Monday, April 29, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA HED FADHLEY DAN MELISSA

Assalaamualaikum wbt,

Alhamdulillah seorang lagi anak buah isteri saya,  Mohd Fadhley Mahat selamat diijab kabul dengan pasangannya Melissa di Pulau Pangkor pada 6 April lalu dan majlis bertandang di pihak pengantin lelaki diadakan  pada 13 April lalu di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) dalam suasana yang sederhana kerana pengantin perempuan baru kehilangan bapa tersayang yang meninggal dua minggu sebelum majlis pernikahannya di P. Pangkor.

Saya dan anggota keluarga hanya sempat menghadiri majlis di KGPA pada 13 Apri lalu.


ANGGOTA KELUARGA SAYA
ANGGOTA KELUARGA HJ NASIR DAN HJ ABU BAKAR...DUA ABANG IPAR SAYA
TREND TERKINI...PENGANTIN BERARAK ATAS BUGGY...
HED FADHLEY DAN MELISSA MENITI HARI BAHAGIA ,  
MOGA HINGGA KE AKHIR HAYAT MEREKA

Friday, April 26, 2013

SELEPAS TUGASAN RASMI- MEE UDANG NUR ZETTY, CHANGKAT JERING (KUAH PEKAT)

Assalaamualaikum wbt,

Trend sekarang kalau ke Taiping,  tidak sah kalau tidak merasa kuewtiau Doli, melawat Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping dan banyak lagi....dan sejak akhir2 ni ada satu lagi aktiviti yang jadi perkara wajib....makan mee udang di Kuala Sepetang  atau kawasan berhampiran...

Trip kali ini saya dan kawan2 sengaja tidak singgah restoran mee udang Mak Jah kerana orang terlalu ramai ketika itu dan terus ke pekan Kuala Sepetang....sempat singgahsalah satu  restoran mee udang Port Weld di Kuala Sepetang.....tapi saya masih kenyang ketika itu....tengok ajer kawan2 makan mee goreng udang dan mee udang...

Sebelum bertolak pulang pada 25 Mac lalu,  sorang kawan saya yang menetap di Taiping ( Hj Murad) berpesan...." cubalah mee udang Nur Zetty di Changkat Jering sebab kuahnya pekat".....lokasi restoran sebelum memasuki tol Changkat Jering restoran  sebelah kiri dan jalan masuk ada beberapa pokok manggis"...Saya cari dan jumpa....tidak susah mencari lokasinya....hehehe...mee udang punya pasal gerenti cari....


TU DIA.....KECUR AIR LIUR SAYA....PERGHHHHH
LAGI DEKAT...BAWANG GORENG PENUH
TERBAIK..UDANG FRESH...PERGHHH
Semasa menikmati mee udang ni... saya di hampiri pemilik restoran (sudah terlupa namanya)..bekas anggota syarikat saya bekerja sekarang dan dia dah pencen....akhirnya dia belanja saya.....tak perlu bayar..hehehe....makan free saya hari tu....setakat ni ,  Mee Udang Nur Zetty adalah yang terbaik saya pernah makan....bukan pasal saya makan free, tapi saya dapat rasakan lengkap dengan citarasa saya.....tak sempat tanya harga pun.....tapi saya berjanji akan datang semula dengan isteri dan anak2 saya ke sini satu hari nanti.

Dalam perjalanan pulang.....sejak berbelas tahun dulu.....kalau dari Kedah, Penang, Taiping saya mesti singggah RNR Tapah.....satu kemestian membeli jambu air dan jambu batu....termasuk kuah rojak sekali....kali ini juga tidak terkecuali....

BANYAK PILIHAN SAMA JAMBU AIR, JAMBU BATU DAN MANGGA
KUAH ROJAK MAK BEE PILIHAN ANAK POMPUAN SAYA

Thursday, April 25, 2013

ANAK PERISAI API NERAKA

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Bukhari dan Muslim

Kategori: Akhlak

Hadith: 

Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.

Huraian Hadith: 
  1. Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit.
  2. Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.
  3. Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka.
  4. Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga dan mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah dan rasulnya.

