Entri kali ini aku awal2 lagi mohon maaf kepada peminat kuching, pembela kuching dan yang sayang kuching, kerana tujuan aku hanyalah untuk memberikan kesedaran kepada orang yang tidak tahu membela kuching dan tidak tahu jaga hati jiran......
Beberapa minggu lepas sorang jiran aku 'mengamuk' sebab kasut sekolah anak dia kena kencing dan taik kuching, dia pun terus menulis surat ( hari Jumaat) kepada semua rumah2 di jalan tempat tinggal aku, dia jugak menyentuh pasal kuching yang menjadi kesayangan Nabi Muhammad saw, bahasa yang digunakan begitu lembut dan diplomasi dan yang paling best dia mencadangkan beberapa cara yang praktikal kepada pembela kuching, hari berikutnya (Sabtu) kelihatan semua jadi 'baik' dan dok kat rumah masing..rupa2nya sehari saja....hari Isnin berikutnya kasut2 anak jiran aku tu kena kencing kuching lagi.
Sebenarnya rumah aku dah banyak kali kena kencing kuching, taik kuching merata rumah dan bumbung kereta aku jadi tempat tidor kuching dan taik kuching memang selalu sangat di luar pintu pagar rumah....walaupun pasir2 dah aku dan wife sapu dan bersihkan. Teguran wife aku kepada jiran dan anak2 jiran yang membela kuching tu semacam mencurah air atas daun keladi.....to be exact dah lebih 3 tahun,.... aku, wife dan anak2 'menderita' dengan bau taik kuching ni....dah jemu menegur...beberapa tahun lepas aku pernah ditempelak dan ditegur semula jiran dan aku dimintak bertolak ansur pulak !!!.....dan kena lebih kurang dalam soal kuching ni....bau taik kuching ni lebih mencucuk hidung bila cuaca sejuk dan sebelah pagi...boleh ke aku dan famili disuruh bertolak ansur ????
Sekarang aku dah malas nak tegur jiran pasal kuching....kekadang tak bertegur sapa...aku berserah pada Allah....aku keliru dengan buku2 dan maklumat berhubung menjaga hati jiran...lebih parah kalau jiran kita mahir pasal agama, pemimpin dan ajk surau dan mempunyai latar belakang akademik yang tinggi....aku lebih suka berdoa dan mintak terbukak hati mereka agar menjaga kebersihan taik kuching.....
Islamkan menekankan kebersihan dan kita wajib menjaga hati jiran......atau aku dan famili kena 'tahan' dengan bau taik kuching tu demi menjaga hati jiran yang tak tau jaga kuching ???
Sesekali bila aku hilang sabar aku rasa nak jer kejar kuching dengan penyapu dan jerit kat kuching tu dengan suara yang kuat....pernah aku rasa nak baling kuching dengan selipar...tapi bila mengenangkan Nabi Muhammad saw amat menyayangi kuching....terpaksa menahan geram.
Selalu aku terfikir dan cuba melihat dengan mata hati....kenapa dugaan begini hadir kepada aku dan keluarga....apa salah kami yang tidak bela kuching tapi terpaksa hidu bau taik kuching setiap hari dari jiran sebelah rumah....kena kencing kuching, kena bersihkan taik kuching depan rumah dan kekadang hilang rasa nak bertegur sapa dengan jiran....semua gara2 kuching yang tidak terbela ni.....buat masa ni doa dan harapan ajer yang dapat aku titipkan......

Kepada pembaca di luar sana...apa lagi patut aku dan jiran2 lain buat agar hidup kami lebih harmoni dan bebas dari bau taik kuching yang begitu menusuk hidung setiap tahun sejak lebih 3 tahun lalu???? Tolonglah bagi pandangan yang praktikal ......sekurang2 nya dapat bertahan , bersabar dan menerima dugaan ini.....