Tuesday, October 4, 2011

MUSIM HAJI- GELORA DAN RONTAAN JIWA UNTUK MENJADI TETAMU ALLAH

Assalamulaikum w.b.t

Aku mula tahu pasal orang buat haji sejak tahun 1973, pertama kali aku hantar mak long aku di Port Swettenham mereka naik kapal....3 bulan baru pulang dari haji...tahun 1986 arwah ibu aku dan makcik dan pakcik  aku pulak buat Haji...kali ini naik kapal terbang dari LTAS, Subang. Aku sebak masa tu,  baru lepas grad , belum dapat kerja tetap dan mohon ibu aku doakan aku dapat kerja tetap. Syukur lepas tu dapat kerja tetap dengan Yayasan Selangor.
KENANGAN UMRAH 2008
Setiap kali orang pulang dari Haji , aku biasa dengar citer2 pelik mereka di sana dan perasaan rindu mereka,  masa tu aku tak rasa apa2pun.....tetapi selepas 2 minggu ibu aku pulang dari Makkah, pada bulan November 1986 aku bukak akaun Tabung Haji dengan permulaan RM 10.00.  Yang sedih dan buat aku terkilan (perasaan yang timbul semasa sedang lepak di Dataran Kaabah ketika buat umrah 2008) aku tak pernah tambah walapun satu sen sehingga Ogos 2008,  22 tahun aku biarkan akaun tersebut !!!!.

Ketika buat umrah Julai- Ogos 2008, macam2 perasaan aku alami di sana, baru aku tau apa itu umrah dan haji,  baru aku tau 'penangan' Makkah dan Madinah, baru aku tau apa itu rindu  pada Makkah dan Madinah, banyak kali aku menyesal di tangga Dataran Kaabah....napelah aku tak pernah tambah duit dalam akaun TH dan tidak daftar Haji.. Awal tahun 2009 bila dah cukup duit aku terus daftar Haji bersama isteri dan cukupkan simpanan TH. Alhamdulillah. Giliran aku tahun 2024....bermakna aku kena tunggu 15 tahun....pegawai kaunter TH tu kata paling awal akan dapat giliran 2018, enam tahun diawalkan....( Insyallah akan merayu atau guna pakej jika kedudukan kewangan mengizinkan)

KENANGAN LADANG KURMA DI MADINAH , 2008

Bila tiba musim haji tahun 2009, 2010 hati aku sentiasa 'jeles' dengan kawan2 dan sedara mara yang dapat giliran awal,  pada aku ini 'jeles' yang paling best.....its ok.....mereka daftar awal dan dapat jemputan sebagai tetamu Allah, dah rezki mereka. Tahun ini 2011, 3 orang officemates aku akan kerjakan haji bersama pasangan mereka. Manakala di luar seorang kawan yang dah pencen pun akan buat haji dengan wife dia,  sorang lagi kawan bekas officemate pun akan buat haji dengan wife dia....rontaan dan gelora jiwa aku ke Tanah Suci makin kuat tetapi terkawal...

4 Oktober 2011 (pagi ini) kakak dan abang yang jaga 3 orang anak aku sejak 18 tahun dulu pun akan bertolak ke Madinah dan Makkah untuk kerjakan haji....seronok tengok mereka begitu bersemangat untuk kerjakan haji.  Aku tidak putus2 berdoa dan aku amat yakin Allah akan bagi tarikh dan waktu yang terbaik untuk diri aku dan keluarga aku.  Ameen.

26 comments:

Mohd Saad Hamid said...

Assalamu'alaikum rn rosli.

Amiin. Semoga diperkenankan ya Allah!.

Faeez said...

ermmmm..best kan g haramain...saya dpt turn g haji 2032...lamanya nak tggu...menyesal x daftar awal...

rosli said...

Hj. M Saad,

TK atas doa tuan.Ameen

rosli said...

Faeez,

Pernah saya bertanya sorang kawan dan jugak sorang ustaz, dia kata semua ini Allah yang tentukan. Yang paling best kawan nasihatkan saya, at least kita sedar dan dah daftar dan berniat nak buat haji. Syukur. Sama2 kita berdoa agar Allah permudahkan dan percepatkan. Ameen

Ismail said...

Assalamualaikum,

Saya merasa terharu dengan luahan hati saudara, Saya dulu pun begitu juga daftar haji tahun 2006 dan dapat tersenarai 2016.
Saya tak berputus asa sejak itu setiap tahun saya mengikuti kursus haji dan mendaftar diri di kursus tersebut.

Syukur Alhamdulillah setelah 4 tahun berturut turut mengikuti kursus haji, akhirnya 2009 ditawarkan menunaikan haji.

Oleh itu saya cadangkan saudara rajin lah mengikuti kursus haji dan berdaftar kehadiran kursus berkenaan. Kadang-kadang tak perlu buat rayuan, Insya Allah akan terpilih juga kita secepat mungkin

T. Kasih

purplemarple said...

asslmkm en rosli

insyaallah semoga hajat en rosli di makbulkan Allah... doakan saya juga supaya dapat pergi ke sana...

rezeki said...

salam

alhAmdulillah

jalan ke arah "tersebut" telah telah dirintis, insyallah Allah akan mempermudahkan nanti perjalanan saudara suami isteri , masanya hanya Allah sahaja yang mengetahuinya

Dia Maha Mengetahui setiap perjalanan hidup hambaNYA

hilmyiskandar said...

