Thursday, September 19, 2013

PERJALANAN MENUJU KE LADANG ANGGUR TASIK BERIS, SIK KEDAH (1)

Assalaamualaikum wbt,

Aku sangat teringin dan teruja nak melawat ladang anggur di Tasik Beris...lama jugak merancang....akhirnya....dapat jugak aku 'paksa' semua anggota keluarga aku ke sini ( kebetulan bertugas di Penang  dan sempena cuti Raya yang panjang tahun ini).... dan Ladang Anggur Tasik Beris ini pun tidak berapa jauh pun dari hotel penginapan  kami di Penang...lebih kurang 104 km sahaja.....awal pagi 14 Ogos lalu selepas sarapan.....kami bertolak terus melalui lebuhraya PLUS dan akhirnya memasuki simpang di Gurun dan terus menuju ke Pekan Sik...sambil menikmati perjalanan yang lancar dan pemandangan yang begitu indah....percutian ke Ladang Anggur Tasik Beris yang aku mampu.....mungkin ramai di luar sana yang bercuti ke Napa Valley di California, USA  atau ke Perancis....bagi aku cuti2 Malaysia..Alhamdulillah....


 BAGI YANG BERHAJAT KE SINI.....IKUT PAPAN TANDA INI
LAGI PAPAN TANDA YANG PERLU DI INGAT
 BILA JUMPA SIMPANG INI MASUK KE KANAN
JAMBATAN INI HANYA ADA BEBERAPA BUAH SAHAJA DI MALAYA NI...
MELALUI PEKAN SIK
TU DIA....DAH SAMPAI ....JANGAN TERLEPAS SIMPANG INI ....MASUK KANAN TERUS

TERUS POSING ANAK BERANAK...BUKAN MUDAH NAK SAMPAI LAGI...

Syukur Alhamdulillah aku dan keluarga tiba di sini lebih kurang jam 10.45 pagi...sempat meluangkan masa lebih dua jam untuk menikmati pemandangan ladang anggur, minum2 dan membeli cenderamata.  Pada rasa ladang ini antara yang terbaik untuk bersama keluarga dengan cuaca yang nyaman dan boleh melihat anggur dari dekat.....walaupun saiz buah angggur berbeza yang ada di luar negeri, usaha kerajaan Negeri mesti dipuji dengan kesungguhan mereka.

Lepas ni banyak lagi gambar2 ladang anggur...best....

4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

Alhamdulillah
dalam negeri pun melancung juga namanya......

Daddy Ziyyad said...

Saya pernah sampai ke persimpangan simpang 3 tu, saya belok ke kiri,naik ke Gunung Jerai...Insya Allah..ada kelapangan saya nak cuba ke ladang anggur ni pula..:)

rosli said...

Wslm Hj Rozali,

Alhamdulillah....lepas ni target ladang anggur luar negera pulak

rosli said...

Daddy Ziyyad,

Insyallah.....cubalah tengok anggur tempatan dari dekat....saya pulak Insyallah akan ke Gunung Jerai satu hari nanti.