Setelah merancang sejak dari bulan November 2009, akhirnya saya menerima tetamu yang sangat istimewa ke rumah saya. Sebelum itu saya nak mintak maaf pada Kamato, Azemi ali dan Tn Hj Saad kerana tidak memaklumkan kehadiran tetamu istimewa ini ke Bandar Baru Bangi pada petang (tadi) hari Ahad 17 Januari 2010. Dari pagi saya rasa gelisah aje, belum dapat confirm jam berapa CL akan sampai rumah saya. Masa tu CL masih lagi di Kuantan dan on the way bertolak pulang ke KL. Kebetulan masa tu Tn Hj Saad ada di rumah anaknya di seksyen 7....no telefon Kamato dan Azemi saya memang tak ada.....maafkan saya...
CL sampai rumah saya on time, sebelum azan solat zohor berkumandang, saya terkejut dan terpempan, tetapi gembira sangat sebab hajat saya nak jamu CL asam pedas style Johor ikan jenahak tercapai jugak....
Lauk memang satu jenis saja, asam pedas ikan jenahak....Nazir makan sikt jer, CL pun makan sikit jer, saya ingat dua-dua sahabat ni jaga body ni....
cenderahati dari saya dan keluarga
CL sempat membawa ole-ole dari pantai timur....sedap keropok, cakar ayam dan rendang daging tarik tu..dan yang paling istimewa ayat Quran...
keropok, cakar ayam dan rendang daging tarik
cenderahati ayat Quran dari Makkah
Pada CL dan Nazir terima kasih yang tidak terhingga kerana sempat singgah rumah saya, walaupun CL dan Nazir nampak penat sangat dan letih tadi, ikut kata CL tadi jadual lawatan sepatutnya ke rumah Abg Othman, tapi bila saya call CL, tu yang CL datang rumah saya. ( saya mintak maaf pada abg Othman) Kami sekeluarga seronok sangat, rasa terkilan jugak sebab masak lauk sikit jer untuk CL. Hope CL dan Nazir suka asam pedas style Johor tu.
Saya tak akan lupa kunjungan tetamu istimewa ( CL dan Nazir) ke rumah saya hari ini. Syukran.
30 comments:
Salam En. Rosli,
Seronok terima tetamu istimewa dari Mekah, auranya lain
Salam En.Rosli,
CM masak asam pedas Melaka,
En.Rosli hidang asam pedas Johor;
Saya nak masak asam pedas ikan mayung le
@ asam pedas ikan parang (guna lada hidup, bunga kantan taruk lebih)
p/s: Tahniah le sbb dah ada blog. Saya tak buat lg kot tp suami dok provoke buat blog,tgk le....
salam rosli,
terujar kita bila terima tetamu ini!!
Salam Zie,
Betul apa you ckp tu, aura mmg lain...tak boleh nak kita gambarkan, Kak Zainab pun mmg sgt setuju....
Salam Kak Zainon,
Wife saya mmg suka asam pedas ikan mayong , saya pulak suka ikan parang dan jenahak, mmg best kalau masukkan bunga kantan banyak....buat pekat mmg best.....
saya pun suka style Melaka sebab dulu arwah emak saya mmg buat asam pedas style Melaka, saya pun ada darah Melaka.....area masjid tanah dan kuala Sg Baru.....CL kita pun asala sana....entah kami bersaudara...
Saam Hjh Zainab,
Memang sgt teruja.....saya mmg terkejut wpun CL kata akan datang.....tak sangka dia puntual dan tak sesat, rupa2 dia guna GPS.....gerenti tak sesat....Aura orang kerja kat Makkah mmg lain sgt....TQVM pada CL.
Salaam En. Rosli,
Alhamdulillah, termakbul juga hajat En. Rosli untuk meraikan tetamu istimewa dari Makkah.
Semoga dimurahkan rezeki tuan rumah, dapatlah membuat kunjungan balas ke Tanah Suci pula nanti, insyaAllah.
VpeaceV
salam en rosli..
waa asam pedas johor tu.. mmg sedap.. CP suka asam pedas tenggiri..
Salam Umiazuddin,
Saya bersyukur sgt.....mmg ada niat nak buat kunjungan balas ke Makkah....plan 3 tahun lagi, hope masa tu CL masih ada kat Makkah.....nak kumpul duit dan bawah anak isteri sekali ke sana...
Salam CP,
Hope one day you boleh dtg Bangi, kami jamu asam pedas ikan kegemaran you ok....
salam rosli...
alhamdulilah dapt penuhi hajat suadara....memenuhi hajt sesorang amat di syangi oleh nabi saw kita pada umatnyer..mudah mudahan sauadara akan sampai bersama keluarga di makkah doa ku..insyalah
Asam pedas kakak masak memag best giler..pekat, terasa dan ikan yang enak di jamah..syukur dan bertuah saudara mendapt isteri yang rajin serta pandai memasak...(salah satu idaman lelaki tau)heheheh
waslam
Salam CL,
Tk kerana menjenguk bolg saya, terima kasih jugak atas pujian tu, saya bersyukur . Hope CL dapat doakan kami sekeluarga dapat berkunjung ke Makkah samada buat haji atau umrah kerana memang itu hajat dan idaman hati sekarang
Ttg calon idaman tu, saya percaya ramai rakan2 anak dara dan mak dara PDKM boleh bantu CL...ramai calon di luar sana. Saya dan keluarga sentiasa mendoakan yang terbaik utk CL. Amin.
