Saturday, February 25, 2012

IMPIAN JADI NYATA ( GOLDEN DREAMS) - PART 2

Assalamulaikum wbt,

Masa mula sekolah tahun 1970 hinggalah ke tingkatan 3 pada tahun 1978 , aku tak jelas nape nak gi sekolah, hari2 pergi sekolah,  bila cikgu nak tanya besar nak jadi apa, atau cita2, biasa akan jawap nak jadi guru, jadi pilot, jadi doktor dan jadi kerani, yang pasti cita2  berubah setiap tahun !!....aku biasa jawap ikut sama dengan kawan2 sebelah atau apa yang ada di sekeliling kita. Membesar dalam keluarga besar dengan arwah abah kerja sebagai buruh di LBPJ ( sekarang MBPJ)....cita2 memang sangat terhad kepada apa yang aku dengar...


Satu perkara yang aku sangat jelas aku selalu ada impian nak naik kapalterbang.......pernah satu kali aku paksa emak dan abah aku pergi ke Subang Airport yang asal Terminal Satu ( sekarang dah jadi Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) sebab nak tengok kapal terbang.....kesian arwah abah dan arwah ibu....terpaksa jugak mereka bawak aku ke sana naik bas Sri Jaya dari pekan State, atau orang sekarang panggil New Town..rasanya tahun 1973 or 1974 masa tu...Lepas dapat tengok kapalterbang aku rasa puas.....masa tu berangan kalaulah dapat naik kapalterbang mesti best....itu golden dream aku yang pertama dan paling besar......Alhamdulillah kali pertama naik kapalterbang tahun 1986...urusan kerja di Kedah, flight ke  Alor Setar.....sampai sekarang aku masih simpan tiket kapalterbang ke Alor Setar tu.....masih ingat abang sulung aku ajar cara check in dan dia suruh aku mintak seat tepi tingkap.....45 minit mata aku mengadap tingkap dan asyik tengok luar.....terasa excited, teruja.....seronok sangat.....macam rusa masuk  kampung..Aku dah tak peduli orang sekeliling....yang penting aku puas hati dapat naik kapalterbang....tak terbayang akan dapat peluang naik kapal terbang selepas itu lagi....terlupa nak pasang target atau golden dreams baru. Allah Maha Mengetahui.....episod bekerja bagi banyak peluang sebenarnya...
Seronok jugak bila kenang2 cerita lama.....golden dreams....Allah sentiasa memberikan peluang dan mendengar setiap permintaan aku. Alhamdulillah. 


Selepas ini golden dreams masa sekolah menengah dan masa belajar kat U...

2 comments:

mama ju said...

Salam saudara,

Jom kita kenang kembali kenangan masa lalu, byk yg menyentuh kalbu dan terkenang jasa ibu ayah.

rosli said...

Mamaju,

Kekadang sedih bila kenang ibu dan abah dah lama tiada....bila rindu sangat saya pergi ke kubur mereka dan doa utk mereka