Saturday, December 7, 2013

DIPANGGIL PULANG MAHA PENCIPTA......BILA AJAL TIBA......

Assalaamualaikum wbt,

Aku biasa dengar dan pembaca pun biasa dengar dari ceramah.....para ustaz berpesan bahawa yang paling hampir dengan kita adalah ajal dan maut....berbagai ayat Al Quran dan Hadis mereka bacakan....begitulah pesanan mereka.....sejak akhir2 ini diri aku begitu terkesan apabila ada sedara mara dan kawan2 rapat di jemput semula bertemu Penciptanya..dalam hati aku berbisik....baru je jumpa arwah....dia sakit apa.....tak sangka dia meninggal awal.....begitulah bisikan dalam hati.....giliran aku pulak bila... ?

Minggu lepas 27 Nov seorang kawan baik aku , Abang Salim Ahamad di usia 59 ...meninggal akibat serangan sakit jantung kali kedua .....dan selamat di kebumikan pada 28 Nov......    (Al Fatihah)

Bulan Oktober 2013 kakak ipar aku , Jumeah Bt Sungep meninggal di usia 57 tahun akibat beberapa jenis sakit... (Al Fatihah)

Di pejabat pulak....sorang demi sorang kawan pejabat meninggal.....apatah lagi Syarikat tempat kerja aku ada lebih 25 ribu anggota.....setiap minggu ada saja pengumuman orang meninggal melalui email pejabat....(Al Fatihah)

Sebelum2 ini sejak tahun 1971.....dari masa aku mula ingat dan tau apa makna mati atau meninggal.....aku masih ingat Wan aku meninggal di Kg Batu Laut, Banting pada tahun 1971 masa tu aku di darjah dua.....lepas tu ada lagi....yang paling aku ingat 31 Januari 1981....arwah bapa aku (Ibrahim bin Mat Dom) meninggal di atas pangkuan aku sorang2,  masa tu aku berumur 17 tahun 5 bulan.....sedang bercuti lepas peperiksaan SPM.....aku menangis dan kelam kabut bagi tau jiran sebelah rumah.....kesedihan seterusnya yang begitu berkesan adalah pada 16 Oktober 1991 bila ibu aku (Hjh Mahiam Bt Hj Hassan) pulak meninggal  di Hospital Universiti, PJ.....sedih sangat hingga sekarang..... (Al Fatihah untuk kedua orang tua aku).....begitulah seterusnya....abang aku Amizon bin Ibrahim tahun 1995, kakak ipar aku Asnah Bt Yunos tahun 2010 dan ramai lagi ( Al Fatihah).

Satu pesanan arwah ibu aku untuk hilangkan kesedihan mengikut masa...dan ibu aku pun dapat petua ini dari arwah datuk aku Hj Hassan...."orag mati ni macam pergi belayar.....makin lama makin jauh dan lama2 kita akan lupa....." ....betul petua ibu aku ni....walaupun mereka telah belayar jauh aku tetap ingat kepada mereka semua...Al Fatihah...aku kirimkan untuk mereka semua....moga roh mereka semua sentiasa dicucuri RahmatNya.....aku dan lain2 akan menyusul kemudian....itu sudah pasti....

Dari kecik satu perkara yang arwah ibu dan bapa aku ajar....selalulah pergi kubur jika  ada kesempatan....dulu mereka tidak bagitau kenapa....tapi sekarang aku lebih faham dan insaf bila mendengar ceramah ugama.....kita juga  disunatkan  mengingatkan mati....sepertimana Hadis di bawah :

HUKUM MENZIARAH KUBUR

Riwayat: Riwayat Al- Hakim
Kategori: Akidah

Hadith: 

Daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w melarang kami (kaum wanita) menziarahi kubur tetapi kemudian beliau membolehkan dan mengizinkan kami.

Huraian Hadith: 

1. Ziarah kubur merupakan sunnah Rasulullah s.a.w namun kita dilarang sama sekali melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan syirik yang sesat seperti menziarah kubur untuk memuja dan memohon kepada arwah orang alim, meminta nombor ekor dan yang seumpama dengannya.
2. Islam menganjurkan kita untuk menziarah kubur dengan tujuan agar manusia yang masih hidup boleh mengambil pengajaran dan insaf tentang hari akhirat
3. Ziarah kubur diizinkan bagi orang lelaki dengan kesepakatan para ulama. Tetapi bagi kaum wanita, ada yang mengatakan makruh, manakala sebahagian besar ulama lain mengatakan harus. Hal ini kerana sifat wanita fitrahnya adalah sensitif dan lemah semangat serta mudah pula terdedah kepada fitnah. Oleh itu apabila hendak menziarah kubur kaum wanita hendaklah memelihara kehormatannya seperti menutup aurat dan mengawal emosi dengan baik seperti tidak menangis atau meratap di sisi kubur, memaki dan mengeluarkan kata yang buruk kepada si mati dan sebagainya sehingga lupa akan kekuasaan Allah S.W.T.

Hari ini aku ziarah kubur mereka yang telah pergi lebih awal......satu hari nanti aku pulak yang akan di ziarahi oleh mereka yang masih hidup....Insyallah.....kerana yang hidup pasti mati satu hari nanti... 

2 comments:

Anonymous said...

Innalillahiwainnahilaihirrajiunnn... Semoga Allah swt menempatkan mereka bersama2 dgn orang2 soleh & soleha, amin3...

wana7370

rosli said...

Wana 7370,

TK atas doa tersebut. Ameen