Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA juga daripada Nabi SAW sabdanya, “Hinalah kemudian, hinalah kemudian, hinalah (bagi) mereka yang sempat hidup bersama dengan salah seorang daripada ibu bapanya atau kedua-duanya sekali ketika mereka tua sedangkan dia tidak dapat masuk syurga” (dengan sebab itu)”.
Huraian Hadith:
- Islam menyuruh umatnya supaya mengutamakan berbuat baik kepada ibu bapa dan kemudian kepada keluarga.
- Ibu bapa adalah orang yang paling patut dihormati. Sesiapa yang mengabaikan tanggungjawab terhadap mereka nescaya dia tidak akan masuk syurga.
- Islam memandang hina kepada orang-orang yang tidak mengambil tahu hal ibu bapa mereka.
- Islam mengajar umatnya bersopan santun dengan ibu bapa.
- Berbuat baik kepada ibu bapa adalah wajib walaupun mereka masih muda, tetapi hadith ini menyebut ketika tua kerana pada ketika itu mereka lebih berhajat kepada bakti anak-anak disebabkan kelemahan mereka.
- Derhaka kepada ibu bapa adalah antara dosa besar yang menyebabkan seorang itu dihalang daripada rahmat Allah.
Sumber : Kitab Riyadh as-Solihin
2 comments:
Assalammualaikom wbt tuan Hj...Apa kabar...seronok membaca en3 kali ini...kisah ibubapa.
Semoga ia terkesan kepada pembaca..
JazakaAllah
MI,
In Shaa Allah, kita sama2 berkongsi ilmu.
Post a Comment