, 2006 hinga 2007.... huru hara...2008 hingga sekarang....sebahagian sahaja...ada kemahiran yang aku suka tidak dapat digunakan sepenuhnya....aku redho dan masih berdoa, aku merancang dan dalam masa yang sama Allah merancang yang lebih baik untuk aku.....peluang di luar menanti, kemahiran ditagih....cumanya umur dan kesetiaaan aku masih ada lagi. Entahlah.....

      Friday, July 15, 2011

      TERMA DI PEJABAT- PART 1 - APA ITU KPI

      As Salam,

      Biasa dengar KPI  atau dalam bahasa Melayu, Indek Prestasi Utama.....dulu kat pejabat swasta ajer yang guna , skrg ni gomen pun guna jugak....bila PM bercakap semua orang pun nak bercakap,  skrg semua  ADUN dan Ahli Parlimen pun sudah ada KPI.....tu yang masing2 sibuk dengan KPI/IPU. 


      Syarikat aku dah guna benda ni sejak diswastakan dulu......setiap hujung tahun dan awal tahun semua orang sibuk dengan KPI ni......mesti nak pastikan KPI dicapai dengan cemerlang , agar dapat bonus yang tinggi dan kenaikan gaji tahunan tinggi.   Pada aku KPI ni memang bagus dan sasaran kerja boleh kita rancang dengan baik dan terancang.


      Cumanya sepertimana biasa setiap sistem yang diperkenalkan memang akan ada kelemahan, terutama kalau tidak di kaitkan dengan ugama  dan nilai2 murni.  Ada kes  yang gunakan KPI sebagai satu cara nak bodek boss, tipu boss dan yang paling malang nak tunjuk mereka buat kerja dan sampai terlupa norma2 kehidupan dan tidak menggunakan budibicara.  


      Ada yang jadi kejam bila bekerja semata2 kerana KPI/IPU....aku  selalu bergurau dengan kawan2 aku yang buat kerja HR , kekadang orang HR lebih 'inhuman' atau kurang perikemanusiaan berbanding orang bukan HR......tepuk dada tanya selera...

      Thursday, July 14, 2011

      KISAH2 NABI- WATAK PENTING ZAMAN RASULULLAH S.A.W.

      As Salam,

      Baru je abis baca buku pasal kisah2 Nabi....yang paling best kisah Nabi Muhammad s.a.w....Dari lahir, zaman kanak2, remaja, setelah berkahwin, berniaga, dakwah, mengembangkan islam, cabaran, hijrah ke Madinah, berperang, banyak lagi dan akhirnya kewafatannya Baginda.

      Watak2 penting yang aku suka,  Aminah, Abdullah, Halimah, Abd Mutalib, Abi Talib, Khadijah, Maisarah, Abu Bakar dan ramai lagi sahabatnya Baginda

      Watak yang paling aku tak suka dan benci....Abu Lahap, Abu Jahal dan semua musuh Nabi Muhammad s.a.w.

      Buku ini masih tidak sama dengan buku yang aku baca di UM tahun 1983....sedang diusahakan 

      Yang pasti lepas habis baca  buku ni, rindu pada Makkah dan Madinah makin membara....umrah 2008 sentiasa dekat di hati.....tak sabar tunggu 2013/2014. Insyallah

      Tuesday, July 12, 2011

      WATAK2 SEJARAH MELAYU LAMA

      As Salam,


      Aku hanya suka beberapa watak dalam Hikayat Sejarah Melayu Lama,  Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir , Hang Lekiu dan Tun Perak. Mereka ni pejuang dan pahlawan Melayu dan setia bertempat....


      Yang paling aku tak suka...Si Kitol, Raja Medeliar dan Tun Mutahir....mereka ni perosak bangsa dan penghasut.....watak mereka ni bersepah di dunia moden sekarang


      Yang paling best beberapa tahun dulu ada sorang kawan aku dari Melaka kata...citer Hang Tuah dan lima sahabat ni hanyalah hayalan dan direka2....mereka tak wujudpun......aku terkedu....abis tu camana Islam datang ke Melaka.....??? Buah Melaka,Pokok Melaka.....Parameswara peluk Islam pun cerita karut ker ? Betul ker Melayu mudah lupa sepertikata Tun M....

      Monday, July 11, 2011

      DI MANA KAU KASTURI.....? SEKADAR BERKONGSI RASA, EMOSI , HATI DAN PERASAAN

      As  salam,

      Aku memang banyak terpengaruh dengan citer lima sahabat ni.....kepada yang kata Hang Tuah hero Melayu....aku mintak maaf.....pada aku Hang Kasturi adalah hero Melayu,   aku masih lagi menjejaki buku Hikayat Sejarah Melayu asal tulisan Tun Sri Lanang di Red Spot,  perpustakaan UM....watak Hang Kasturi dan Hang Jebat sengaja dikatakan penderhaka.....

      Aku masih ingat lagi bahawa dalam peperiksaan STPM tahun 1982 semua pelajar diminta menjawap mengikut sukatan buku teks STPM.....
      1983 aku berjaya membaca buku asal sejarah Melayu yang telah diharamkan di Malaysia.....tahun 1982 ketika berhari raya di rumah seorang ustaz di Sg Kelambu , Banting aku berpeluang mendengar lagu 'Terang Bulan',  lagu sebelum Negara ku....lagu tersebut jugak telah diharamkan.....

