Salam,
Dalam cerita P. Ramlee kita biasa dengan dan ingat dailog dan lagunya , 'barang Yang lepas jangan dikenang'..... Ada yang terlepas kasih sayang, ada yang terlepas kekasih, harta benda pangkat, kawan, kekasih, tunang, isteri, suami, terlepas peluang naik gred dan macam-macam lagi. Saya sengaja memilih tajuk ini kerana ianya banyak kaitan dengan diri sendiri dan mungkin juga orang -orang lain pernah merasakan begitu. Kekadang kita juga mendengar orang tua2 dulu memberikan nasihat " sudah lah tu....jangan ingat sangat nanti merana badan"....betul sangat kata-kata orang tua yang banyak makan garam dari kita.... sampai sekarang saya terfikir kenapa bidalan garam yang digunakan,,,,,kenapa tidak gula, cili atau tepung....?
Di ladang epal, di Kota, Daerah Malang, Surabaya , Indonesia Disember 2004,
hadiah pihak pengurusan pasukan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Arema FC, pasukan kami menang 3-1. Gambar pasukan kami berlawan saya dah salah letak....entri akan datang
Saya teringat kata-kata bekas staff saya dalam bulan Ogos tahun 2004 "barang terlepas apa nak dikenang lagi tuan" katanya dalam loghat Minang. Saya tak pasti samada dia memadankan muka saya atau sekadar bersimpati. Ketika itu saya baru saja meletakkan jawatan dari salah sebuah pasukan bolasepak bertaraf kelab tempatan yang baru melayakkan diri ke kancah Liga Super Malaysia. dan sekali gus meletakkan jawatan di Syarikat GLC itu untuk menyertai anak Syarikatnya. Saya mula terlibat sebagai Setiausaha Kehormat pasukan itu mulai Oktober 2002 hingga 31 Ogos 2004. Pasukan ini bermula dari bawah sejak tahun 1990, bermula di Kelantan dan kemudian dipindahkan ke Melaka sehinggalah mencipta nama di Melaka, bahkan pasukan Kelab ini lebih di'sayangi' oleh segelintir rakyat negeri Melaka berbanding pasukan negeri mereka sendiri. Kalau tak percaya tanya pada penyokong fanatik pasukan Kelab ini......kita gelar dia 'Arab'. Terima kasih pada abang Arab dan kawan-kawan abang yang begitu setia menyokong kami dulu.
Memang sedih dan dengan berat hati saya melepaskan jawatan itu dan memulakan kerjaya baru sebagai Pengurus Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) mulai 1 September 2004 hinggalah 31 Oktober 2006. Kami dipanggil semula menyertai Syarikat GLC ( parent company) atas dasar penyusunan semula perniagaan Syarikat dan saya tidak dapat meneruskan kerjaya dalam bidang OSH kerana semua tempat telah penuh.
Takdir Allah telah menentukan saya kembali semula ke unit sukan dan diberi tugas menjaga semula pasukan bolasepak kelab korporat tersebut mulai 1 November 2006 hinggalah dengan rasminya dibubarkan 31 Ogos 2007 kerana ahli lembaga pengarah ingin menumpukan kepada penajaan sepenuhnya dengan peneraju utama bolasepak Malaysia ( FAM). Satu hari nanti saya akan bercerita panjang lebar mengurus pasukan bolasepak dan sepak terajang dalam mengurus pasukan bolasepak sesudah pasukan berjaya menempah nama. Sehingga kini saya susah nak melupakan pasukan bolasepak tersebut kerana banyak kenangan pahit manis yang dilalui....sehinggalah saya terbaca satu caption dari salah seorang gadis yang baru pulang dari umrah bulan Mei 2009, bunyinya lebih kurang begini 'jangan dikenang apa yang telah kita terlepas, kita harus bangga yang kita pernah memilikinya satu ketika dulu'. Lama saya menung dan akhirnya mengiyakannya.....
Kalau ikut hati saya malas nak bercerita pasal kerja atau pengalaman kerja, takut2 disalah tafsir dan ada rakan2 yang mengenali saya bercerita, saya harap pihak pengurusan Syarikat saya tidak mengambil tindakan pada saya kerana tajuk entri post saya kali ini adalah barang yang lepas jangan dikenang. Sekadar berkongsi pengalaman hidup.
Rasa-rasa ada tak muka yang tuan/puan kenal dalam gambar ni !
Ini pasukan kami, perlawanan menentang pasukan Selangor bulan Julai 2007, kami tewas 0-3, ketika itu moral pasukan mula menurun, tunggu entri pasal bola saja....tapi saya tak boleh janji sebab isu bola ini sensitif sikit.
Kesebelasan utama, kenal tak yang paling rendah tu,dulu saya punya rambut lebat dan belah tepi....tapi sekarang lebih selesa potong no 4... boss saya yang bertie kuning....semua tinggal kenangan...... entah bila pasukan ini akan beraksi semula... ramai mengharap dan ramai juga berharap pasukan ini tak payah aktif semula....
Bersama Wan Jamak, coach yang saya sangat respek, dia juga respek saya ! sekarang dia dengan pasukan NS dan baru saja mencipta sejarah tahun lepas, tahniah coach....saya tau you adalah salah seorang coach yang terbaik di Malaysia, satu hari nanti saya akan tulis entri bertajuk respek...
Kalau ikut hati saya malas nak bercerita pasal kerja atau pengalaman kerja, takut2 disalah tafsir dan ada rakan2 yang mengenali saya bercerita, saya harap pihak pengurusan Syarikat saya tidak mengambil tindakan pada saya kerana tajuk entri post saya kali ini adalah barang yang lepas jangan dikenang. Sekadar berkongsi pengalaman hidup.