Thursday, January 28, 2016

RUMAHKU SYURGAKU - KONTRAKTOR GRILL (BAB 7 )

Assalaamualaikum wbt,

Hampir setiap hari aku ke rumah baru antara hujung Disember 2014  ke hujung awal Feb 2015....melihat kerja-kerja kontraktor perabut dan elektrikal...semuanya ok kecuali kontraktor grill...(memang Allah dah tentukan aku ditemukan dengan kontraktor ini.....mungkin ada hikmahnya)....aku tidak puas hati dengan kerjanya dan kualiti...tapi aku dah janji dengan diri tidak akan memberikan komen negatif.....tetapi aku dah bagitau depan muka kontraktor ini.....bahawa aku tidak akan rekomen kerja-kerja dia dengan jiran2 aku yang lain....aku malu...


LORI GRILL BARU SAMPAI
GRILL PINTU UTAMA
GRILL DI PINTU UTAMA
Kalau nak tunjuk dan citer terperinci dan secara dekat kualiti cat dan kehalusan kerja memang banyak , aku masih lagi ada rasa sayang dengan bangsa aku sendiri...yang pasti teguran aku kepada kontraktor ini begitu tegas dan direct...aku harap dia belajar dan praktikkan ilmu buat grill dengan orang yang lebih baik.



NI SALAH SATU CONTOH...TIDAK HALUS

Cukuplah aku citer pasal grill ni.....

Friday, January 22, 2016

ADAB KETIKA MASUK KE RUMAH ORANG LAIN

Assalaamualaikum wbt,



Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 


Daripada Abu Musa al-Asy ‘ari RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Meminta izin untuk masuk ke rumah orang lain hendaklah dilakukan sebanyak tiga kali. Jika kamu diberi keizinan maka masuklah dan jika kamu telah lakukan yang demikian, tetapi tidak ada jawapan maka hendaklah kamu balik.”
  
Huraian Hadith: 
  1. Wajib meminta izin daripada tuan rumah untuk masuk ke rumahnya dan sunat memberi salam sehingga tiga kali.
  2. Sekiranya salam yang diberi sebanyak tiga kali itu tidak mendapat jawapan daripada penghuni rumah atau tempat kediaman, seseorang dilarang oleh syarak untuk masuk ke dalam rumah tersebut.
  3. Di antara adab sopan yang diperintahkan oleh syarak kepada seseorang yang hendak masuk ke rumah orang, ialah dengan memberi ucapan salam terlebih dahulu.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Wednesday, January 20, 2016

RUMAHKU SYURGA KU - KITCHEN KABINET (BAB 6)

Assalaamualaikum wbt,

Biasalah bila masuk rumah baru....macam2 perancangan dalam otak ni....aku dan wife selalu bincang....kami setuju buat yang biasa2 dan ikut kemampuan....akur baju di badan sendiri....banyaknya nak guna duit masuk rumah baru ini....Allahuakhbar...target nak selesaikan kabinet dapur kering dan basah dulu...wife mintak kabinet khas untuk dia buat kuih dan kek.....aku setuju sebab itu minat dia...


LORI KABINET SEDANG TURUNKAN BARANG- BARANG

DAPUR KERING:


BAHAGIAN DAPUR KERING- SEBELUM ADA KABINET
PERINGKAT AWAL
DALAM  PROSES LAGI
SIAP DAH
DAPUR BASAH :

BAHAGIAN DAPUR BASAH- SEBELUM ADA KABINET
PERINGKAT AWAL
SIAP DAH DENGAN DAPUR SEKALI


KABINET KHAS UNTUK BUAT KUIH :

Kabinet in wife aku dan kontraktor yang design sendiri....aku memang tak tau menahu...sediakan ongkosnya sahaja...aku setuju dengan permintaan wife sebab dari dulu dia memang suka buat kuih muih dan kek mengikut permintaan anak2...wife happy dan aku pun happy..

PERINGKAT AWAL...
BELUM LETAK TABLE TOP LAGI
SIAP DAH TABLE TOP... 

Itu je yang kami mampu buat buat masa ni....bajet memang cukup2 je....Allahuakhbar. Syukur Alhamdulillah.

Wednesday, January 13, 2016

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL - MULK

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadith hasan
Hadith: 
  
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.


Huraian Hadith: 

  1. Hadith ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.
  2. Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai berbagai-bagai faedah dan rahmat kepada orang yang membacanya dan mengamalkannya seperti penawar kepada penyakit tertentu dan lain-lain.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Wednesday, January 6, 2016

KELEBIHAN MENUNGGU WAKTU SOLAT

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sentiasalah sseorang kamu dianggap dalam sembahyangnya, selama menahan sembahyang tidak ada yang menghalangnya untuk kembali menemui ahli keluarganya melainkan kerana ia menunggu waktu sembahyang yang berikut”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith: 
  1. Orang yang sanggup menunggu waktu sembahyang yang berikutnya setelah ia selesai sembahyang, di mana ia tidak membuat perkara-perkara lain seperti balik untuk menemui ahli keluarganya akan mendapat pahala sama dengan ia menunaikan sembahyang-sembahyang tersebut.
  2. Allah SWT akan memberi ganjaran pahala kepada setiap amalan yang diniatkan oleh seseorang walaupun belum mengerjakannya.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin