Thursday, August 4, 2011

BANGI, BANTING, BT LAUT, SERKAM/ UMBAI, AIR HITAM MUAR DAN BANGI

As Salam,

Sabtu lalu (30 Julai)aku singgah di Kg Batu Laut berjumpa dengan Abg Ramli di Kg Batu Laut,  bagi dia sokongan moral selepas rumah dia dimasuki pencuri yang sempat mencuri dua sports rim motosikal Yamaha LC dia dan satu lagi motor kehilangan karburator (pencuri ini tidak akan terlepas hukuman Allah).
Mesti melalui Hotel Impian Morib sebelum sampai kampung

Gerbang pintu masuk Kg Batu Laut

Durian ada, nenas pun ada dan asam keping pun ada

Selepas itu, terus berpatah balik ke  KMS Jugra, Banting berjumpa Adiera dan bekalkan dia dengan barang-barang makanan untuk dia berpuasa, lepas tu terus bertolak ke Muar ikut jalan Banting ke Nilai, terus masuk lebuh Raya PLUS.....singgah Serkam /Umbai pekena seafood.

 Sedang pilih ikan dan makanan laut yang lain

Macam2 ikan fresh ada,  harga boleh tahan jugak 'fresh'nya

Masa tu baru kami sekeluarga sahaja di gerai ni

Kepah goreng sambal datang dulu dan makanan lain 
terlupa nak snap sebab dah terlalu lapar...hehehe

Jeti dan bot2 nelayan dan bot pelancung untuk ke
Pulau Besar
Tujuan utama balik ke kampung wife adalah untuk berjumpa dengan ibu mertua dan menyampaikan hajat Ammar yang ingin berpuasa dan berbuka dengan Atuk Asiah pada hari pertama puasa 2011, sempena menyambut birthday ke 12 Ammar pada 19 Julai lalu

 Senja sebelum waktu berbuka

Rambutan yang disedekahkan oleh kakak ipar

Keduanya memanjangkan dan menguruskan sedekah seorang dermwan dari Kelantan, moga Allah sentiasa memurahkan rezki dermawan tersebut, kami berjaya mendapat 25 keluarga yang susah termasuk ibu tunggal yang tiada pekerjaan tetap dan suami sakit, serta ibu tunggal tua yang tiada pekerjaan atau sedara mara lagi.

Beras untuk disedekahkan

4 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum En Rosli

terliur dlm bulan puasa niii
he he

SELAMAT BERPUASA

Wassalam

mama ju, said...

Aslkm

Jalan2 cari pahala.Nampak indah kg Batu Laut tu.
Ada sedara kat Banting tapi tak pernah pegi lagi..insyallah lepa ni..

rosli said...

Hj Rozali,

Rambutan tu manis, kalau terbayang seafood kat umbai tu kecur airliur jugak ni

rosli said...

Mama Ju,

Saya dan wife tolong panjangkan derma tu, skrg saya kerap ke Banting kekadang ikut jalan putrajaya dan kekadang ikut jalan Teras Jernang...

Mama Ju kena gi Banting raya ni, satu jam sahaja....dekat je dengan area rumah Mama Ju.