Hadith:
Daripadanya (Abu Hurairah RA) daripada Nabi SAW sabdanya, “Tangan yang di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta-minta) dan mulakan pemberian itu kepada mereka yang dibawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang berada (tidak memerlukan bantuan). Sesiapa yang dapat menahan diri daripada meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah akan mencukupkabn keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan keluarganya maka Allah akan memberi kekayaan kepadanya”.
Huraian Hadith:
- Orang yang suka memberi adalah lebih mulia dan disanjung oleh Islam daripada orang yang suka meminta-minta.
- Perbelanjaan hendaklah diutamakan kepada kaum keluarga yang dibawah tanggungan.
- Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang telah mencukupkan perbelanjaan untuk keluarganya.
- Perbelanjaan dan pemberian yang telah dikeluarkan oleh seseorang akan diganti semula oleh Allah.
- Islam menggalakkan umatnya supaya bersifat pemurah, bersabar atas kemiskinan dan merasa cukup dengan apa yang ada tanpa meminta kepada orang lain.
- Islam benci kepada orang yang suka meminta-minta. Allah akan memberi kekayaan kepada seseorang yang telah merasa cukup dengan apa yang ada padanya walaupun dia miskin.
- Sesiapa yang memohon pertolongan Allah untuk mendapatkan sesuatu pasti akan ditolong.
- Keluarga sendiri hendaklah didahulukan dan diutamakan dalam nafkah.
Sumber : Kitab Riyadhus Solihin
5 comments:
Assalammualaikom wbt tuan Haji Rosli. Khaifahalukan....Shobahair nur....
Semoga tuan Hj dalam rahmat dan lindurah ilahi hendaknya.
Syukran berkongsi ilmu Hadith untuk kita bersama.....
Hadapa kehidupan ini dengan panduan al-Quran dan Sunnah. InsyaAllah semua akan baik-baik sahaja...
Syukran
Wslm MI,
In Shaa Allah kita sama2 berkongsi ilmu, alhamdulillah saya ok dan masih berpeluang menulis dalam blog lagi untuk berkongsi ilmu, saya harap MI juga begitu bersama keluarga.
InsyaAllah...semoga kita boleh berkongsi ilmu kembali.....
Banyak pegalaman hidup tuan Haji yang tak pernah dan tak mungkin saya alami, dalam penceritaan dan perkongsian pegalama ilmu sahaja yang dapat kita lakukan.
Semoga tuan Haji terus suksek dan dilindungi Rahmat Allah SWT. InsyaAllah....
JazakaAllah khoir...
NI,
TK atas doa dan harapan, In Shaa Allah
InsyaAllah...afwan
Post a Comment