Assalaamualaikum wbt,
Ini adalah entri post saya yang ke 500. Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah saya masih boleh menulis dan mencatat dalam blog saya ini.
Sejak berblog mulai 13 Januari 2010 dengan mendapat galakan dari ramai2 kawan2 baru dan kawan2 PDKM , hingga hari ini maka tercatatlah entri yang ke 500.....macam tak percaya pun ada....saya dah ada blog sendiri. Masih banyak yang perlu saya pelajari kerana kandungan blog saya sangat minima kandungannya. Sehingga kini sudah ada lebih kurang 69 ribu pembaca dengan purata sehari 50-100 orang yang membaca blog saya.
Pada semua rakan2 bloggers dan rakan alam maya di luar sana terima kasih atas galakan, dorongan, nasihat, tunjuk ajar ketika saya mula2 berblog dulu. Kepada semua pembaca blog saya jutaan terima kasih kerana masih sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini. Dari jauh di sudut hati saya sekadar berkongsi rasa dan cerita dan saya mengharapkan tidak ada entri saya yang melukakan hati mana2 pembaca blog saya, jika ada yang terguris hati saya mohon ampun dan maaf.
In Shaa Allah saya akan terus berblog jika diizinkan dan jika masih ada ilham dan idea2. Komen dan kata2 perangsang amat2 saya hargai.
2 comments:
Assalamualaikm....Tahniah semoga berjaya berbelog dan dalam semua bidang.
Tn Hj Arshad,
TK atas sokongan tuan dan doa tuan. Insyallah saya terus berblog dan menulis. Ameen
Post a Comment