Monday, April 22, 2013

SELEPAS TUGASAN RASMI- TAMAN TASIK TAIPING

Assalaaamualaikum wbt,


Selesai tugasan rasmi (25 Mac lalu) bergegas pulang ke hotel dan terus checkout....hati melonjak nak pulang ke rumah.  Dalam perjalanan pulang saya memang kena melalui Taman Tasik Taiping yang terkenal dengan kedamaian dan cantik.....tengok gambar di bawah...hati saya begitu tenang dan senang berada di kawasan Taman Tasik Taiping....

TU DIA BUKIT LARUT...YANG DI TENGAH2 WARNA PUTIH TU AIR TERJUN
BANDAR WARISAN KEBANGGAAN NEGERI PERAK DAN MALAYSIA
SALAH SATU KEUNIKAN , POKOK2 YANG RENDANG DAN BERUSIA LEBIH 100 TAHUN
DARI HUJUNG JALAN DAN MENGHALA KE BANDAR TAIPING
BERAPA UMUR POKOK BESAR NI...
YANG SAYUP2 BERWARNA PUTIH BERHAMPIRAN PUNCAK  ADALAH RUMAH REHAT

Selamat tinggal Taiping....Insyallah akan datang lagi bersama keluarga dalam waktu terdekat.....selepas ini entri mee udang kuah pekat.....

Thursday, April 18, 2013

INGATLAH GOLONGAN YANG LEMAH

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: 
 Bukhari
Hadith: 

Daripada Mus’ab bin Abu Waqas R.huma katanya, “Saad merasakan dirinya mempunyai kelebihan daripada orang lain”. Maka Nabi SAW bersabda, “Kamu tidak ditolong dan diberi rezeki melainkan dengan (sebab) adanya orang yang lemah (dikalangan kamu)”. 

Huraian Hadith: 
  1. Orang Islam yang merasakan dirinya mempunyai kelebihan hendaklah merendahkan dirinya kerana kelebihan itu sendiri wujud dengan adanya golongan yang lemah dan tidak bernasib baik.
  2. Pertolongan dan rezeki Allah kepada sesuatu golongan manusia atau masyarakat adalah disebabkan adanya golongan  lemah dalam kelompok atau sesuatu masyarakat.

Wednesday, April 17, 2013

IKAN DAN BELALANG BUKAN BANGKAI

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: 
 Ibnu Majah dan Ahmad

Kategori: 
 Ibadah
Hadith: 

Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Dihalalkan untuk kamu dua bangkai dan dua darah; Dua bangkai itu ialah ikan dan belalang dan dua darah itu ialah hati dan limpa."

Huraian Hadith: 
  1. Terdapat dua jenis binatang yang dikecualikan oleh syariat Islam daripada kategori bangkai iaitu belalang, ikan dan sebagainya dari jenis binatang yang hidup di dalam air. Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja dan tidak beracun, memabukkan atau membahayakan kesihatan manusia. Binatang dua alam adalah tidak termasuk di dalamnya. Manakala belalang daun yang darahnya tidak mengalir juga halal dimakan. Begitu juga dengan darah. Sekalipun darah adalah haram tetapi ada pengecualiannya iaitu hati dan limpa. Demikian juga sisa-sisa darah yang menempel pada daging atau leher binatang setelah disembelih.
  2. Kesimpulannya, setiap apa yang dinyatakan di dalam nas yang mengatakan ia haram, maka hukumnya adalah haram. Apa yang tidak dihukum sebagai haram, maka ia didiamkan syarak. Namun Islam menitikberatkan kebersihan. Tinggalkanlah sesuatu perkara yang jijik dan kotor. Jangan tepuk dada tanya selera semata-mata.

Sunday, April 14, 2013

PERANGI PEMIMPIN MAKSIAT

Assalaamualaikum wbt,



Riwayat: 
 Muslim

Kategori: 
 Akhlak
Hadith: 

Daripada Ummu Al-Mukminin Ummu Salamah Hindi binti Abu Umaiyah Huzaifah RA, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bersabda, "Sesungguhnya pada suatu masa nanti akan dilantik beberapa pemimpin. Maka ada yang kamu bersetuju (kerana amalan mereka yang bertepatan menurut syara') dan yang kamu tidak bersetuju (kerana perbuatan mereka yang bercanggah dengan syara'). Sesiapa yang benci (di dalam hati) maka terlepaslah ia (daripada) dosa dan sesiapa yang membantah sesungguhnya ia terselamat. Tetapi, sesiapa yang redha dan mengikuti (pemimpin tersebut) yang telah bermaksiat". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah tidakkah kita perlu memerangi mereka?" Sabda Rasulullah SAW, "Jangan perangi mereka selagi mereka mendirikan solat".

