Tuesday, December 29, 2015

'RUMAH SEPERTI KUBUR'

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Muslim
Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Janganlah kamu menjadikan rumahmu itu seperti kubur (tidak pernah kamu sembahyang sunat ataupun membaca al-Qur’an dan ibadat lain di dalamnya). Sesungguhnya syaitan akan lari dan menjauhkan diri daripada mana-mana rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah”.

(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith: 

  1. Hadith ini menunjukkan kelebihan surah al-Baqarah dan membacanya dengan tadabbur dan mengamalkan kandungannya akan menjauhkan daripada syaitan.
  2. Islam menuntut kepada setiap umatnya agar menghiasi rumah mereka dengan amal ibadat wajib dan juga sunat, kerana rumah-rumah yang tidak ada penghuninya yang sembahyang sunat dan membaca ayat suci al-Qur’an diibaratkan kubur yang sunyi dimana syaitan serta iblis akan menguasainya.
  3. Syaitan dan iblis akan takut apabila mendengar ayat-ayat al-Qur’an dibaca oleh seseorang lebih-lebih lagi surah al-Baqarah.
  4. Digalakkan supaya melakukan sembahyang sunat dirumah.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Saturday, December 26, 2015

RUMAHKU SYURGA KU- LALANG TUMBUH SEMULA - (BAB 5)

Assalaamualaikum wbt, ( Jan -Feb  2015)

Tak sampai dua bulan lalang dimesin dan tebas sudah tumbuh  semula ....memang subur betul lalang dan tanah disini agaknya sebab akar lalang memang dah bertapak lama...

RUMPUT DAN LALANG LAMAN BELAKANG MEMANG SUBUR

Cepat-cepat aku semai dan tanam beberapa pokok antaranya limau nipis, limau kasturi dan pokok jambu batu..





Bahagian depan pun sama lalang lagi cepat naik....subur betul lalang2 ni...




Aku tidak ada pilihan lain....aku racun lalang dan rumput rampai yang aku pun tak tau namanya...




Next entri pasal grill dan kabinet dan tanam rumput baru...banyak kerja lagi nak buat laman cantik....

Tuesday, December 22, 2015

KELEBIHAN SOLAT FARDHU

Assalaamualaikum wbt,



Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Katanya, andai kata pada pintu seseorang di antara kamu ada sebuah sungai dan ia mandi disitu sebanyak lima kali dalam sehari, apakah masih ada kekotoran yang masih tertinggal dibadannya?” para sahabat menjawab, tidak ada kekotoran sedikit pun yang tertinggal dibadannya. Baginda bersabda, “Demikianlah bandingan sembahyang lima waktu, dengan mengerjakan semua itu Allah akan menghapuskan semua dosanya dan kesalahan”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Huraian Hadith: 
  1. Kelebihan Solat lima waktu dan kelebihan memeliharanya.
  2. Sembahyang fardhu merupakan tiang agama yang diwajibkan kepada setiap umat Islam yang telah cukup syarat-syaratnya.
  3. Orang yang mengerjakan sembahyang fardhu dengan sempurna meliputi rukun dan sunatnya akan diampunkan dosa-dosa kecil sedangkan dosa-dosa besar tidak terhapus melainkan dengan bertaubat.
  4. Uslub Nabi SAW menarik minat dan terangsang untuk melakukan taat dengan cara berdialog dan perumpamaan.

Wednesday, December 16, 2015

AKHIRNYA UNIFI DAPAT DIPINDAHKAN KE RUMAH BARU

Assalaamualaikum wbt,

Aku dinasihatkan agar tidak post atau citer pasal Unifi di rumah baru kerana penyedianya adalah Syarikat tempat aku kerja jugak....rupanya baru tau kawasan rumah baru aku ni dianggap kawasan perumahan baru dan kebetulan ada 6 biji rumah sahaja...kos untuk menarik kabel dan menyediakan infra memang begitu mahal.....semua tu aku faham...

Kebetulan Unifi di lama aku masih belum putuskan,,, jarak  rumah lebih kurang 2.5km sahaja....aku dan anak2 sanggup ke rumah lama semata2 nak main internet dan buat kerja untuk guna internet...banyak bulan jugaklah....

Akhirnya setelah melalui beberapa fasa dengan yang menyediakan infra...akhirnya awal Oktober lalu...tersedialah DP depan rumah.....Alhamdulillah.


KONTRAKTOR NAIKKAN DP
SIAP DAH

2 November lalu....akhirnya kontraktor Unifi datang ke rumah dan memasang terus Unifi....kami semua lega kerana Unifi sekarang memang satu keperluan yang sangat2 penting...


KONTRAKTOR TM SEDANG UKUR 'DUCK FIBER'
HANYA ADA 8 PORT....RUMAH DI SINI ADA 6 SAHAJA...
AKU DAPAT PORT YANG PERTAMA
DUCK FIBER DI PAKU KE TEPI DINDING RUMAH DENGAN KEBENARAN AKU
TERUS KE TINGKAT SATU RUMAH BERSEBELAHAN PIRING 
ASTRO
BHG DALAM RUMAH....BILIK TIDUR UTAMA AKU
FINALLY.... UNIFI SIAP DI PASANG

Satu rumah gembira sangat dengan Unifi dan yang paling gembira anak dara aku ....hampir setiap hari dia download  siri drama Korea....dia masih menikmati cuti sementara mencari pekerjaan ...

Tuesday, December 8, 2015

KELEBIHAN MAKAN SECARA BERKUMPULAN

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan Sahih

Hadith: 
Daripada Wahsyi bin Harbi RA, Sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW berkata, “Wahai Rasulullah sesungguhnya kami makan tetapi tidak kenyang”. Lalu Baginda bersabda, “Mungkin kamu semua makan berselerak”. Mereka semua menjawab, “Ia benar” Baginda bersabda lagi, “Oleh itu hendaklah kamu semua berkumpul semasa makan dan bacalah Bismillah semoga diberkati Allah.”
Huraian Hadith: 

  1. Islam menggalakkan makan secara beramai-ramai kerana ianya mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
  2. Hendaklah membaca “Bismillahirrahmanirrahim” sebelum makan kerana ianya merupakan sunnah Rasulullah SAW.
  3. Makan secara berkumpul akan melahirkan silaturrahim sesama umat Islam. 

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin