Thursday, November 27, 2014

SEMUANYA DARI ALLAH - ANTARA SEKOLAH MISSIONARY DAN SEKOLAH KEBANGSAAN - BAB 3

Assalaamualaikum wbt,

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 284.
Yang bermaksud: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Allah telah memberi jaminan akan mengampun terhadap sesiapa yang hendak diampuniNya. Terutama kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh...

Tahun 1969....masa tu aku kecik lagi....tapi aku masih ingat....arwah ibu aku ada bertanya..."nak masuk sekolah orang putih atau sekolah Melayu".....yang aku ingat aku jawap,  "sekolah orang putih mak".....maka masuklah aku Sek Ren Keb Bukit Bintang 2, Seksyen 8,  di Petaling Jaya berhampiran dengan rumah aku....lebih kurang 800 meter sahaja dari rumah aku....awal Januari 1970 aku bersekolah di sini sehingga November 1975 dari darjah satu hingga darjah enam. Majoriti rakan kelas aku budak2 Cina dan India dan bebudak Melayu hanyalah lebih kurang 20 peratus sahaja.....sekolah kawalan memang begitu...

Aku/kami adalah batch pertama dasar pelajaran Kebangsaan di mana semua matapelajaran diajar dalam bahasa Malaysia, kecuali Bahasa Inggeris.....

Suka tak suka setiap hari kena bercakap bahasa Inggeris..masa tu diskriminasi sangat tinggi di kalangan cikgu2 Melayu, China dan India.....masing2 pertahankan bangsa masing2.....aku di sekolah rendah manalah faham perangai cikgu2 ni.....Aku masa tu tidak kekok bercakap Bahasa Inggeris walaupun belum tentu betul sebutan dan susunan ayatnya....Alhamdulillah...

Aku masih ingat insiden ini... sorang cikgu Cina pompuan asyik kata Melayu pengotor sebab cebuk dan beristinjak guna tangan...sorang Ustaz tu siap gaduh dengan cikgu Cina tu dan kata Cina lagi pengotor sebab berak tak basuh ..bau busuk katanya.....begitulah mereka berdua sentiasa bergaduh....aku harap aku tidak dikatakan rasis atau perkauman pulak...ini sekadar menceritakan salah satu cerita yang aku masih ingat. (mungkin ketika ini peristiwa 13 Mei 1969 masih baru dan sikap syak wasangka antara kaum masih tebal ketika itu)

Begitulah...adanya cerita macamana aku memilih sekolah missionary ni...ada banyak baik dan ada jugak sedikit buruknya berada di sekolah missionary ini,,,,,,semua ini bergantung kepada individu. Satu perkara yang aku terasa rugi adalah tidak mengambil kesempatan penuh memperbaiki bahasa Inggeris aku pada waktu itu...

Enam tahun di situ banyaklah kenangan pahit manis bersekolah di situ....kebanyakannya aku sudah lupa....kecuali beberapa guru2 yang aku masih ingat nama mereka dan berjasa kepada diri aku....antaranya Pn Khatijah, Pn Maznah, Ustaz Salleh, Mr Lee dan Pn Yap....

Insyallah jika ada masa dan ketika aku cuba mengimbas kembali kenangan aku di sekolah tersebut.

No comments: