Thursday, November 27, 2014

SEMUANYA DARI ALLAH - ANTARA SEKOLAH MISSIONARY DAN SEKOLAH KEBANGSAAN - BAB 3

Assalaamualaikum wbt,

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 284.
Yang bermaksud: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Allah telah memberi jaminan akan mengampun terhadap sesiapa yang hendak diampuniNya. Terutama kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh...

Tahun 1969....masa tu aku kecik lagi....tapi aku masih ingat....arwah ibu aku ada bertanya..."nak masuk sekolah orang putih atau sekolah Melayu".....yang aku ingat aku jawap,  "sekolah orang putih mak".....maka masuklah aku Sek Ren Keb Bukit Bintang 2, Seksyen 8,  di Petaling Jaya berhampiran dengan rumah aku....lebih kurang 800 meter sahaja dari rumah aku....awal Januari 1970 aku bersekolah di sini sehingga November 1975 dari darjah satu hingga darjah enam. Majoriti rakan kelas aku budak2 Cina dan India dan bebudak Melayu hanyalah lebih kurang 20 peratus sahaja.....sekolah kawalan memang begitu...

Aku/kami adalah batch pertama dasar pelajaran Kebangsaan di mana semua matapelajaran diajar dalam bahasa Malaysia, kecuali Bahasa Inggeris.....

Suka tak suka setiap hari kena bercakap bahasa Inggeris..masa tu diskriminasi sangat tinggi di kalangan cikgu2 Melayu, China dan India.....masing2 pertahankan bangsa masing2.....aku di sekolah rendah manalah faham perangai cikgu2 ni.....Aku masa tu tidak kekok bercakap Bahasa Inggeris walaupun belum tentu betul sebutan dan susunan ayatnya....Alhamdulillah...

Aku masih ingat insiden ini... sorang cikgu Cina pompuan asyik kata Melayu pengotor sebab cebuk dan beristinjak guna tangan...sorang Ustaz tu siap gaduh dengan cikgu Cina tu dan kata Cina lagi pengotor sebab berak tak basuh ..bau busuk katanya.....begitulah mereka berdua sentiasa bergaduh....aku harap aku tidak dikatakan rasis atau perkauman pulak...ini sekadar menceritakan salah satu cerita yang aku masih ingat. (mungkin ketika ini peristiwa 13 Mei 1969 masih baru dan sikap syak wasangka antara kaum masih tebal ketika itu)

Begitulah...adanya cerita macamana aku memilih sekolah missionary ni...ada banyak baik dan ada jugak sedikit buruknya berada di sekolah missionary ini,,,,,,semua ini bergantung kepada individu. Satu perkara yang aku terasa rugi adalah tidak mengambil kesempatan penuh memperbaiki bahasa Inggeris aku pada waktu itu...

Enam tahun di situ banyaklah kenangan pahit manis bersekolah di situ....kebanyakannya aku sudah lupa....kecuali beberapa guru2 yang aku masih ingat nama mereka dan berjasa kepada diri aku....antaranya Pn Khatijah, Pn Maznah, Ustaz Salleh, Mr Lee dan Pn Yap....

Insyallah jika ada masa dan ketika aku cuba mengimbas kembali kenangan aku di sekolah tersebut.

Saturday, November 22, 2014

BERKATA BAIK ATAU LEBIH BAIK DIAM

Assalaamualaikum wbt,



Riwayat: 
 (Diriwayatkan oleh Muslim dengan lafaz ini dan setengah daripadanya diriwayatkan oleh Bukhari)

Kategori: 
 Akhlak

Hadith: 
Daripada Abu Syuraih al-Khuza’ie RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam”.
Huraian Hadith: 
  1. Orang yang berbuat baik dengan jiran tetangga, memuliakan tetamu dan bercakap baik atau diam adalah tergolong dalam golongan orang yang beriman dengan hari akhirat.
  2. Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan memuliakan tetamu.
  3. Islam mengajar umatnya supaya bercakap perkara-perkara yang tidak menyakiti orang lain.
  4. Antara tanda beriman dengan hari kemudian dan kesedaran terhadap tanggungjawab ialah memelihara hak jiran, menghormati dan melayan tetamu dan berkata baik atau diam.
Sumber : Kitab Riyadh As-Solihin

Thursday, November 13, 2014

MENJAGA HATI

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Bukhari dan Muslim
Kategori: Akidah

Hadith: 

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.

Huraian Hadith:
  1. Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, perilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati.
  2. Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya' dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah SWT.

Tuesday, November 11, 2014

MAKKAH KAMI DATANG (AKU DAN KAABAH) - BAB KHAS

Assalaamualaikum wbt,
Aku pasti semua yang pernah berada di Masjidil Haram sudah pasti akan cari posisi dan masa untuk berada hampir dengan Kaabah dan pasti berniat untuk mencium Hajarul Aswad......aku tidak terkecuali, cumanya umrah kali ini aku tidak berniat langsung, (bukan sombong) kerana tidak mahu berebut2 atau berhimpit untuk mencium Hajarul Aswad kerana umrah 2008 aku berjaya menciumNya sekali dan pada aku sudah mencukupi....bagilah peluang kepada jemaah lain pulak....begitulah niat aku dulu......

