Friday, September 30, 2011

KERJA SAMPAI UMUR 60/64 OR 'JALAN'@MENINGGAL@MATI

Assalamualaikum wbt,


Tahun 1993 masa umur aku 30 tahun terasa masih muda....terasa lama lagi nak bekerja 25 tahun.......akan pencen 2018.  Sekarang umur aku dah 48 tahun ++.....baki umur bekerja 6tahun ++...Insyallah....Terasa dah dekat sangat nak sampai 55 tahun.....tetiba MTUC dan CUEPACS kata dan cadang umur bersara pada umur 60 0r 64.....banyak golongan muda melenting....semalam Presiden CUEPACS pulak memberikan reaksi agar golongan muda lebih tabah dan kuat hadapi cabaran di masa hadapan....dan banyak lagi...elok dua2 belah pihak baca sendiri

Sekarang setiap hari aku rasa aku makin berusia....makin tua,  penyakit senang nak dapat....rambut pun makin sikit dan jarang2....cuma hati ajer yang terasa muda....bila kenang belum gi haji dan ibadat yang amat kurang sejak 25 tahun lalu....terasa takut nak mati pun ada.....bersyukur Allah masih bagi ingatan pada aku....at least dah buat umrah 2008....dah daftar haji....giliran 2024....Niat dah ada...Insyallah kalau ada rezki nak buat haji lebih awal

Beberapa orang kawan aku sekarang bertugas di Arab Saudi, UAE, Qatar , Dubai dan terbaru kawan bekerja di Jeddah.....dan beberapa kawan2 rapat mula mencari peluang bekerja di negara Arab agar lebih dekat dengan Tanah Suci Makkah dan Madinah. Aku pun dah mula browse untuk ke negara2 Arab terutama Arab Saudi....entah kenapa hati dah terpaut dengan negara padang pasir ni....(jawapan terpulang kepada masing2....ada yang nak cari pendapatan lebih,  ada yang nak lari dari boss skrg, nak lari dari politik ofis, yang pasti ramai nak dekat dengan Tanah Suci termasuk aku). Umur bersara di negara2 Arab aku tak sure pulak....

Berbalik  kepada citer umur bersara lebih tua....ramai kawan2 muda kat ofis aku membantah...."habis tu bila anak2 kitaorang nak bekerja...ramai yang akan menganggur nanti".....ramai yang lebih bimbangkan masa depan anak2 mereka.....pada mereka kita yang dah tua ni  'macam tak berguna' dan akan lambatkan anak2 mereka dapat kerja....mereka lupa satu hari nanti mereka akan tua jugak...hehehe....aku dah lalui dan bercakap pasal tua muda ni 18 tahun dulu....Yang pasti orang tua dan muda ada persepsi berlainan....yang tua kata "aku banyak pengalaman, dan yang muda kata aku banyak tenaga dan idea".... lantak kau orang lah.....ada beberapa kes yang dah cecah umur 53/54 skrg ni dah mula pasang strategi dengan 'berbaik' dengan boss dan ada kes yang mengatakan tiada calun yang layak jadi pengganti mereka buat masa ni....hehehe....mereka sebenarnya tidak bersedia untuk pencen dan masih ada tenaga......sedangkan rakan dan orang bawahan mereka dah 'jemu 'dengan mereka ni.... YANG PASTI ramai orang muda yang tak sabar nak naik pangkat sentiasa  berdoa agar boss atau orang tua biar mati cepat....tapi kena ingat ramai jugak orang muda mati awal.....hehehe. ( Dapat tau salah sorang kawan perempuan(guru) masa belajar universiti dulu sebaya dengan aku kena stroke dan sedang menderita sakit, moga dia cepat sembuh)

Aku ikut apa keputusan kerajaan.....kalau 60 ker 64 ker ker 55 ker aku ikut.....kalau masih sihat aku akan bekerja terus....kalau asyik sakit aku berhenti awal.....rezki akan datang aku berserah pada Allah.....ramai boss2 lama aku dan kawan2 yang aku kenal sekarang yang masih bekerja, berniaga dan aktif dengan masjid walaupun ada yang dah mencecah umur 58, 60 dan 70 tahun.....ramai mereka ni dulu pegawai kanan....bukan duit yang mereka cari tetapi nak penuhkan masa lapang atau mungkin kerja sampai 'jalan'......kedudukan aku akan datang aku berserah pada Allah....samada kerja sampai 'jalan' or berehat di rumah sampai 'jalan'.....

Yang pasti salah satu perancangan aku adalah berniaga kedai runcit depan rumah wife aku di kampung dia, Air Hitam, Muar...dan pergi solat berjemaah di surau depan rumah tu setiap waktu....tapak kedai runcit dah lama ada dan surau pun dah lama ada di situ. Ameen

4 comments:

mamasita said...

Assalammu'alaikum..cuba pergi ke blog Bakpo.blogspot.com..Ariffin Mamat.Dia kerja di Jeddah lama dah.
Mungkin dia boleh tolong Rosli dapatkan kerja kat sana.
Dia sekeluarga pergi Makkah sekali sebulan..jarak Makkah dan Jeddah hanya sejam lebih sikit..punyalah rezki..cubalah tanya.
Saya kenal dia sikit2 saja tapi saya rasa dia mungkin boleh membantu Rosli.InsyaAllah.
Wassalam.

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

lebih baik jadi toke
9/10 rezeki drp berniaga

Wassalam

rosli said...

Mamasita,

Insyallah. TK atas maklumat tersebut

rosli said...

Hj Rozali,

Insyallah, sedang diusahakan