Monday, October 28, 2013

BERIMAN DAN ISTIQAMAH DALAM AMAL BUKTI ISLAM

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Muslim

Kategori: Akidah

Hadith: 

Daripada Abu Amru yang dikenali juga dengan Abu Amrah iaitu Sufian bin Abdullah as-Saqafi RA katanya, “Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku mengenai Islam dengan jelas supaya aku tidak perlu lagi bertanya kepada seseorang selain daripada engkau.” Sabda Rasulullah, “Katakanlah, aku beriman kepada Allah kemudian berpegang teguhlah di atas jalan yang lurus.”

Huraian Hadith: 
  1. Istiqamah ialah menjaga batas-batas syarak, sebagaimana kata sayidina Umar al-Khatab RA : Istiqamah itu ialah melakukan suruhan dan menjauhi larangan, dan tidak menyimpang ke sana dan ke sini seperti kelakuan seekor musang.
  2. Dakwaan beriman semata-mata tidak memadai jika tidak dibuktikan dengan amalan, kerana amalan zahir itu adalah terjemahan kepada iman yang tersemat di dalam jantung hati.
  3. Orang-orang Mukmin hendaklah berkekalan di dalam mengerjakan ibadat dan meninggalkan segala perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
  4. Iman adalah perkara asas di dalam Islam, oleh itu tingkatkanlah keimanan dengan penuh kesedaran dan rasa tanggungjawab.

Saturday, October 19, 2013

MEMETIK RAMBUTAN HASIL BERBUDI PADA TANAH

Assalaamualaikum wbt,

Kalau pembaca masih ingat tahun lepas (2012) selepas hari Raya Haji pertama....aku dan anak bongsu aku memangkas dan membaja pokok rambutan di rumah ibu mertua aku....nah.....selepas beberapa bulan memang berhasil....bulan Ogos 2013 musim Raya Puasa  lepas ni...2 daripada 4 pokok rambutan dah mula masak......rezeki..Alhamdulillah. Maklumlah aku excited sangat sebab aku ni kerja pejabat dan bukan petani atau pekebun hanya sesekali menanam pokok buah rambutan sebegini...hehehe.

Benih pokok ni aku beli dengan Jabatan Pertanian Selangor, Serdang....beberapa tahun lepas....memang berbaloi berbudi pada tanah.....rambutan jenis ' Budak Sekolah' ada 3 pokok dan satu jenis 'Gula Batu'....dari 4 pokok ni dua memang dah besar sangat tetapi 'mabuk' daun manakala satu pokok yang kecik sekali jenis  'Budak Sekolah' ni yang lebat sangat hari itu...depan rumah ibu mertua aku pulak tu....memang masih ada rezki aku dan famili aku nak merasa sebab ibu mertua aku call suruh balik kampung untuk memetik sendiri  buah rambutan 'sulung' ini...sekali lagi.... Alhamdulillah....


NI POKOK YANG AKU CAKAP MABUK DAUN TU....BUAHNYA PUN TAK LEBAT
POKOK YANG SAMA MABUK DAUN....BUAH HANYA BEBERAPA TANGKAI SAHAJA..

Yang paling lebat pokok yang sebatang ni....depan rumah.....pokok kecik ajer....boleh tahan rendah jugak pokok ni.....tapi berbuat lebat sangat.....dah rezeki kami.....


TENGOK BATANG POKOK NI KECIK AJER TETAPI BERBUAH SANGAT LEBAT....
RAMBUTAN DAH MASAK RANUM
WIFE AKU PUN TERUJA BERGAMBAR DI CELAH2 POKOK BUNGA KERTAS,....SEMENTARA  BUAH RAMBUTAN DAH MASAK RANUM
CLOSED UP BUAH YANG DAH MASAK RANUM
LAGI TANGKAI RAMBUTAN YANG MASAK RANUM
POSING LAGI.......
Insyallah......kalau ada rezeki tahun depan berbuah lagi.....