Huraian Hadith: 
  1. Janganlah kamu meredhai perbuatan jahat, jika kamu redha maka kamu dianggap berkongsi didalam mengerjakannya.
  2. Setiap orang yang bertaraf pemimpin hendaklah menyedari tanggungjawabnya dan bersedia melaksanakan hukum-hukum Allah didalam pemerintahannya.
  3. Pemimpin yang arahannya menyeleweng daripada ajaran Allah tidak wajib dipatuhi tetapi tidak boleh diperangi selagi dia mendirikan solat.
  4. Antara mukjizat Rasulullah SAW ialah menceritakan perkara ghaib yang akan berlaku.
  5. Solat adalah syiar Islam yang membezakan antara Islam dan kufur.
  6. menimbulkan fitnah dan perpecahan dikalangan masyarakat Islam adalah dilarang, kerana perpecahan itu lebih berat dan lebih dahsyat daripada kemungkaran pemerintah dan ketidakadilan mereka.

    Nota: Sejak 15 tahun lalu , (1998)...hampir semua parti politik di Malaya ni....menabur janji dan menabur fitnah..saya keliru...yang mana satu benar dan yang mana satu betul....kita sama2 tunggu di Padang Mahsyar nanti...kita tengok sapa yang kena , sapa yang merah padam dan sapa yang bangkrap...

Saturday, April 13, 2013

TUGASAN RASMI DI PUNCAK BUKIT LARUT (STESYEN BUKIT TM)

Assalaamualaikum wbt,

Hari keempat, 25 Mac 2013....dikhaskan aktiviti melawat ke Stesyen Bukit Larut...rakan saya membuat ujian pendengaran ke atas beberapa staff, manakala anggota NIOSH diberi pendedahan untuk mengetahui apa yang ada di Stesyen Bukit ini.


POSING DI KAKI BUKIT SEMENTARA RAKAN MENDAFTAR DI PEJABAT HUTAN
BANDAR TAIPING DARI PUNCAK BUKIT LARUT
BERSAMA ANGGOTA NIOSH DAN RAKAN2 PEJABAT
ATAS BUMBUNG STESYEN BUKIT LARUT
PEMANDANGAN ATAS BUMBUNG DAH TERTUTUP OLEH KABUS
SEJUK MATA SAYA


Jarak dari puncak ke kaki  Bukit Larut 13 km , amik masa lebih kurang 30-45 minit untuk turun.



Singgah di sini  berhampiran dengan rumah rehat Bukit Larut....bergambar salah satu acara wajib....

POST WAJIB DI SINI
MERCU TANDA BUKIT LARUT


Turun bawah sikit bergambar di jambatan gantung dekat dengan taman di tempat peranginan ini...

POSING LAGI
MERENUNG JAUH...BILA LAGI ADA PELUANG KE SINI
PEMANDANGAN BANDAR TAIPING DARI JAMBATAN GANTUNG
SEBELUM TURUN POSING LAGI...BEST

Alhamdulillah....akhirnya saya sampai jugak ke puncak ini setelah 20 tahun bekerja dengan TM....bukan mudah memujuk hati saya kerana....20 tahun dulu telah pernah ada insiden kemalangan yang berlaku kepada anggota TM pada ketika itu yang dalam perjalanan turun selepas bertugas. Al Fatihah kepada arwah anggota tersebut.

Thursday, April 11, 2013

HARAM MENGKHIANATI SESAMA ISLAM

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: 
 at-Tirmizi, katanya hadis hasan
Hadith: 

Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, ”Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.” 