BARU SELESAI TAWAF  KETIKA UMRAH PERTAMA  2014
MASA UMRAH KEDUA
UMRAH KETIGA
MASYALLAH.....SUBHANALLAH...TIDAK PUAS MATA MEMANDANG
KETIKA TAWAF SUNAT
VIEW PANORAMA KAABAH 8 KALI SNAP

PANORAMA VIEW KAAABAH 4 KALI SNAP
AKU PALING SUKA SELFIE YANG INI
CLOSED UP KAABAH DAN HAJARUL ASWAD....
YANG MENUNGGU PELUANG UNTUK KUCUP HAJARUL ASWAD  TIDAK PERNAH SUSUT....

Diharapkan dapat hilangkan rindu pada Baitullah....

Sunday, November 9, 2014

SEMUANYA DARI ALLAH (KITA YANG MERASA) - BAB 3

Assalaamualaikum wbt,

Allah berfirman dalam surah A-Li ‘Imran ayat 26 & 27.
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". 

Huraian: Allah menyuruh RasulNya supaya menyampaikan kepada manusia, bahawa Allahlah yang memiliki/mempunyai kekuasaan yang sebenarnya. Dia berikan kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya dan di cabutNya kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya. Semuanya menurut ketentuan Allah dalam cara memberi atau mencabut pemberianNya. Dia berikan kemuliaan/kebesaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dia menghinakan atau merendahkan sesiapa yang dikehendakiNya kerana kerendahan moralnya sendiri.

Semua urusan adalah di tangan Allah yang baik maupun merupakan yang buruk. Dialah yang memberi kebahagian dan yang mendatangkan penderitaan bagi yang layak menerimanya.

Sekadar berkongsi cerita....

Tahun 1990an seorang pegawai kanan sebuah Kementerian di Kuala Lumpur ketika itu,.....ketika nak sambut anak keduanya masa isterinya sedang bersalin....bayi tersebut telah disahkan meninggal dunia ketika lahir...pegawai ini tidak habis2 menyalahkan takdir dan Allah.....mengucap panjang rakan2 dia....sedangkan semua orang tahu pegawai ini rajin solat dan patuh pada ajaran Islam....begitulah ujian yang Allah turunkan.

Awal tahun 2000an...seorang kawan dan isterinya  baru pulang dari mengerjakan haji....tiba2 anak dia diserang penyakit yang virusnya di bawa dari Timur Tengah....virus masuk ke dalam otak anaknya.....kawan aku ni...tidak habis2 menyalahkan Allah.....sedangkan aku tau dia ni orang surau dan begitu rajin ke surau setiap waktu....kalau kita tengok keluhan dia....dah macam orang tidak beriman pada ketika itu...selepas beberapa bulan anak dia sembuh dengan izin Allah....

Bagi kedua2 cerita di atas.....hanya tuan punya badan dan Allah mengetahui apa yang mereka rasa.....mungkin kita yang tidak merasa hanya boleh berkata....."nape sampai mereka salahkan Allah"....begitulah adanya...

Thursday, November 6, 2014

HARAM MENGHIANATI SESAMA ISLAM

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: at-Tirmizi, katanya hadis hasan

Hadith: 
Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, ”Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.” 
Huraian Hadith: 
  1. Haram bagi orang Islam mengkhianati dan mendustakan orang Islam yang lain.
  2. Menjadi kewajipan orang Islam untuk memelihara dan menjaga maruah dan harta benda orang Islam yang lain.
  3. Haram menumpahkan darah Islam sesama.
  4. Menghina seorang muslim adalah dosa besar kerana muslim ada penghormatannya di sisi Allah SWT.
  5. Taqwa bukan perbuatan yang boleh dilihat atau perkataan yang boleh didengar, taqwa adalah sifat yang tersemat dihati sanubari, jika suatu perbuatan atau perkataan didorong oleh sifat itu maka perbuatan dan perkataan itu adalah dalil taqwa yang tersemat dalam hati, tetapi kadang-kadang perbuatan atau perkataan itu didorong oleh faktor luaran seperti riya’ dan ‘ujub.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Tuesday, November 4, 2014

SUJUD SYUKUR

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: 
 (Ahmad )
Hadith: 

Dari Abu Bakar RA bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah.

Huraian Hadith: 

  1. Apabila mendapat sesuatu nikmat yang meliputi sebarang perkara yang baik dan mengembirakan sunat kita melakukan sujud syukur.
  2. Sujud ini juga sunat dikerjakan apabila kita melihat sesuatu bala bencana dan kita diselamatkan daripadanya.
  3. Cara melakukan sujud syukur itu ialah dengan sujud sekali sahaja dan dilakukan di luar sembahyang.