Friday, July 15, 2011

TERMA DI PEJABAT- PART 1 - APA ITU KPI

As Salam,

Biasa dengar KPI  atau dalam bahasa Melayu, Indek Prestasi Utama.....dulu kat pejabat swasta ajer yang guna , skrg ni gomen pun guna jugak....bila PM bercakap semua orang pun nak bercakap,  skrg semua  ADUN dan Ahli Parlimen pun sudah ada KPI.....tu yang masing2 sibuk dengan KPI/IPU. 


Syarikat aku dah guna benda ni sejak diswastakan dulu......setiap hujung tahun dan awal tahun semua orang sibuk dengan KPI ni......mesti nak pastikan KPI dicapai dengan cemerlang , agar dapat bonus yang tinggi dan kenaikan gaji tahunan tinggi.   Pada aku KPI ni memang bagus dan sasaran kerja boleh kita rancang dengan baik dan terancang.


Cumanya sepertimana biasa setiap sistem yang diperkenalkan memang akan ada kelemahan, terutama kalau tidak di kaitkan dengan ugama  dan nilai2 murni.  Ada kes  yang gunakan KPI sebagai satu cara nak bodek boss, tipu boss dan yang paling malang nak tunjuk mereka buat kerja dan sampai terlupa norma2 kehidupan dan tidak menggunakan budibicara.  


Ada yang jadi kejam bila bekerja semata2 kerana KPI/IPU....aku  selalu bergurau dengan kawan2 aku yang buat kerja HR , kekadang orang HR lebih 'inhuman' atau kurang perikemanusiaan berbanding orang bukan HR......tepuk dada tanya selera...

4 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum En Rosli

kat tempat kerja ada juga kpi ni, tapi kami yg teruk, sebab nak capaikan kpi bos

Wassalam

sonata anak kancil said...

Salam - saya pun kena juga KPI ni...la ni sibuk pulak dengan NKRA!
baru selesai key-in markah murid - guna satu sistem standard dari Kementerian Pelajaran M'sia - sebelum ni sibuk dengan Q-net.

rosli said...

Hj Rozali,

Kalau kerja kerja dengan gomen....kita yang menurut perintah...kalau swasta untung mau lebih....dua2 boss yang dapat nama

rosli said...

Hjh Zaleha,

Best kalai ada KPI yang kita ikut dengan betul....target dah tersedai dan kita kejar target....cuma politik target jer yang berbeza