Ini gambar bulan Januari 2009 (dah setahun) nanti posting yang terbaru
Salam,
Aku ada 8 orang adik beradik, dua dah meninggal ( kakak (1958) dan abang (1995)), emak (1991) dan abah aku pun dah meninggal (1981). Gurauan yang biasa kita dengar bila nak dapat duit raya setiap kali Raya Puasa, "akupun anak yatim piatu" dan kau pun selalu bergurau begitu....
Yang masih ada sekarang 6 orang adik beradik aku, emak mertua , kakak dan abng ipar aku ( bulan lepas- 17 Disember 2009, kakak ipar aku meninggal) dan sedara mara yang dekat dan jauh.
Nak ucap jutaan terima kasih pada isteri dan anak-anak yang masih menyokong, menerima aku seadanya dan memberikan peluang pada aku untuk memimpin mereka agar tidak lari dari landasan dan yang paling penting mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Terlalu banyak kekurangan dan kesilapan dari umur baligh hinggalah 44 tahun dan 364 hari , hingga kini masih lagi banyak kekurangan dan kesilapan.....
Azam aku pada 2 Ogos 2008 ketika genap 45 tahun hendak berubah.....bukan mudah....tapi aku gagahkan jugak.....dan aku sangat yakin Allah sentiasa memberikan aku peluang tersebut......
Kekadang aku takut jugak hendak bercerita pasal peribadi dan diri sendiri dalam blog ni.....banyak rahsia diri akan terbongkar.....tapi aku sentiasa ingat pesan cikgu mas (CM) pada CF ....'tajuk blog u pun menarik...seseorang yg berani menulis adalah mereka yg berani untuk hidup...jgn sekat kreativiti' pada 14 Januari 2010 jam 00.55. Jadi aku sahut cabaran ini dan tak mahu sekat kreativiti aku. TQVM CM, rakan2 PDKM terutama CL dan Safiuddin, sokongan dan dorongan semua sangat penting bagi aku.
Bersambung...
30 comments:
Salam.Nak tutup Pc tiba2 nampak N3 baru...teruskan..ini baru habis belajar photoshop dr anak F2.Esuk diaorang dah nak balik jadi malam ni kena pulun...jumpa lagi..
Salam Tn. Hj Rosli,
Bila di depan Kaabah, kadangkala kita sujud tempat yang sama para nabi dan wali-wali Allah bersujud..., itulah jua doa tuan haji, Insya Allah makbul.
Emm.. Mamaju dapat pingat emas. Tahniah.
salam en rosli..
permulaan yang baik.. insyaAllah lama2 nanti silap2 en rosli yang lagi expert dari CP, ngeh ngeh ngeh..
Salam subuh,
biasanya memang berat untuk kita menulis cerita diri dan pegalaman diri. Hanya org yang mampu dan tabah sahaja yang berani menceritakan tentang pegalam hidup yang penuh onak duri.
Berkongsi cerita dan pegalaman ini memang baik dan bagus, jika hari ini kita bercerita tentang diri kita dari buruk kepada baik. Dari jahat kepada baik. Dari daif kepada bijak. Segalanya akan menjadi pertimbangan dan Insyallah apa yang ditulis, setiap yang ditulis dan dilakarkan Malaikai membacanya dan menyampaikan kepada ALlah bahawa kita punya azam dan matlamat utk berubah, utk berjaya dan untuk menjadi muslim yang soleha.
Insyallah, jika hasil tulisan itu dapat megubah diri seseorg dari buruk kepada baik. Setiap pahala ia akan kita perolehi jua.
Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Buatlak kebaikan dan berjasa la sesama muslim.
Tepuk Dada Tanya Iman dan Akal.
Syukran,
Salam
Salam Mamaju, Zie, CP dan MI,
Tuan/Puan semua sentiasa memberikan dorongan dan terima kasih yang tidak terhingga. Kalau ada lagi nama-nama yang saya tak sebut maaafkan saya.
Yang pasti rakan PDKM memang sentiasa memberikan sokongan dan menceriakan blog kawan. Syukran.
Salam tuan haji.
Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada tuan haji.
Pertama - berjaya mewujudkan blog sendiri.
Kedua - menjadi follower pertama blog saya Hidup Biar Allah Sayang (http://msaadhamid.blogspot.com/)
Salam
Salam Tn Hj,
Saya segan bila orang panggil saya haji, sebab belum buat haji , baru buat umrah saja ( haji kecik), apapun saya anggap itu semua doa radi rakan2.