Salam ziarah, mesti sedap masakan asam pedas tu kan. eeemmmmm...
Nasib la org bujang, tgk je la masakan tu. eemmm..
Seronok baca blog en rosli.
trima kasih.
sedapnya asam pedas tu...apa lagi Johor mari!!!
kita pun Johorean juga tau....tapi duduk di Melaka...asam pedas melaka best jugak!!! walupun ade beza...yang penting sama2 pedas...
tumpang gembira lihat tetamu dari Mekah Mukarramah berkunjung...
Salam Sdr Rosli..
Bertuahkan kita keran mendapat sahabat yg baik budi tu..moga beliau mendapat limpahan rahmat kerana
menghubungkan tali silaturrohim seluruh Malaya!
Sonata johor kat mana?
Saya kat Rengit,bp
Salam Tn Rosli.
Saya masih di Bangi lagi masa tu. Tapi tak apalah, tak ada rezeki nak bertemu tuan dan CL. Semuanya adalah ketentuan Allah jua.
Anyway, saya turut gembira kerana tuan dapat kunjugan tetamu dari Mekah. Alhamdulillah.
Salam Cik rosli
Alhamdulillah hajat kesampaian...
Psssst kak tulun bagi resepi asam pedas johor tu bleh....hehehe cheq orang kedah..asam pedas utara cayaq macam kuah laksa....hehehhe
Suka makan asam pedas orang selatan..tapi tak tau beza mana satu melaka mana satu johor...ngeh..ngeh..ngeh
Salam MI,
Terima kasih kerana sukabaca blog saya, saya tak berapa rajin menulis dalam blog ni, tapi idea banyak berlegar dalam kepala. Malam aje agak free, masa tu dah penat sangat. Saya akan cari topik2 menarik di lain masa
Salam Kak Sonata,
Memang betul apa di kata, kedua 2 asam peadas memang sedap, masing2 ada kelebihan masing2.
Memang tetamu istimewa kita tu best, orangnya simple dan berbudi bahasa yang tinggi. Geng2 PDKM memang beruntung mengenali CL.
Salam Mama ju,
Satu hari nanti CL kan sampai juga ke rumah rakan2 lain termasuk Mama ju, saya percaya CL memang merancang begitu....betul tak CL.....
Salam Th Hj Saad,
Terima kasih kerana memahami keadaan saya ketika itu, satu hari nanti saya percaya CL mesti akan cover negeri kelahirannya ( Melaka) , NS dan lain2 negeri yang belum dia lawati.
Salam Safiuddin,
Memang rasa best dan hajat telah dipenuhi bila CL sampai ke rumah saya. Insyallah jika ada rezeki dan ada stok lagi saya akan bawak jersey tu...
Salam Shami2,
Nanti saya akan mintak wife saya tuliskan bahan2 dan cara menumis asam peadas tu, bagi saya sikit dan kalau saya terlupa tolong remind saya. TK
Salam azman,
Kalau dari homestay ni, ke asahan berapa jauh dan ke sagil berapa jauh ?
salam Tn rosli
tahniah dapat meraikan tetamu..
asam pedas memang sedap
Salam Masyitah,
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya, wife yang masak asam pedas tu, wife memang orang Muar, so dia masak style Johor.
Saya doakan satu hari nanti semua followers PDKM dapat peluang menjamu CL di rumah masing2.
Salam Rosli,
Terima kasih datang bertandang ke rumah saya dan jadi follower, baru ini berkesempatan datang rumah Rosli pulak. Suami saya pun orang TM jugak, tapi di Menara Rebung.
Alhamdulillah dapat tetamu seperti yang dihajati. Seronok dapat pula jamu masakan istimewa. Saya ni entah bila akan berpindah ke BBB tu, dah setahun rumah saya terbiar, belum datang mood nak pindah lagi sebab dah sukakan Bukit Puchong...
Semoga dapat ke Tanah Suci dengan keluarga seperti dihajati. Memang seronok bawak anak-anak, sebab pengalaman melihat Kaabah di depan mata menjadikan mereka sangat bertuah berbanding rakan-rakan yang lain, dan terasa istimewa...menjadikan mereka bersemangat untuk belajar rajin-rajin....cubalah...
Salam Ukhuwah..Dpt saya bayangkan seronok nya menerima tamu istimewa..Melayan tamu terutama yg baik baik ni tentunya pahala kita pun berlipat ganda..
Teringat kata kata guru agama saya, tetamu datang bawa berkat..Bila dia pulang semula, terhapus dosa dosa kecil kita..Wallahu a`lam
Salam Asnija,
Maafkan saya lewat balas komen, saya ada program di PD dari Jumaat hingga tengahari tadi
Tk kerana mengunjungi rumah saya dan jadi followers, actually pejabat saya di Bgnan sebelah aje, Annexe 2, dulu saya juga di Menara rebung tu,mgkn juga kena suami Asnija....kat situ ada lebih kurang 3500 staff termasuk penyewa . Siapa nama suami awak tu dan bahagian nama
T kasih atas nasihat pasal anak2 tu. Saya sentiasa berdoa ke arah hajat itu
Salam Dari Hati,
Terima kasih kerna masuk rumah saya dan jadi follower saya. Memang seronok terima tetamu istimewa. Saya bersyukur sangat
Post a Comment