Thursday, July 28, 2011

TERMA DI PEJABAT - ( PERWATAKAN 2) - PART 4

As Salam,

Sambung lagi bab perwatakan :

  • Kaki Tunjuk pandai- dia ni akan tunjuk dia pandai dalam segala hal berkait kerja dan kekadang bukan hal kerja pun dia pandai. Kawan2 meluat dengan dia ni dan selalu kena kata dibelakang. Aku anggap dia ni 'penghibur' di pejabat.
  • Kaki temberang- semua orang dia nak tipu,  boss pun dia tipu.....semua kerja tak siap dia kata dah siap. Orang dah tak percaya pada dia ni,  tapi biasanya dia ni selamba jer.....dia tak tau pun orang mengata or tak suka dia
  • Kaki kutuk orang- dia ni pulak akan mengutuk dan mengata semua orang, macamlah dia bagus sangat,  rasanya dia ni dengki dengan semua orang  aku gelar dia ni pendengki tua...hahaha..
  • Kaki Kapur- dia ni macam tak cukup gaji, tak cukup makan or tak segala2nya,  semua barang ofis dia nak kapur, duit orang pun dia kapur, senang cerita panjang tangan, or suka mencuri.....pantang orang lupa kekadang 20 sen pun dia kapur. Semua orang tak suka dengan pencuri sebegini..
  • Kaki pinjam- ni pulak suka meminjam, pinjam pen, pinjam pensil dan aku paling tak suka dia suka pinjam duit.....nak pulang memang liat dan buat2 lupa.....entah kenapa dia selalu tak cukup duit aku pun tak tau.  Kawan2 memang melarikan diri dari orang sebegini.....aku dah terkena banyak kali.  Kalau dia ni jenis merokok, rokok pun dia nak pinjam.....letih nak layan dia ni....
  • Muka tembok- senang citer muka tak tau malu....datang lewat buat muka selamba, meminjam pun buat muka selamba,  boss marah pun buat muka selamba, yang baiknya dia tak mudah amik hati or kecil hati.....hati dia sentiasa senang dan happy, tapi boss dan rakan2 ofis makan hati....
  • Kaki surau- dia ni geng solat,  setiap waktu solat mesti berjemaah,  best berkawan. Muka bersih sentiasa senyum, ada jugak yang jenis muka serius....Insyallah kawan2 pun akan terikut dengan cara dia yang tidak lengahkan waktu solat. Aku teringin jadi seperti dia ni...
Rasanya cukuplah dengan semua kaki2 ni.....tepuk dada tanya  selera yang mana pilihan hati kita....Mesti ada yang bertanya aku masuk kaki apa,  aku dah kerja 25 tahun ......semua ciri 2 perwatakan  tu aku pernah buat dan lalui kecuali dua watak......aku bukan kaki bodek or kaki ampu dan aku jugak bukan kaki kapur dan aku lebih suka dikatakan kaki lawan....aku selesa jadi fighter tetapi aku tak suka langgar peraturan dan polisi Syarikat.  

Satu lagi target , aku berniat nak jadi kaki surau....masalahnya aku tak rajin ke surau. Insyallah niat dah ada...

Semua  ini sekadar persepsi sahaja, ada kala perwatakan ini dari persepsi kita,  persepsi kawan2 tak sama,  boss pulak kekadang lebih sayang dengan orang yang kita tak suka sebab boss kata orang tu bagus bekerja dan laju dan pandai buat kerja. Kita mungkin jeles dengan orang tu.  Setiap watak yang kita nampak tu telah Allah jadikan sejak azali,  terpulang pada kita untuk buat penilaian. 

Yang pasti aku dapat nasihat yang berguna semalam dari sorang kawan, (berdasarkan ceramah yang dia dengar dari Prof Kamil Ibrahim, penulis buku Travelog Haji) kita jangan jeles kalau kawan2 kita naik pangkat dan kita masih di takuk lama dan tidak naik pangkat. Kita kena redho,  kena bersabar dan kena berdoa sebab kita masih sihat dan masih ada rezki lagi. Terima kasih kerana berkongsi ilmu dan pengalaman. Semuanya datang dari Allah dan perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita.

    8 comments:

    Ummi Humaira said...

    assalamualaikum...

    lepas nie kita semua kena jadi kaki " PUASA YG SEBENAR2 NYA PUASA " bkn sekadar berlapar dan dahaga sahaja.

    SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM

    luahfikiran said...

    SALAM,
    BAGUS N3 NI ! SEBUT FASAL KAKI, LF ADA MASALAH TENTANG KEDUA2 KAKI NI. TAPI TETAP BERSYUKUR. ADA ORANG LAIN YANG MENANGGUNG PENYAKIT YG LEBIH TERUK DRPD LF !

    ummu said...

    assalamualaikum tuan
    moga2 kita tak jadi kaki kutuk orang/ mengumpat,sebab mengumpat tu, dosa dengan manusia,kalau dosa dgn manusia, kita kena minta maaf kat orang tu, kan Tuan
    terima aksih atas perkongsian

    rosli said...

    Ummi Humaira,

    setuju , kita jadi kaki puasa

    rosli said...

    Dato LH,

    Biasa bila kita dah bertambah umur dan berat bdan memag akan ada maslah kaki, saya sendiri kekadang kena gout. sakit tapak kaki pun biasa sebab overweight

    rosli said...

    ummu,

    setuju, cuma kekadang kelemahan diri buat kita terarah kepada slah satu kaki tersebut.

    aku said...

    best juga jadi kaki fighter....tapi fighter yang bertempat, yang tau masa bila nak fight....and fight perkara yang betul...

    rosli said...

    As Salam AKU,

    Betul tu seronok jadi fighter, cuma kekadang hilang kawan dan boss tak berapa suka