Tuesday, December 8, 2015

KELEBIHAN MAKAN SECARA BERKUMPULAN

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: Abu Daud dan at-Tirmizi, katanya Hadith Hasan Sahih

Hadith: 
Daripada Wahsyi bin Harbi RA, Sesungguhnya para sahabat Rasulullah SAW berkata, “Wahai Rasulullah sesungguhnya kami makan tetapi tidak kenyang”. Lalu Baginda bersabda, “Mungkin kamu semua makan berselerak”. Mereka semua menjawab, “Ia benar” Baginda bersabda lagi, “Oleh itu hendaklah kamu semua berkumpul semasa makan dan bacalah Bismillah semoga diberkati Allah.”
Huraian Hadith: 

  1. Islam menggalakkan makan secara beramai-ramai kerana ianya mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
  2. Hendaklah membaca “Bismillahirrahmanirrahim” sebelum makan kerana ianya merupakan sunnah Rasulullah SAW.
  3. Makan secara berkumpul akan melahirkan silaturrahim sesama umat Islam. 

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

No comments: