Monday, October 28, 2013

BERIMAN DAN ISTIQAMAH DALAM AMAL BUKTI ISLAM

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Muslim

Kategori: Akidah

Hadith: 

Daripada Abu Amru yang dikenali juga dengan Abu Amrah iaitu Sufian bin Abdullah as-Saqafi RA katanya, “Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku mengenai Islam dengan jelas supaya aku tidak perlu lagi bertanya kepada seseorang selain daripada engkau.” Sabda Rasulullah, “Katakanlah, aku beriman kepada Allah kemudian berpegang teguhlah di atas jalan yang lurus.”

Huraian Hadith: 
  1. Istiqamah ialah menjaga batas-batas syarak, sebagaimana kata sayidina Umar al-Khatab RA : Istiqamah itu ialah melakukan suruhan dan menjauhi larangan, dan tidak menyimpang ke sana dan ke sini seperti kelakuan seekor musang.
  2. Dakwaan beriman semata-mata tidak memadai jika tidak dibuktikan dengan amalan, kerana amalan zahir itu adalah terjemahan kepada iman yang tersemat di dalam jantung hati.
  3. Orang-orang Mukmin hendaklah berkekalan di dalam mengerjakan ibadat dan meninggalkan segala perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
  4. Iman adalah perkara asas di dalam Islam, oleh itu tingkatkanlah keimanan dengan penuh kesedaran dan rasa tanggungjawab.

No comments: