Assalaamualaikum wbt,
Hadith:
Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As daripada Nabi SAW sabdanya, “Bukanlah penghubung orang yang hanya menghubung atau mengeratkan hubungan orang yang sedia menghubunginya sahaja, tetapi yang dikatakan penghubung ialah orang yang mengeratkan hubungan silaturahim yang telah terputus”.
Huraian Hadith:
- Islam menyeru umatnya supaya menyambung kembali hubungan kekeluargaan yang telah terputus.
- Penghubung yang sebenarnya ialah orang yang berjaya mengeratkan kembali silturahim yang telah terputus.
- Islam tidak suka pergaduhan dan perpecahan dikalangan umatnya lebih-lebih lagi di kalangan kaum kerabat.
3 comments:
Assalammualaikom wbt tuan Hj Rosli...Syukran berkongsi ilmu. Sesungguhnya Allah sangat marah kepada hambaNYA yang memutuskan ikatan silaturahim. Hubungan ini boleh dibina kekal jika kita menjaga syariat islam dan mengikut kehendak islam.
JazakaAllah
MI,
In Shaa Allah sama2 kita menjaga hubungan ikatan silaturrahim
ya. tabakaAllah
Post a Comment