Huraian Hadith: 
  1. Haram bagi orang Islam mengkhianati dan mendustakan orang Islam yang lain.
  2. Menjadi kewajipan orang Islam untuk memelihara dan menjaga maruah dan harta benda orang Islam yang lain.
  3. Haram menumpahkan darah Islam sesama.
  4. Menghina seorang muslim adalah dosa besar kerana muslim ada penghormatannya di sisi Allah SWT.
  5. Taqwa bukan perbuatan yang boleh dilihat atau perkataan yang boleh didengar, taqwa adalah sifat yang tersemat dihati sanubari, jika suatu perbuatan atau perkataan didorong oleh sifat itu maka perbuatan dan perkataan itu adalah dalil taqwa yang tersemat dalam hati, tetapi kadang-kadang perbuatan atau perkataan itu didorong oleh faktor luaran seperti riya’ dan ‘ujub.

Tuesday, April 9, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU DR NURULHUDA ABDUL MANAP DAN SUAMI

Assalaamualaikum wbt,
Minggu lepas , 6 April berlangsung majlis perkahwinan anak sedara saya Dr Nurulhuda Abdul Manap (anak kelima abang sulong saya) di Kg Rantau Panjang , Klang dengan pasangannya  Awang Muhammad Ghazali bin Pehin Dato' Hj Abdul Hamid yang berasal dari Brunei.  

MENITI SAAT BAHAGIA
BARANG HANTARAN KEDUA-DUA BELAH PIHAK
SEDAP MAKANAN YANG DIHIDANGKAN
BAGAI PINANG DIBELAH DUA, SAMA PADAN SAMA CANTIK
ANAK SAYA ADIERA, WIFE SAYA HASLINA, DR NURULHUDA DAN KAKAK SAYA, RAMLAH

Setiap perkahwinan didoakan agar berakhir hingga ke akhir hayat dan kepada Dr Nurulhuda dan Awang Muhammad Ghazali didoakan mereka bahagia hingga ke akhir hayat. Ameen.

Monday, April 8, 2013

SABAR MENGHADAPI UJIAN KESAKITAN ATAU KEMATIAN

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: 
 Bukhari

Kategori: 
 Akhlak
Hadith: 

Daripada Anas RA katanya, “Tatkala Nabi SAW sedang sakit tenat, Fatimah RA berkata, “Alangkah menderitanya ayahku.” (Di masa itu Nabi Muhammad SAW mendengar) lalu baginda bersabda, “Ayah tidak menempuh kesusahan lagi selepas hari ini.” Kemudian setelah wafat Rasulullah SAW Fatimah RA berkata, “Oh ayah” dia telah menyahut panggilan tuhannya, “Oh ayah! Syurga Firdauslah tempatnya”, “Oh ayah! Kepada Jibril kami khabarkan.” Apabila Rasulullah SAW telah dimakamkan Fatimah RA berkata, wahai Anas, adakah senang hati kamu menimbus tanah ke atas Rasulullah SAW?”

Huraian Hadith: 
  1. Harus melahirkan kesedihan bagi mayat tanpa laungan dan ratapan yang menunjukkan tidak redha dengan takdir Allah.
  2. Kesabaran Nabi SAW menghadapi sakaratul maut merupakan satu ujian Allah untuk meningkatkan darjat baginda.
  3. Kata-kata saidatina Fatimah RA selepas Rasulullah dikebumikan adalah untuk menggambarkan dukacita bukan bermaksud membantah.
  4. Hadith ini menggambarkan kesabaran seorang anak yang menghadapi ayahnya yang sedang sakit tenat lalu meninggal dengan setiap orang dikehendaki bersabar apabila menghadapi kematian dan malapetaka.
  5. Setiap Muslim hendaklah insaf bahawa semua perkara adalah datang daripada Allah dan kepada-Nya ia akan kembali.

Saturday, April 6, 2013

BACAAN TA'AWWUZ MEREDA MARAH

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: 
 Bukhari dan Muslim

Kategori: 
 Akhlak
Hadith: 

Daripada Sulaiman bin Sard RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda : Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam."