Salam Haji Rosli.

Tugas saya kerana Allah hanya membantu Jemaah di Komplek Tabung Haji, Kelana Jaya saban malam di balai berlepas, siang kerja. Untuk Jemaah yg akan berlepas ke Madinah buat ketika ni. Memang seronok Jemaah ke Madinah + Mekah. tiap malan hanya berbisik pada Jemaah pahatkan nama saya disana utk musim haji tahun depan - itu aja.

Amin, muga doa Jemaah saya ke sana nanti.

tq.

pesona said...

Assalamualaikum Tuan,

Kepada sesiapa yang telah pergi mengerjakan Haji ataupun Umrah apabila tiba musim mengerjakan Haji.....teringat didalam hati akan kenangan semasa berada di MH..yang mana bagi saya menunaikan Haji 2010 terasa masa berlalu terlalu cepat...kini musim Haji 1432 telah pun tiba.....

Semuga ALLAH percepatkan jemputan untuk mengerjakan Haji kepada tuan dan juga pasangan.....

mhanafiah-mencari redha Ilahi said...

Salam Tuan Hj,

Saya baru ikut blog tuan. saya doakan agar mendapat haji yg mabrur.

Mejar Zainal said...

Ya Allah, sampaikan niat suci murni saudaraku Rosli ini untuk melengkapkan rukun Islam yang ke 5 ini bersama teman sepergiannya sebagaimana yang telah Kau makbulkan niatku dan umat Islam yang telah menyempurnakannya terdahulu. Muga Allah beri kemudahan dan keberkatan kpd saudara Rosli. Amin. Salam dari TM Melaka. Hj Zainal Abdullah sekeluarga.

rosli said...

Ismail,

Tk kerana memahami apa yang saya rasa, Insyallah saya mengikuti nasihat saudara. TK berkongsi cerita saudara

rosli said...

Purple marble,

TK atas doa tersebut, saya pun sentiasa mendoakan semua pembaca blog saya. Ameen

rosli said...

CR,

TK atas sokongan dan doa tersebut. Insyallah

rosli said...

Hilmiskandar,

Terim aksih berkongsi cerita tuan, saya cuba memahami apa yang tuan rasa, rasanyan klu saya berada ditempat tuan lebih besar cabarannya..setiap malam menghantar orang ke tanah Suci. Kita sama2 berdoa dan saya yakin Insyallah akan dapat juga ke Makkah satu hari nanti untuk menunaikan haji

rosli said...

Pesona,

Tk berkongsi cerita tuan, doa dan sokongan tuan juga amat saya hargai

rosli said...

mhanafiah,

Tk kerana mengikuti blog saya,saya percaya hanafiah juga sedang 'mencari' sesuatu seperti saya. Saya juga baru mengikuti blog you.

rosli said...

Mejar Zainal,

Tk atas doa you dan memahami apa yang saya rasa. One saya akan drop by jumpa you di Melaka nanti, boleh kita bercerita panjang pasal umrah dan haji.

Kak Sidah said...

Assalamualaikum En. Rosli,

Insyaallah akan Allah tunaikan hajat en.rosli tu ..awak tunaikan umrah 2008 , akak g haji 2008 jugak bulan November, lepas tu baru jumpa group PDKM ni..Cl pun ada kat sana mula 2008 jugak..kebetulan kan..pertemuan yg indah sekali untuk group pdkm.
En.Rosli teruskan berdoa...seronok haji lain dari umrah..

rosli said...

K.Sidah,
Tk berkongsi rasa dan pengalaman,Insyallah, saya terus berdoa dan tidak pernah putus asa. Saya ingin sgt nak lalui pengalaman dan rasa haji

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

Amin amin amin
moga allah percepatkan giliran tuan untuk menjadi tetamuNya

kita doakan juga kpd kawan2 yg masih leka untuk menunaikan rukun Islam yg kelima ini walaupun telah cukup syaratnya

Wassalam

rosli said...

Hj Rozali,

Tk atas doa tuan. Insyallah kita sama2 doakan mereka jua

sonata anak kancil said...

Salam - semoga dipermudahkan urusan - saya dapat tahun 2030 - tp insyaAllah nak dipercepatkan lagi masa bersara nanti

rosli said...

Hjh Zaleha,

Insyallah, saya pun berharap dapat ke Makkah sebelum 2018 kerana saya pencen tahun tersebut. Ameen

Norihan said...

InsyAllah mudah2an akan dimudahkan dan dipercepatkan urusan En. Rosli untuk menunaikan ibadah Haji. Sesungguh saya mengakui bila saat melihat bakal2 jemaah haji yg akan berangkat ke Tanah Suci hati menjadi sayu dan rindu kepada Baitullah dan rindu utk menziarahi Maqam Rasulullah SAW...Berdoalah selalu.

rosli said...

Norihan,

Tk atas doa dan memahami apa yang saya rasa. Sayu dan rindu pada Makkah dan Madinah