Thursday, September 8, 2011

WUDHU' ZAHIR DAN BATIN

As Salam,
(Berkongsi ilmu yang saya perolehi dari email kawan saya di CIMB Nurhettyka)

Diriwayatkan ada seorang yang bernama Isam bin Yusuf yang sangat warak dan amat khusyu' solatnya. Namun ia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya itu kurang khusyu'nya lalu dia selalu bertanya kepada orang-orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyu' .

Maka pada suatu hari, Isam menghadiri satu majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam. Lalu Isam bertanya "Wahai Aba Abdurrahman, terangkanlah kepada saya bagaimanakah caranya tuan bersolat"

Lalu Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku pun berwudhu' zahir dan batin"

Isam bertanya lagi "Bagaimanakah wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata : "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin itu ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara yakni:-
1.        Bertaubat
2.        Menyesali dosa yang telah dilakukan
3.        Tidak tergila-gilakan dunia
4.        
Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5.        Tinggalkan sifat bangga diri
6.        Tinggalkan sifat khianat dan menipu
7.        Tinggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata lagi " Kemudian aku ke mesjid, aku kemaskan kesemua anggotaku dan aku menghadap ke Kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan

1.        Aku sedang berhadapan dengan Allah Rabbul Jalil
2.        Syurga disebelah kananku
3.        Neraka disebelah kiriku
4.        Malaikat maut (Izrail) dibelakangku
5.        Aku bayangkan pula aku sedang meniti titian sirat dan
6.        Aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solatku yang terakhir bagiku
"Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham akan maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawaddhuk dan aku bertasyahud dengan penuh pengharapan agar Allah menerima solatku dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah cara aku solat selama ini".
Mendengarkan itu, maka menangislah Isam terisak-isak kerana membayangkan betapa kurang baik ibadahnya bila dibandingkan dengan Hatim.

Rasulullah SAW bersabda barang siapa yang menyebarkan ilmu demi kebaikan, insya-Allah Allah akan menggandakan kebaikan kepadanya.

8 comments:

Unknown said...

SALAM SYAWAL,
TKASIH ATAS PERKONGSIAN INI. TERKESAN KPD LF

mama ju said...

Salam Srd Rosli

Tkasih info ingatan ini. Saya ni dah 1/2 abad tapi masih cuai..Ya Allah ampuni kami semua.

mama ju said...

Salam

hehe tgklah N3 baru saya...

rubijum said...

Bolih tak share post ini ke FB saya

rosli said...

Dato LF,

Sama2 la kita berkongsi ilmu

rosli said...

Mamaju,

Rasanya ramai di antara kita yan masih lagi cuai tp sedng perbaiki. Insyallah

rosli said...

Mamaju,

Wah glamor bersama mantan PM

rosli said...

rubijum,

Silakan , saya izinkan, kerana saya pun mendapat email dari kawan2...sama2 berkongsi ilmu