Huraian Hadith: 
  1. Perasaan marah yang disemarakkan oleh syaitan boleh menyebabkan kemudaratan pada agama dan dunia, kerana itu untuk menghapuskan sebabnya (was-was syaitan) ialah dengan memohon perlindungan kepada Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud : “Dan jika kamu ditimpa satu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-A`raf: 200)
  2. Meleraikan persengketaan yang berlaku antara dua pihak adalah dituntut oleh Islam.
  3. Seseorang yang dalam keadaan marah hendaklah membaca taawuz (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) untuk mendapatkan kesabaran.
  4. Orang yang alim(berilmu) hendaklah sentiasa menyampaikan (menyebarkan) ilmunya tidak kira masa dan tempat asalkan ilmu itu dapat dimanfaatkan (dinikmati).
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

Thursday, April 4, 2013

JALAN2 CARI MAKAN DI TAIPING (2)

Assalaamualaikum wbt,

Biasalah  selepas bekerja pada hari kedua , Sabtu  23 Mac lalu  , pada sebelah petang pusing2 pekan Taiping dan sekitarnya mencari apa yang patut....saya sempat singgah Mat Tailor di tengah2 pekan Taiping untuk menempah baju....dan selepas itu sempat singgah pasar malam kat pekan Changkat Jering yang terkenal dengan ikan pekasan dan banyak makanan lain....disebabkan kesuntukan masa hanya sempat beli ikan pekasam dan beli belacan Tanjung Dawai....saya tak makan ikan pekasam,  tapi wife saya suka dan dia kata sedap sangat ikan pekasam kat situ.

KHAS KEPADA PEMINAT IKAN PEKASAM
ASAM KEPING, BUAH MALINJAU DLL
BELACAN TANGJUNG DAWAI, KEDAH

Pada hari ketiga (24 Mac lalu) sempat singgah makan Mee Udang di gerai Mee Udang Port Swettanham....di pekan Kuala Sepetang.....Kali ini dengan sengaja tidak singgah di gerai Mak Jah kerana ketika itu gerai Mak Jah terlalu ramai dengan pelanggan dan kami ingin mencuba yang lain...Alhamdulillah sedap dan menarik...


 BERSAMA FAIZAL DAN KELUARGA, HJ MURAD DAN HAIRUL AZAM
 BOLEH TAHAN RAMAI JUGAK
CUBALAH GERAI NI, PADA SAYA SEDAP JUGAK...
PEMANDANGAN YANG INDAH  DI KUALA SEPETANG

Lepas ini entri berkaitan dengan Sentosa Villa,  program rasmi ke Bukit Larut dan Taman Tasik Taiping serta bertolak pulang...

Wednesday, April 3, 2013

AMALAN SEDEKAH MENYUBURKAN KEIMANAN

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: 
 Bukhari dan Muslim

Kategori: 
 Ibadah
Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Setiap anggota manusia dkehendaki memberi sedekah selagi matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang (yang bertelingkah itu) merupakan sedekah, menolong orang yang hendak menaiki kenderaan adalah sedekah atau mengangkat barangan ke atas kenderaan adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, setiap langkah perjalanan untuk sembahyang adalah sedekah dan membuang benda yang berbahaya dari jalan adalah sedekah”. 

Huraian Hadith: 
  1. Setiap kebaikan yang dilakukan oleh anggota manusia adalah sedekah dan ia akan diberi balasan pahala oleh Allah SWT.
  2. Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa melakukan kebaikan kepada manusia dengan memberi pertolongan, menyumbang bantuan tenaga dan menghindarkan sesuatu yang mendatangkan mudharat kepada manusia.
  3. Semua amalan baik yang dilakukan oleh seseorang dengan tulus ikhlas adalah merupakan ibadat dan ia akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.
  4. Kita wajib bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan, antara nikmatnya ialah anggota badan kita sangat besar manfatnya kepada kita, kerana itu kita wajib menggunakan anggota kita untuk melaksanakan perintah Allah atau apa yang harus dilakukan, atau sekurang-kurangnya tidak melakukan keburukan dan kejahatan. Oleh itu syukur terbahagi kepada : 1. Syukur wajib, iaitu dengan melakukan apa yang diperintah dan menjauhi apa yang dilarang. 2. Syukur sunat iaitu melakukan amalan-amalan sunat seperti zikrullah dan membantu manusia.
  5. Sedekah bukan hanya dengan mengeluarkan harta dan wang ringgit malah makna sedekah lebih luas daripada itu seperti yang ditunjukkan oleh hadis ini iaitu bersedekah dengan tenaga dan bersedekah dengan kata-kata.
Sumber: Kitab Riyadhus Salihin