Wednesday, February 29, 2012

IMPIAN JADI NYATA ( GOLDEN DREAMS) - PART 3

Assalamualaikum wbt, 
( part masuk U dan jenis motorsikal)

Bila di sekolah menengah aku dah dengar dan tengok banyak perkara....dalam hati cita2 nak masuk sekolah teknik....Allah perkenankan tahun 1979 hingga 1980......Nak pandai naik motor dan ada motor sendiri, dapat lesen tahun 1979 masa tu tingkatan 4,  pertengahan tingkatan 5 aku dapat pinjam motor VESPA abangah aku dan pergi sekolah sendiri naik motor VESPA, tak lama lepas tu, mereka kasihankan aku sebab aku nampak lebih tua bila naik motor VESPA padahal aku baru 17 tahun, so abang sulung dan abangah aku belikan motor Suzuki GP 100, dua kali kemalangan patah gigi, dahi lekuk sampai sekarang dan cedera kaki dan tangan. Umur masih nak panjang...(ni bukan golden dreams....saja cari nahas)


VESPA 150- sempat jugak naik VESPA 6 bulan..
satu pengalaman yang sangat menarik


Masa tingkatan 4 dan 5, aku banyak main dan enjoy.....lepas SPM hanya layak masuk tingkatan 6,  padan muka aku.....kawan2 ramai dah gi overseas, masuk Universiti tempatan dan ITM ( skrg UITM)....Masa kat tingkatan enam baru ada azam nak masuk U....salah satu golden dream, alhamdulillah...dapat masuk UM dari tahun 1983- 1986. Arwah ibuku yang sungguh-sungguh nak aku masuk U, dia banyak berdoa dan berkorban untuk aku selain dari abang2 dan kakak aku.  Jasa mereka semua aku tidak terbalas....aku ingat sampai ke akhir hayat.

Tahun 1980 hinga 1984...
dengan motor jenis ini aku eksiden serius dua kali

Tahun 1983 selepas masuk UM mintak tukar motor lagi, semua abang sulong aku yang tanggung,  aku asyik menyusahkan dia dan keluarga dia ( jasa abang dan keluarga aku tak akan lupa sampai akhir hayat). Motor lebih besar HONDA RAIDER 135 cc...joli sakan ,  akhirnya berjaya tamatkan pengajian di UM pada tahun 1986....



HONDA RAIDER sama dengan motor aku dari 1984 hingga
1989, cuma aku punya warna putih dan stripe merah
(sama cam yang atas kiri tu,  tp motor aku rim standard)
 
Aku terlalu sibuk dengan motor hingga tak tau bawak kereta.....another dream nak dapatkan lesen kereta tahun 1986.....akhirnya Julai 1986 dapat jugak lesen kereta dan ini termasuk golden dream jugak....

Saturday, February 25, 2012

IMPIAN JADI NYATA ( GOLDEN DREAMS) - PART 2

Assalamulaikum wbt,

Masa mula sekolah tahun 1970 hinggalah ke tingkatan 3 pada tahun 1978 , aku tak jelas nape nak gi sekolah, hari2 pergi sekolah,  bila cikgu nak tanya besar nak jadi apa, atau cita2, biasa akan jawap nak jadi guru, jadi pilot, jadi doktor dan jadi kerani, yang pasti cita2  berubah setiap tahun !!....aku biasa jawap ikut sama dengan kawan2 sebelah atau apa yang ada di sekeliling kita. Membesar dalam keluarga besar dengan arwah abah kerja sebagai buruh di LBPJ ( sekarang MBPJ)....cita2 memang sangat terhad kepada apa yang aku dengar...


Satu perkara yang aku sangat jelas aku selalu ada impian nak naik kapalterbang.......pernah satu kali aku paksa emak dan abah aku pergi ke Subang Airport yang asal Terminal Satu ( sekarang dah jadi Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) sebab nak tengok kapal terbang.....kesian arwah abah dan arwah ibu....terpaksa jugak mereka bawak aku ke sana naik bas Sri Jaya dari pekan State, atau orang sekarang panggil New Town..rasanya tahun 1973 or 1974 masa tu...Lepas dapat tengok kapalterbang aku rasa puas.....masa tu berangan kalaulah dapat naik kapalterbang mesti best....itu golden dream aku yang pertama dan paling besar......Alhamdulillah kali pertama naik kapalterbang tahun 1986...urusan kerja di Kedah, flight ke  Alor Setar.....sampai sekarang aku masih simpan tiket kapalterbang ke Alor Setar tu.....masih ingat abang sulung aku ajar cara check in dan dia suruh aku mintak seat tepi tingkap.....45 minit mata aku mengadap tingkap dan asyik tengok luar.....terasa excited, teruja.....seronok sangat.....macam rusa masuk  kampung..Aku dah tak peduli orang sekeliling....yang penting aku puas hati dapat naik kapalterbang....tak terbayang akan dapat peluang naik kapal terbang selepas itu lagi....terlupa nak pasang target atau golden dreams baru. Allah Maha Mengetahui.....episod bekerja bagi banyak peluang sebenarnya...
Seronok jugak bila kenang2 cerita lama.....golden dreams....Allah sentiasa memberikan peluang dan mendengar setiap permintaan aku. Alhamdulillah. 


Selepas ini golden dreams masa sekolah menengah dan masa belajar kat U...