      Tahun 1983 aku banyak juga habiskan masa di Red Spot UM....yang paling best dapat baca buku perihal kehidupan peribadi Nabi Muhammad s.a.w sejak lahir hinggalah Baginda wafat..citer pasal awan, kambing, kehidupan seharian Baginda , perniagaan, ibadah Baginda dll

      Kalaulah Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir , Hang Lekiu dan Hang Tuah masih hidup di zaman yang serba maju dan moden ini....sapalah yang akan jadi pengikut mereka ?  Hang Tuah moden memang ramai....mereka baik dengan Sultan dan Raja sebab nak pangkat Dato...Tun Mutahir, Raja Medeliar sentiasa ada tak kira zaman dulu2 or zaman sekarang...

      Aku disogok dengan semangat Melayu sejak tahun 1982.....kekadang di ajar membenci bangsa lain.......perpecahan Melayu paling ketara selepas 1998.....hinggalah 9 Julai 2011.

      Hujung Julai 2008 aku buat umrah dan 6 Ogos 2008 aku tiba semula ke tanahair aku Malaysia.....tak lama lagi genap 3 tahun aku buat umrah....kedamaian hati dan rindu pada Kaabah dan Masjid Nabawi buat aku mudah mengalirkan air mata.  Kini aku cari musuh2 lama aku dan aku bertegur sapa dengan mereka untuk berdamai....tinggal lagi seorang saja yang aku belum jumpa untuk mintak maaf.....masa akan tiba jugak...

      Negara aku Malaysia semakin celaru....aku tak sure siapa yang benar......BN, PR...UMNO, DAP, PAS, PKR, MCA, MIC, SUPP, SNAP dan lain2 lagi.....aku tak berapa minat citer pasal politik...aku selesa sebagai pemerhati...

      Rasanya macam nak cari kerja di Makkah or Madinah....damai, sayu, tenang....ibadah , semuanya.....aku rindu Baitullah, Makkah, Raudah, Nabawi dan tak lupa aku selesa di Ladang Khurma....buah kurma sedang mula matang dan masak sekarang.....

      Wednesday, July 6, 2011

      BUNGA ANGGUR DAN PUTIK ANGGUR BERTAMBAH LAGI, SUBHANALLAH

      As Salam,

      Aritu cuma setangkai, bulan Julai bertambah lagi 4 tangkai bunga anggur....best.... walaupun ditanam dalam pasu tetap boleh berbunga dan berbuah....entah manis atau masam....yang tahun lepas masam sangat...hehehe. Pokoknya kecik  ajer dalam pasu, tapi daun dan pucuk baru subur sangat.

       Tu dia anggur dalam pasu

      Tangkai anggur pertama dah besar
      Lebih kurang 3 minggu lepas aku masukkan baja buah dalam pasu anggur ni....beginilah hasilnya,

      Bunga anggur kedua

       Bunga anggur ketiga dan keempat

       Bunga anggur kelima

      Tahun 2010 ada dua tangkai anggur, tahun 2011 dah ada 5 tangkai anggur, Subhanallah syukur sangat tengok pokok anggur tu berbuah.  Saja suka2 berkebun sambil berhibur.......tapi kalau nak makan anggur manis aku tetap beli kat supermarket jugak..hehehe...

      Sunday, July 3, 2011

      ZIARAH KUBUR ABAH, IBU DAN ATUK NENEK

      As Salam,

      Dari kecik arwah abah dan ibu memang selalu bawak aku ziarah kubur atau dan nenek aku samada di Kg Batu laut, Kuala Langat  dan Kg Jeram Batu 18, Kuala Selangor.  Kini mereka berdua telah lama tiada  (arwah abah 1981 dan arwah ibu 1991).

       Pintu masuk kawasan perkuburan Kg Bt Laut
      Setiap tahun sebelum bulan puasa aku akan cuba cari masa ziarah kubur mereka di Kg Batu Laut berhampiran Morib dan Tanjung Sepat....aku selalu pesan pada dua anak lelaki aku Danial dan Ammar...."jangan lupa ziarah kubur ayah bila ayah dah tiada nanti" ...seperti biasa Ammar sebak dan sedih...aku sangat faham perasaan Ammar selaku anak bongsu...

       Dah bersih dan lebih kemas, 
      terima kasih kepada AJK Surau dan Kariah Batu Laut

      23 Mei lalu aku dan famili aku  sempat singgah kubur ibu dan abah aku semasa dalam perjalanan ke Port Dickson. Moga roh arwah abah, ibu, bapa mertua ,abang , kakak , kakak ipar dan atuk nenek aku sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Ameen.

      Saturday, July 2, 2011

      JALAN SESAK DI JALAN TUN RAZAK DAN TEROWONG SMART

      As Salam,
      Dulu kerajaan kata bila semua pejabat kerajaan dah  pindah ke Putrajaya sepenuhnya,  KL mesti lega dan kurang jam.....sapa kata gitu......bukti dua minggu lepas aku  berada di Jalan Tun Razak dari Jalan Gurney untuk pulang ke rumah aku di Bandar Baru Bangi.

       Jalan Tun Razak...tak pernah sunyi
       Masuk terowong bawah tanah JTR dan Jln Bukit Bintang
       Masuk terowong smart
       Dalam Terowong smart
      Bila keluar terowong smart terasa  lapang...tapi
      lepas bayar tol kereta mula banyak  dan kalau
      waktu puncak penuh jugak  kereta dalam terowong ni.

      Bangunan baru kiri dan kanan Jalan Tun Razak makin banyak dan padat....yang pasti KL tidak akan sunyi dan semakin sesak dan harga hartanah makin mahal....