Friday, September 2, 2011

TRADISI MARHABAN DI BATU 17, AIR HITAM , MUAR

As Salam,

Marhaban di sini telah menjadi aktiviti wajib dan tradisi masyarakat di sini. Aku pulak  mengenali tradisi ini sejak 23 tahun lalu, wife aku orang sini.  Meriah dan tradisi yang wajib diteruskan sampai bila2. 

Tahun ini aku sempat merakam beberapa keping gambar rombongan Marhaban pada hari Raya kedua - 31 Ogos , untuk tatapan pembaca.  Mereka hadir dengan berpuluh2 biji motor dan berselawat dari luar rumah hinggalah ke dalam rumah. Selepas menjamu selera wakil mereka akan bagi ucapan dan ucapan balas tahun ini aku yang kena berucap  bagi pihak  ibu mertua aku.
 Rombongan Marhaban

 Menikmati jamuan ringan

 Menghilangkan dahaga
Giliran aku berucap balas bagi pihak ibu mertua aku

Salam dan selawat mereka begitu meriah, moga rumah ibu mertua aku sentiasa diberkati Allah s.w.t. Ameen.

2 comments:

Safwan said...

takbir hari raya puasa hanya dari malam raya hingga solat sunat hari raya. Hari raya kedua tak tak da takbir hariraya......

rosli said...

Safwan,

Terima kasih atas teguran,saya tersilap...mereka berselawat yang sebenarnya