Thursday, October 17, 2013

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: (al-Bukhari)

Kategori: Akidah

Hadith: 

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Huraian Hadith: 

1. Islam menyerlahkan perbezaan yang begitu ketara dengan agama-agama lain agar umatnya tidak terkeliru seperti membezakan arah qiblat, kitab suci, hari raya, hari kebesaran dan sebagainya.

2. Islam menetapkan bahawa hari Jumaat adalah sebagai penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu dan Kristian yang membesarkan hari Ahad.

3. Perbezaan-perbezaan yang ditetapkan oleh Islam ini hendaklah diamalkan dan dihayati secara praktikal oleh umat Islam kerana dengan cara ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya yang cuba dibawa masuk oleh musuh Islam.

4. Kegagalan umat Islam dalam mempromosikan Islam terhadap masyarakat bukan Islam akan mengakibatkan umat Islam dipandang hina dan Islam dipandang sepi. Dengan itu umat Islam hendaklah berhati-hati agar tidak terikut dengan semua adat dan budaya orang-orang bukan Islam sehingga membawa kepada rosaknya aqidah dan terpadamnya garisan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Wednesday, October 16, 2013

ORANG BERBUDI MULIA

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: at-Tirmizi
Kategori: Akhlak
Hadith: 

Daripada Abu Darda' RA, Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah (golongan ini) daripada orang-orang beriman yang sempurna imannya iaitu orang yang suka mengecam, suka melaknat, suka bercakap kufur dan suka mencarut".

Huraian Hadith: 
  1. Orang yang berbudi mulia akan sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada terlibat dalam pertelingkahan yang selalunya tidak berlandaskan pemikiran yang rasional kerana hal ini merupakan satu tindakan yang tidak produktif dan tidak berfaedah malah hanya akan berakhir dengan perpecahan dengan hidup saling bermasam muka di antara satu sama lain.
  2. Islam menyuruh kita agar hidup bersatu padu, bersikap merendah diri dan tidak berlagak sombong. Ini akan memudahkan perhubungan dan kasih sayang sesama umat Islam di mana pemimpin masyarakat dan organisasi yang sebegini juga akan disenangi oleh para pengikut dan kakitangannya malah akan mudah mendapat kerjasama daripada mereka.
  3. Demikian juga kita dilarang menceritakan keburukan orang lain dengan melaknat, mengecam mencemuh, mencarut dan sebagainya kerana ini akan menyebabkan pergaduhan dan hilang rasa hormat antara sesama anggota masyarakat. Maka berlakulah ketegangan yang sebenarnya merugikan keseluruhan umat Islam itu sendiri.

Thursday, October 10, 2013

JAUHILAH PERKARA YANG DIREKA-REKA ( BID'AH)

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Muslim

Kategori: Akhlak
Hadith: 
Daripada Jabir RA katanya, "Apabila Rasulullah SAW berkhutbah kedua-dua matanya menjadi merah, suaranya sangat kuat dan bersangatan marahnya seolah-olah junjungan seorang ketua tenteranya yang sedang memberi peringatan kepada tenteranya". Baginda bersabda, " Berjaga-jagalah, pada pagi atau petang musuh akan menyerang kamu semua". Baginda bersabda lagi, "Masa di antara aku diutuskan dengan datangnya hari kiamat bagaikan dua jari ini”. Baginda merapatkan jari telunjuk dan jari tengahnya. Junjungan bersabda lagi, “Seterusnya, sesungguhnya sebaik-baik percakapan (berita) adalah al-Quran, sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad SAW, dan sejahat-jahat perkara ialah yang diada-adakan dan setiap bidaah itu sesat”. Seterusnya Rasulullah SAW bersabda,” Aku adalah lebih utama terhadap setiap mukmin daripada mukmin itu terhadap dirinya sendiri, sesiapa yang mati meninggalkan harta, harta itu adalah hak warisnya dan sesiapa yang meninggalkan hutang atau anak-anak dan keluarga maka kembali kepadaku dan menjadi tanggungjawabku”.
Huraian Hadith: 
  1. Rasulullah SAW memberi peringatan kepada umatnya bahawa kedatangan hari kiamat telah hampir. Oleh itu setiap orang adalah dikehendaki berhati-hati sama ada dalam percakapan ataupun mencari petunjuk.
  2. Apabila hendak bercakap, bercakaplah mengenai sesuatu yang tidak terkeluar daripada ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW dan apabila hendak mencari panduan hidup berpandukan kepada petunjuk nabi SAW.
  3. Adalah dilarang sama sekali seseorang itu melakukan bidaah kerana bidaah itu adalah sesat dan menyesatkan.
  4. Setiap orang wajib membayar hutang piutangnya dan menunaikan tanggungjawabnya dengan sempurna terhadap keluarganya.
  5. Sebaik-baik pekerjaan yang diceburi oleh seseorang ialah yang berkaitan dengan kitab Allah seperti belajar dan mengajar al-Quran.
  6. Amalan yang bertentangan dengan agama, yang tidak termasuk di bawah mana-mana usulnya hendaklah dijauhi.
  7. Anak yatim dan orang kurang upaya seperti orang tua yang tiada penjaga atau warisnya, wajib dibiayai daripada baitulmal, kerana pemerintah menjalankan tugas Rasulullah SAW  yang menjaga mereka.
  8. Hak waris daripada peninggalan si mati (pusaka) adalah sabit Islam.

