As Salam,
Tiga minggu lepas aku terserempak dengan seorang pegawai FAM yang dah bergelar Datuk skrg di Menara TM, dua hari lepas aku terserempak lagi dengan Datuk ni berhampiran dengan menara TM.Aku mula kenal dengan pegawai ni sejak tahun 2006 ketika dia membantu menerajui sebuah pasukan bola sepak negeri pantai timur yang sekarang begitu menonjol. Entah kenapa sekarang aku begitu meluat dan menyampah bila ternampak wajah dia samada di TV atau suratkhabar selepas dia sabotaj pasukan TMFC pada bulan april 2007 hinggakan kami terkeluar dari saingan piala FA. Sehingga kini aku tak pasti kenapa dia pada tahun 2007 bersungguh2 nak sabotaj dan tikam belakang pasukan TMFC ketika itu. Ogos 2007 secara rasmi TM menutup pasukan TMFC dan menarik diri dari Liga Super Malaysia dan menumpu kepada penajaan.
Aku tau dia sekarang kena selalu ke TM sebab soal penajaan,kewangan dan pembayaran ke FAM....TM memerlukan laporan terperinci setiap perbelanjaan. Pegawai yang bergelar Datuk ni tak tau malu ke ? Dah lah dulu dia yang bersungguh-sungguh sabotaj dan menikam pasukan TM, sekarang dah selalu ke TM, aku pasti ramai pegawai kanan TM tidak mengetahui perangai sebenar dia ni.....
Pendapat peribadi aku, sepatutnya TM tidak menaja pasukan Malaysia kerana dah lebih 6 tahun TM menaja FAM sejak tahun 2005 hingga 2010..bagilah kepada GLC lain yang lebih besar menaja, dan TM sepatutnya mencari sukan lain yang boleh dipromosikan dengan lebih professional.. ini pendapat peribadi kerana aku dan staff TM lain tidak boleh mengeluarkan sebarang komen berhubung polisi Syarikat dalam blog atau mana2 laman sosial , hope kawan2 aku yang jaga polisi dan hal2 berkaitan perhubungan perusahaan tidak mengenakan sebarang tindakan disiplin pada aku.
Aku tidak malu mengaku masih marah dan 'berdendam ' dengan FAM dan segelintir pegawai mereka yang sepatutnya tidak layak menduduki kerusi FAM....mereka sudah ketandusan idea dan tidak relevan lagi dengan pembangunan bolasepak Malaysia....mereka masih menebalkan muka stay kat FAM.....apa jadi dengan pasukan piala dunia Malaysia sekarang...apajadi dengan ranking Malaysia sekarang ? Ini semua versi marah....
Sekarang aku masih tertanya2 kenapa mesti Allah temukan aku dengan pegawai FAM bergelar Datuk tu dua kali dalam masa 3 minggu....aku sudah tidak menjaga sebarang pasukan bolasepak, aku dah malas nak fikir pasal bolasepak Malaysia, cuma bagi komen sekali sekala sahaja.....sejak dari pulang umrah 2008 aku sedang memaafkan semua orang yang aku tidak suka....aku dah boleh terima takdir TMFC ditutup......semua perjalanan hidup ini Allah dah tentukan dan kena menengok dengan mata hati setiap apa yang terjadi dan mesti redho.
Kalau ada pembaca blog yang boleh bagi pandangan dan renungan kepada aku persilakan....ego, marah dan dendam aku tidak ke mana pun....Isyarat dari Allah yang aku sedang nilaikan sekarang ni....
10 comments:
Teruskan atau hentikan sertamerta perasaan yang masih bertapak..keputusannya akan tercapai dalam masa terdekat..InsyaAllah.
Perasaan ini menunjukkan kita manusia yang sangat normal..bukan keramat.
Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang..
Allah juga maha pengampun..
sebagai hamba, kita lagi patut memaafkan..ye tak..
tapi sebagai manusia, penyakit hati sukar nak dihilangkan..
mungkin ambik masa, dan mohon pada Allah untuk terus diberikan petunjuk..
Assalamualaikum En Rosli
rezeki yg Allah berikan kepada kita
kebahagian keluarga
rezeki yg berlebihan
sihat sejahtera
anak2 yg soleh
kita di kurniakan Iman yg kukuh
tanda Allah sayang kpd kita atas kelancuran mereka
moga mereka diberi hidayah oleh Allah, utk bersama2 di Syurga nanti..Insyaallah
Wassalam
salam
memang telah dijadikan Allah pelbagai sifat dalam diri manusia seperti sifat suka, benci, gumbira, marah dan sebagainya
cuma bagaimana cara kita mengendalikan, terpulang pada diri masing2
sifat2 tersebut adalah normal dalam diri kita insan yang lemah
cuba renung baik2 , hikmah disebalik semua yg terjadi,
kemungkinan dulu masa banyak dihabiskan dipadang permainan dan adakala terbabas waktu solat serta terabai , nak2 bila game mula petang nak dekat waktu asar atau lepas magrib .
bandingkan pula dengan sekarang apabila tidak lagi terlibat dalam dunia tersebut ...
mungkin itu salah satu hikmah yang sangat besar menandakan Allah masih sayangkan tuan dan kita semua sebagai hambanya
dan sekarang saya rasa masa tuan terluang bersama keluarga lebih banyak dari dulu yang banyak dihabiskan di padang permainan
saya bercakap berdasarkan pengalaman kerana saya pernah terlibat serius dalam bidang sukan suatu ketika dulu semasa muda
moga Allah mengampunkan segala dosa2 kita terdahulu dan terus memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua
itu sekadar pendapat peribadi saya
Assalamualaikum En. Rosli,
Setiap yang Allah jadikan ada hikmahnya..hanya dia yang menentukan takdir makhloknya, ia menduga kesabaran, untuk menaikkan tahap keimanan umatnya..ia perlu diuji sejauh mana tahap keimanan itu..itu tandanya Allah masih menyayangi umatnya..sabar En. Rosli..ambik lah tauladan dari kesusahan yang di alami oleh Rasullullah SAW...yang tak habis2 di uji dengan bermacam macam cara..dengki khianat yang tak sudah2..tapi baginda tetap bersabar...en.rosli sabar yer..
Mamasita,
Tk atas sokongan dan pandangan
Norh,
Tk atas padangan dan sokongan.
Hj Rozali,
Tk atas pandangan dan sokongan. Insyallah
CR,
Tk atas sokongan,pandangan dan peenjelasan yang begitu panjang lebar. Insyallah.
Kak Shidah,
Tk atas pandangan dan sokongan. Insyallah
Post a Comment