As Salam,
Sekadar berkongsi rasa, setiap hari Allah akan menduga kita dan aku tidak terkecuali....kali ini politik pejabat.....malas rasanya menulis.....tapi aku mahukan komen pembaca dan aku pasti dapat melegakan kepala 'otak' ni....yang bestnya semalam ketika berwudhu untuk solat asar aku dapat jawapan dan sepatutnya tidak perlu lagi bercerita dalam blog....
Antara kenaikan pangkat, kenaikan gaji antara RM 750 hingga RM 1000.00, berbanding masa pulang kerja awal, kualiti masa bersama keluarga dan masa berehat di rumah dan yang paling utama masa solat dan beribadat.....kita akan pilih yang mana....aku diprovoke oleh sorang kawan agar memohon jawatan yang bakal ada ruang kosong pada tahun 2012..pada aku pulak boss akan offer kita kalau dia hendak kita dan tak perlu kita mintak atau menonjolkan diri dan aku lebih selesa berdoa dan mohon petunjuk dari Allah...Duit sebanyak mana memang tidak akan cukup.....ada sorang kawan aku baru dapat naik pangkat....naik gaji dan dapat bilik besar beberapa bulan lepas.....masih merungut tak cukup....
Aku yang dah kerja 26 tahun pun masih cukup2 makan setiap bulan dan kekadang pun tak cukup gaji.....kena cari kerja tambahan dan buat kerja lain untuk mencukupkan perbelanjaan. Umrah 2008 buat aku tahu erti bersyukur dan sentiasa berdoa pada Allah....yang penting sekarang setiap kali mendapat rezki dan rezki lebih aku tak lupa berdoa dan bersyukur. Ameen.
Bila terlihatkan tindak tanduk kawan2 yang sentiasa tak puas hati dan kurang bersyukur aku sering tertanya2....dulu akupun begitu......sentiasa tak puas hati dan tidak bersyukur , malas rasanya berkawan dengan kawan2 begini....bisikan syaitan sentiasa dekat....
Buat masa ni aku selesa pulang awal, rehat awal, kualiti masa bersama keluarga banyak dan paling best.....masa bersolat dan beribadat tidak kelam kabut....dugaan dan cobaan selalu sangat syaitan berbisik pada aku gambar ringgit dan peluang ke luar negara atas tugasan rasmi di masa akan datang jika dekat dengan boss dan memegang jawatan lebih tinggi...'tepuk dada tanya selera'
Yang aku paling suka 'tepuk dada tanya iman'...Ya Allah bagilah kekuatan pada diri hamba Mu ini. Ameen.
12 comments:
Yang penting, penghargaan dari Allah, bukan dari manusia
salam
alhamdulillah
tak salah kita mengejar keduniaan dalam memajukan diri kita , tapi semua kenalah berbalik dan berpegang teguh pada ajaran agama islam ,
insyallah apa yang kita perolehi itu membawa sekali keberkatan di dunia dan paling penting di akhirat kelak
walaupun kita berjawatan tinggi, tapi kita sentiasa praktikkan beberapa perkara spt :
1. jangan meninggalkan perkara2 yang diwajibkan pada kita.
2. meninggalkan dan menjauhi perkara2 yang di haramkan pada kita
3.memperbanyakkan dengan perkara2 yang disunatkan pada kita
Insyallah, Allah akan mempermudahkan kehidupan kita bukan sahaja di dunia , malah diakhirat kelak
konsepnya mudah,
walau setinggi mana pun jawatan atau kedudukan kita, kita pasti ke dalam tanah jua kerana "asal tanah dari tanah"
paling penting rasa syukur kepada Allah sentiasa ada dalam hati walau banyak atau sedikit pemberian Allah buat kita
sekadar pendapat saya seorang hamba Allah yang penuh kelemahan dan kekurangan yang sentiasa cuba memperbaiki kelemahan diri
Assalamualaikum En Rosli
kita kejar dunia
tak pasti dunia akan dapat, yg pasti akhirat terlepas
Wassalam
Salam cik rosli
Kejarlah akhirat insyallah dunia kita dapat...
naik pangkat, tambah keja, bertambah sakit kepala...
Assalam,
Tidak perlu kejar pangkat. Buatlah kerja dan perkara yang kita suka dan value most
Mdm Yana,
Betul tu, Insyallah saya akan ingat semua tu
CR<
Betul pandangan CR tu, Insyallah saya akan ingat
Hj Rozali,
Insyallah saya akan ingat pesanan tu
Shami2,
Insyallah,tk atas pandangan
Norh,
Tk atas pandangan, Insyallah saya akan ingat.
Dr Hj Ridzwan,
TK atas pandangan Dr,Insyallah akan saya jadikan panduan masa hadapan
Post a Comment