Saturday, November 22, 2014

BERKATA BAIK ATAU LEBIH BAIK DIAM

Assalaamualaikum wbt,



Riwayat: 
 (Diriwayatkan oleh Muslim dengan lafaz ini dan setengah daripadanya diriwayatkan oleh Bukhari)

Kategori: 
 Akhlak

Hadith: 
Daripada Abu Syuraih al-Khuza’ie RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam”.
Huraian Hadith: 
  1. Orang yang berbuat baik dengan jiran tetangga, memuliakan tetamu dan bercakap baik atau diam adalah tergolong dalam golongan orang yang beriman dengan hari akhirat.
  2. Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan memuliakan tetamu.
  3. Islam mengajar umatnya supaya bercakap perkara-perkara yang tidak menyakiti orang lain.
  4. Antara tanda beriman dengan hari kemudian dan kesedaran terhadap tanggungjawab ialah memelihara hak jiran, menghormati dan melayan tetamu dan berkata baik atau diam.
Sumber : Kitab Riyadh As-Solihin

No comments: