(MALAM BINA IMAN DAN TAQWA (MABIT)
Selepas program perasmian Masjid di Desa Bojongloa bas kami terus menuju ke CIATER\SUBANG dan terus check in ke Hotel Lembah Sarimas, yang terletak di dalam kawasan MASJID JAMI AHSHAL MASJIDIS SA'ADAH. Keunikan masjid ini ianya mempunyai sebuah hotel yang begitu indah dan luas kawasannya. Saya difahamkan pemilik hotel ini membina Masjid ini di dalam kawasan Hotel Lembah Sarimas (pertama kali dalam hidup saya jumpa hotel dan masjid dalam satu kawasan dan milik orang yang sama)....Subhanallah.
MASJID BIRU ATAU MASJID JAMI AHSHAL MASJIDIS SA'ADAH LEMBAH SARIMAS
MABIT , KITA DIWAKILI DR HJ RIDZWAN BAKAR DAN SDRA AFIF AFNAN
LUAS KAWASAN HOTEL DAN PEMANDANGAN PUN CANTIK
AHLI KHM TENGAH TUNGGU KUNCI BILIK
MESTI NAK POSING JUGAK
Program pada sebelah malamnya selepas solat Isya' dan makan malam adalah program Malam Bina Insan dan Taqwa (MABIT). Suhu ketika itu saya percaya sekitar 18 darjah celcius...memang sejuk....
Enam orang panel telah dipilih khas untuk sessi malam ini, KHM di wakili oleh Dr Hj Ridzwan Bakar dan Sdra Afif Afnan, majlis berlangsung sehingga jam 1.30 pagi dan seterusnya program Qiamulail pada jam 3.30 pagi dan solat Subuh berjemaah.
INDAH MASJID INI DI MALAM HARI
DR HJ RIDZWAN BAKAR KETIKA MENYAMPAIKAN CERAMAHNYA
ANTARA JEMAAH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
DR HJ RIDZWAN KETIKA MENYAMPAIKAN CENDERAMATA KEPADA BAPAK IR H.HAPPY TRENGGONO, M. COM YANG MERUPAKAN SALAH SEORANG AHLI PERNIAGAAN DAN JUTAWAN YANG BERJAYA DI INDONESIA
Alhamdulillah program berjalan lancar dan berjaya.
No comments:
Post a Comment