Saturday, October 19, 2013

MEMETIK RAMBUTAN HASIL BERBUDI PADA TANAH

Assalaamualaikum wbt,

Kalau pembaca masih ingat tahun lepas (2012) selepas hari Raya Haji pertama....aku dan anak bongsu aku memangkas dan membaja pokok rambutan di rumah ibu mertua aku....nah.....selepas beberapa bulan memang berhasil....bulan Ogos 2013 musim Raya Puasa  lepas ni...2 daripada 4 pokok rambutan dah mula masak......rezeki..Alhamdulillah. Maklumlah aku excited sangat sebab aku ni kerja pejabat dan bukan petani atau pekebun hanya sesekali menanam pokok buah rambutan sebegini...hehehe.

Benih pokok ni aku beli dengan Jabatan Pertanian Selangor, Serdang....beberapa tahun lepas....memang berbaloi berbudi pada tanah.....rambutan jenis ' Budak Sekolah' ada 3 pokok dan satu jenis 'Gula Batu'....dari 4 pokok ni dua memang dah besar sangat tetapi 'mabuk' daun manakala satu pokok yang kecik sekali jenis  'Budak Sekolah' ni yang lebat sangat hari itu...depan rumah ibu mertua aku pulak tu....memang masih ada rezki aku dan famili aku nak merasa sebab ibu mertua aku call suruh balik kampung untuk memetik sendiri  buah rambutan 'sulung' ini...sekali lagi.... Alhamdulillah....


NI POKOK YANG AKU CAKAP MABUK DAUN TU....BUAHNYA PUN TAK LEBAT
POKOK YANG SAMA MABUK DAUN....BUAH HANYA BEBERAPA TANGKAI SAHAJA..

Yang paling lebat pokok yang sebatang ni....depan rumah.....pokok kecik ajer....boleh tahan rendah jugak pokok ni.....tapi berbuat lebat sangat.....dah rezeki kami.....


TENGOK BATANG POKOK NI KECIK AJER TETAPI BERBUAH SANGAT LEBAT....
RAMBUTAN DAH MASAK RANUM
WIFE AKU PUN TERUJA BERGAMBAR DI CELAH2 POKOK BUNGA KERTAS,....SEMENTARA  BUAH RAMBUTAN DAH MASAK RANUM
CLOSED UP BUAH YANG DAH MASAK RANUM
LAGI TANGKAI RAMBUTAN YANG MASAK RANUM
POSING LAGI.......
Insyallah......kalau ada rezeki tahun depan berbuah lagi.....

8 comments:

Juhariah Johari said...

saya teringin memetik rambutan, skrg dah tak de can, kat kg semua dah kena tebang. Ah rindunya, dulu2 ambil di kebun pakai guni ambil buahnya. skrg hanya tinggal kenangan.

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

seronok nyer...
makan bawah pokok

norh said...

puas hati kalau dapat merasa hasil titik peluh sendiri..he he

Mohd Saad Hamid said...

Rejeki rejeki bagi yg rajin berbudi pd tanah. Pos sebijik kat sini.

rosli said...

Mamaju,

Insyallah satu hari nanti mesti ada peluang

rosli said...

Hj Rozali,

Setahun sekali seronok begini....hehehe

rosli said...

Norh,

Betul tu...walaupun satu pokok....puas hati sangat

rosli said...

Hj Mohd Saad,

Betul tu.....berbudi pada tanah mmg banyak dapat hasilnya