Monday, September 5, 2011

ANTARA AKTIVITI DAN JUADAH RAYA HARI PERTAMA

As Salam,
Biasa di pagi Raya pertama, lepas bermaaf2an dengan anggota keluarga mesti bergambar dulu dengan famili aku dan ibu mertua aku...lepas tu menikmati juadah raya dan terus beraya di rumah sedara mara yang terdekat dan terapat.


Famili aku dan ibu mertua aku
Menu utama emak mertua aku lode, nasi impit, kuah kacang ,ungkep daging dan ungkep ayam

Lodeh, peberet aku
ungkep daging
kuah kacang
ungkep ayam
Ibu mertua juga biasa sediakan macam2 kuih tradisional antaranya rempeyek, kerepek pisang, dodol dan macam2 lagi termasuk yang dibawa oleh anak menantu dia.

 Deretan kuih raya 2011
Ini dodol hasil tangan abang ipar aku, Abg Sham

Sebelah petang beraya di rumah Abang Bari ( Wak Sabari ) dan Kak Sah (kakak ipar aku yang paling sulong) mereka hidangkan ketupat, sup ayam, rendang daging,ayam masak kicap dan sup tulang lembu. Perghhhhh...kena pulak dengan sambal kicap pedas...

 Ketupat kat rumah Wak Sah/Wak Sabari
Ayam masak kicap
 sambal kicap pedas
Sup tulang lembu

4 comments:

rezeki said...

salam

ayam masak kicap pekat tu memang salah satu menu utama masyarakat melayu keturunan jawa, saya pun suka

Rozali said...

Assalamualaikum En Rosli

ketupat tu boleh tahan seminggu kut...he he

Wassalam

rosli said...

CR,

Betul tu, masyarakat Jawa di sini memang wajib menu yam masak kicap pekat tu.

rosli said...

Hj Rozali,

Biasa boleh tahan 2 hari ajer...lepas tu dah licin...skrg ketupat mmg jarang orang buat...semua nasi impit moden....hehehehe