Terima kasih atas dorongan dan sokongan . Tn Hj. Melaka di mana ?
salam Rosli..., akk ziarah ni, mmbalas kunjungan mengeratkan silaturahim..., smuga ukhuwah kita dn warga PDKM di Rahmati ALLAH. tahniah...blog yg comel ni..., n3 akk lar ni ada pic copy..dr kawan yg baru pulang dr tanah suci..., mggodam rindu utk k sana lg.Pada isteri n anak2 tu...salam bersaudara..dr kak Nai...
Slam Tn Bakal Hj Rosli!
Hehe maaf salah panggil. Saya doakan agar tuan dapat menunaikan ibadah haji tersebut. Kalau sudah pasang azam, nanti insyaAllah, Allah akan permudahkan segala-galanya.
Salam Tn Rosli.
Melaka, di Alor Gajah. Sekarang saya ada di Bandar Baru Bangi, jalan-jalan rumah anak.
Salam ziarah en Rosli, hebat pagi dah jadi juara pecut PDKM.
Saya hanya dpt memberi pendapat dan pandangan shj, pegalaman pun tak ada. Sepatutnya saya yang banyak bertaya pada en Rosli.
Semoga azam tuan menjadi kenyataan, banyakan berdoa dan tahjud. Insyallah malaikat angkat doa kita.
Jazakallah..
Salam Th Hj Saad,
Tadi agak sibuk sikit, anak di Seksyen berapa, jom singgah rumah saya di seksyen 4.
Salam MI,
Kebetulan lepas sarapan saya masu pdkm...rezki dapat raja pecut.
MI wpun muda sudah pasti ada kelebihan sendiri....kita boleh bertukar-tukar idea di masa akan datang.
salam ziarah,
tahniah !!
setiap makhluk pasti ada kekurangan dan kelebihan.
smoga berjaya.
Salam Tuan Rosli.
Anak saya di seksyen 7. Kalau tahu awal tadi boleh juga singggah, Saya lalu seksyen 4 tu. Tapi sekarang dah sampai Melaka. InsyaAllah, lain kali boleh ziarah.
Salam S,
Terima kasih atas sokongan dan dorongan.
Salam Tn Hj Saad,
Lain kali kalau datang Bdr Baru Bangi, email saya dan saya jemput Tn Hj dari rumah anak Tn Hj di Sek 7 tu dah dekat sangat. Insyaallah kita akan jumpa satu hari nanti.
Salam Tn Rosli.
InsyaAllah, saya selalu ke Darussyifa', sekadar menjengok-jengok Tuan Guru dan rakan-rakan di sana. Kalau tidak keberatan, please drop your HP no. here, so senang saya hubungi bila berada di sana.
Salam Th Hj Saad,
Lain kali kalau datang Bangi, call saya kalau di luar waktu pejabat lagi mudah. Jemputlah ke rumah saya . h/p 013 3998686
Salam Kak Nailorfar,
Maafkan saya, tak response komen pagi tadi, TK atas sokonga Kak Nailofar....sokongan dan dorongan pntg bagi saya.....hampir setiap bulan saya balik kg isteri di Muar, dah dekat dengan BP. Hope one day keluarga saya boleh kenal dengan Kak Nailorfar.
salam n dear brother rosli..
maaf kan CM lambat sign in jadi follower,CM pernah ternampak tajuk blog ni "LEBIH BAIK JD BEKAS ORANG JAHAT DARI BEKAS ORANG BAIK"hati cm terdetik,bagussnya peneltian dan pengamatan blogger ni pasal hidup.CM tak sangka blog ni milik en rosli,,masa tu cm ternampak tajuk blog ni tapi tak sempat nk berziarah,
ribuaan tahniah dr CM untuk kelahiran blog ni,anggap blog ini wadah hatimu,duniamu dan ruanganmu.Di alam maya,mereka mengenalimu disini,tidak mustahil en rosli akan jd blogger terhebat,menulislah untuk diri sendiri,menulislah kata hati sendiri,luahkan jgn pernah sekat kreativiti,cuma kreativiti itu perlu berjalan seiring dengan akal yg sihat,iman yang mantap,bahasa yg beradat dan harga diri yg tinggi.Jika rasa sesuatu itu perlu dirahsia,kita perlu rahsiakan,berkongsilah cerita suka duka tapi bukan cerita keaiban..kata omputih sharing is caring..
