Assalaamualaikum wbt,
Kelab Haji Muda (KHM) yang diketuai oleh Dr Hj Ridzwan Bakar merancang program ke Bandung sejak awal tahun 2012 (Mei) untuk ke Bandung dengan salah satu tujuan utama iaitu merasmikan sebuah Masjid di Desa Bojongloa, Bandung dan beberapa program kerohanian yang telah dirancang oleh Dr Hj Ridzwan Bakar. Setelah beberapa kali mengadakan mesyuarat dan perbincangan maka akhirnya tiba waktu yang ditunggu , 28 Nov seramai 42 orang ahli KHM termasuk anggota keluarga berkumpul di LCCT termasuk seorang wakil dari Kemboja iaitu Ustaz Muhammad Kausar dan bertolak ke Bandung dengan pesawat Air Asia.
Program 5 hari 4 malam ( 28 Nov hingga 2 Dis 2012) penuh dengan program kerohanian di samping satu dua program wisata dan membeli belah di Bandung. Alhamdulillah semua berjalan lancar di Bandung.
Program 5 hari 4 malam ( 28 Nov hingga 2 Dis 2012) penuh dengan program kerohanian di samping satu dua program wisata dan membeli belah di Bandung. Alhamdulillah semua berjalan lancar di Bandung.
PESAWAT AIR ASIA YANG KAMI NAIKI
SEBAHAGIAN AHLI KHM YANG TIBA DI BANDARA BANDUNG
MAKAN MALAM DI RESTORAN AMPERA , BANDUNG
Sebaik tiba di Bandung kami di bawa ke Factory Outlet (FO) Heritage lebih kurang 2 jam untuk membeli belah sebelum di bawa ke Kompleks Daarut Tauhid dan menginap di Cottage Daarul Jannah dan sebahagian lagi menginap di Cottage Daarul Shalihah (bukan milik Daarut Tauhid). Insyallah saya akan post gambar2 penginapan di sini dan apa kemudahan yang ada di Kompleks Daarut Tauhid.
3 comments:
salam bg rosli, Program 5 hari 4 malam ( 20 Nov hingga 2 Dis 2012) tu mcm x betul je bang Rosli? mungkin typo kott.., anyway, nice blog citer psl bandung.. gudjobb
Wg,
Tk atas pembetulan....sepatutnya 28 Nov
WG,
Alhamdulillah saya dah betulkan tarikh tu, syukur masih ada yang perasaan. TK kerana mengunjungi blog saya dan memberikan satu semangat pada saya untuk terus menulis
Post a Comment