Tuesday, October 8, 2013

LEPAK2 KAT KAFE LADANG ANGGUR TASIK BERIS (4)

Assalaamualaikum wbt,
Lepas melawat ladang anggur di sebelah pintu keluar ada disediakan kafe untuk minum dan makan2...bersantai tepi tasik sambil menikmati cuaca yang sedikit panas tetapi nyaman di sini....ada dijual air anggur hijau, air anggur hittam dan semua jenis kuih mesti ada rasa anggur kerana memang mereka masukkan jem anggur...unik dan sedap...


REHAT JAP
TERBAIK DARI LADANG....SEDAP SGT...
CANTIK DAN MENDAMAIKAN.....
ANAK2 SIBUK POSING LAGI DENGAN HP MASING2
DARI ANGLE LAIN.....BUAH KELAPA PUN JADI MANGSA CONTENG...
JAMBATAN   MENUJU TERUS KE BALING DAN PERAK
AKU ....POSING LAGI....ENTAH BILA LAGI KE SINI....
TAMAN MINI BERSEBELAHAN DENGAN KEDAI CENDERAMATA MEREKA
KEDAI CENDERAMATA
LADANG2 ANGGUR SELURUH DUNIA
POSING DENGAN FAMILI SEBELUM BERTOLAK  BALIK
POSING LAGI SEBELUM BALIK

Komen  peribadi aku.....ladang ini memang sangat sesuai jika datang dengan famili atau rombongan...aku bagi rating 8/10.....banyak lagi mereka boleh perbaharui.....aku tidak pernah jemu jika dapat pergi atau melawat ladang begini.....Insyallah.....target akan datang ladang anggur di Australia....Perancis atau California USA.....

Thursday, October 3, 2013

JAUHILAH PERBUATAN ANIAYA

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Bukhari dan Muslim
Kategori: Akhlak

Hadith: 

Daripada Ibn Mas’ud RA, sesungguhnya nabi SAW telah bersabda: “Tiada seorang yang dibunuh secara zalim melainkan dikenakan habuan daripada dosa pembunuhan orang itu ke atas Nabi Allah Adam yang pertama (Qabil) kerana beliaulah manusia pertama yang melakukan pembunuhan”. 

Huraian Hadith: 
  1. Jauhilah daripada perbuatan aniaya oleh kerana aniaya itu perbuatan yang zalim.
  2. Setiap orang yang melakukan kejahatan dan kezaliman kepada orang lain dan makhluk lain akan dibalas dengan azab di akhirat kelak.
  3. Orang yang menjadi penyebab dan teladan kepada sesuatu perbuatan samalah seperti orang yang melakukannya dari segi pahala jika perbuatan itu baik, atau dosa jika perbuatan itu jahat.
  4. Peringatan dan amaran yang keras kepada orang yang suka membuat sesuatu perkara amalan bid’ah yang tiada asas dalam Islam.