en rosli....
kita bertemu kali pertama di majlis gathering,cik rosli datang bersendirian dan saya sibuk menguruskan majlis dan menyambut tetamu,tapi pada yg sama saya sempat mengerling cik rosli,maafkan saya,saya memerhatikan cik rosli sebenarnya,saya perhatikan cik rosli byk merenung, meneliti,lagak berfikir,pada masa ni lah saya bisikkan pada noor cik rosli seorang thinker orangnya.pemikir dan penganalisis,cik rosli tak banyak bercakap tapi banyak memerhati mungkin sesuai dgn kerjaya cik rosli dibhgian keselamatan.kerana itu cik rosli sebenarnya sangat berbakat untuk menulis,menulislah ,menulis kerana berani..
dalam sejarah,penulisanlah yg mengoncang dunia,bagaimana Karl Marx menulis untuk idea komunisnya,sedangkan dia hanya thinker jalanan,bagaimana Nicolo Machiavelli berhujjah ttg idea politiknya ,Imam Ghazali,Alfarabi,mereka adalah contoh manusia berani,berani menulis.
teruskan cik rosli KATA CM PADA CIK ROSLI 'LEBIH BAIK JADI BEKAS ORG PENAKUT DARI MENJADI BEKAS ORANG YG BERANI',HIDUP PERLU BERGERAK KE SESUATU YG LEBIH BAIK...
maaf terpanjang pulak.CM pasti akan selalu ke sini..insyallah..
Salam CM,
Satu komen yang panjang dan sangat bernas. Terima kasih atas dorongan dan sokongan ini. Actually saya dah siapkan satu skrip pengalaman kerjakan umrah tahun 2008, tp saya belum bersedia nak kongsi pengalaman peribadi. Saya akan selang seli dengan dunia kehidupan saya dulu dan sekarang dan cuba mengelakkan bercerita pasal pejabat dan politik semasa walaupn saya memerhati politik Malaysia.
Saya akan cuba paparkan kehidupan seharian cerita2Makkah, Madinah ( dari pengalaman orang dan kawan2.
Kita sama2 belajar dari sesiapa sahaja. Insyallah, apa yang kita tahu, kita boleh kongsi bersama.
Salam Cik Rosli,
Tahniah! kerana berani!
Salam, semlam CL ke rumah en Rosli ke?
Salam Wan,
Terima kasih atas sokongan dan dorongan. Tahap berani saya yang sebenarnya semakin kurang yang sebenarnya. Mgkn juga perubahan umur , atau mgkn juga sebab saya nak berubah.....tapi saya akn cuba buat entri yang datang dari hati saya.
Salam MI,
Ya semalam CL singgah rumah saya, nanti saya post enri baru dengan beberapa keping gambar, saya masih menunggu CL post entri dia dulu, kena bagi laluan pada CL kerana CL owner Kembara PDKM.
Actually CL dah bagi kebenaran saya post entri, tp saya masih menunggu entri CL di rumah Kak Zainab dulu, mkgn lepas tu baru CL akn post entri di rumah saya pulak.
Bila berborak rancak dengan CL sampai saya terlupa ambil gambar bersama....adalah beberapa keping untuk kenang-kenangan. Syukran
salam en. rosli...
wawhhh x sangka pula yg
kata2 CM pada saya menjadi dorongan pada en rosli..
semoga en rosli berjaya menulis untuk diri sendiri...
menarik tajuk blog ni pun...
sya memang sokong dengan tajuk blog ini..
lebih baik jadi bekas orang jahat dari bekas orang baik...
terima kasih sebab jadi follower sy jgak..
sy pun baru je ternampak blog en rosli.. sebelum ini ada cari jgak blog en rosli tapai kenapa tah aritu tak jumpa plak...
alhamdulillah... akhirnya jumpa juga..
semoga berjaya!!
saya pun baru je nak start menulis balik setelah lama dah saya tinggalkan dunia blog ni sekian lama..
dlu sya guna blog lain.. dan saya juga berazam nak tinggalkan kehidupan yang dalam blog itu yang hanya sia-sia..
saya pun sangat berharap saya akan dipimpin olehNya ke jalan yang benar selama-lamanya..
^_^
sekian wassalam
Salam CF,
Terima kasih atas kata2 semangat dan dorongan ini.
salam en rosli...
sama2...^_^
Post a Comment