Friday, December 19, 2014

PARASIT ATAU PEROSAK ATAU PENYIBUK....

Assalaamualaikum wbt,

Sejak beberapa minggu lalu aku perasan ada individu atau blogger yang sibuk menempel di blog aku untuk menjual produk....aku heran sungguh dengan sikap mereka ini....blog aku yang kerdil pun mereka nak masuk dan jual produk....cubalah cari identiti sendiri dan usaha sendiri dan pasarkan produk ikut cara yang berhemah dan gentlement.

Janganlah disebabkan kau orang ni mahir IT dan pandai memecah masuk blog orang dengan sewenang2nya meletakkan iklan dan mengganggu design blog aku.....tolonglah.....aku tidak pembaca blog aku salah faham atau turut merasa terganggu dengan iklan yang tidak rasmi ini.

Tolong ambil maklum blog aku hanyalah blog biasa2 sahaja berkaitan dengan kehidupan aku dan aku sekadar berkongsi rasa dan sedikit perkongsian ilmu.

Tolonglah jangan cuba mengganggu dan mengugat keharmonian blog aku .  TK

Monday, December 15, 2014

BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Riwayat Ibn an-Najjar
Kategori: Akidah

Hadith: 

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.

Huraian Hadith: 

1. Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan di dalam Islam dengan syarat-syarat tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam atau melakukan apa sahaja kebajikan yang harus di sisi syarak. Ini penting kerana dengan cara ini tabungan (dana), pembahagian dan perluasan sumber sesama Islam boleh dilaksanakan dengan baik dan lancar untuk kepentingan sesama umat Islam bagi mengelak daripada pinjam-meminjam, hutang-menghutang dan sebagainya.

2. Kemiskinan itu kadangkala boleh membuatkan aqidah seseorang terpesong di mana musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas kekurangan dan kelemahan yang dihadapi itu untuk mempengaruhi ke arah kesesatan. Oleh itu kemantapan iman sangat penting, jangan sampai menyalahkan takdir di saat menghadapi kemiskinan atau kesusahan hidup.

3. Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah SWT. Setiap manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus dan tamak sehingga mencetuskan permusuhan dan perbalahan, dengki-mendengki dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah SWT sama ada banyak ataupun sedikit.

Sunday, December 7, 2014

DITUNTUT MENYEGERAKAN MEMBAYAR HUTANG

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: at-Tirmizi 
Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Seseorang mukmin yang meninggal dunia itu akan tergantung rohnya kerana hutang, sehinggalah hutang tersebut dibayar”.

Huraian Hadith: 

  1. Roh seseorang mukmin yang telah meninggal dunia akan tergantung iaitu tidak dapat ditentukan sama ada mendapat rahmat atau seksa melainkan hutang piutangnya dibayar oleh ahli keluarganya yag masih hidup.
  2. Islam sangat menggalakkan agar umatnya menjauhkan diri daripada berhutang dan sentiasa berdoa agar tidak diberati dengan hutang piutang, supaya mereka dapat hidup di dalam keadaan tenteram.

Nota :
  • Aku percaya kita semua pernah berhutang dan memberi hutang....samada hutang material atau hutang budi....
  • Aku sendiri ketika membukak blog ni tahun 2008 masa tu sangat marah dengan seseorang yang berhutang dengan aku .....banyaklah jugak dia berhutang....berpuluh alasan digunakan untuk tidak membayar hutang kepada aku. Aku hairan sesangat sebab yang berhutang ni.....pernah bersekolah di sebuah sekolah agama terkenal di selatan tanah air....kalaulah hamba Allah ni membaca blog aku ni...selesaikanlah hutang sebelum salah seorang kita menutup mata.....

Friday, December 5, 2014

DUA NIKMAT KURNIAAN ALLAH

Assaaalaamualaikum wbt,


Riwayat: Bukhari

Kategori: Akhlak

Hadith: 
Daripada Abdullah bin Abas RA katanya, Rasullullah SAW bersabda, “Dua nikmat, banyak manusia rugi padanya (kerana mensia-siakannya) iaitu kesihatan dan kelapangan.”

Huraian Hadith:  
  1. Kita hendaklah menghargai dua nikmat iaitu kesihatan dan kelapangan.
  2. Kita hendaklah memanfaatkan segala nikmat yang diberikan untuk mendekatkan diri kepada keredhaan Allah SWT dan melakukan kebajikan sebelum terlambat.
  3. Seseorang hendaklah menjaga nikmat kesihatan sebelum sakit dan nikmat kelapangan untuk memerangi hawa nafsu ke arah kejayaan.

Wednesday, December 3, 2014

MAJLIS ZIKIR

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: 
Riwayat at-Tirmidzi

Kategori: 
Ibadah

Hadith: 
Sabda Rasulullah SAW : Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah. Para sahabat bertanya : Apakah itu taman syurga? Jawab Baginda : Majlis Zikir.
Huraian Hadith: 
  1. Zikrullah bermaksud mengingati Allah SWT. Ia merupakan ibadat yang tidak hanya tertumpu pada lidah sahaja tetapi juga dengan hati dan seluruh anggota badan. Malah apa sahaja perbuatan yang dilakukan dengan tujuan untuk mengingati-Nya adalah termasuk dalam konteks zikrullah.
  2. Zikir adalah amalan yang boleh menghidupkan hati, memberikan ketenangan rohani dan mengundang rahmat Allah SWT. Sebaliknya orang yang jiwanya sering lalai daripada mengingati Allah SWT, mata hatinya akan buta dan kehidupannya menjadi sempit dan mudah tertekan.
  3. Orang yang selalu berzikir akan mudah terdorong untuk melakukan kebajikan dan tercegah daripada kemungkaran. Ini disebabkan ia merasai bahawa Allah SWT sentiasa bersamanya dalam setiap amalan yang dikerjakan.