Saturday, March 31, 2012

IMPIAN JADI NYATA - GOLDEN DREAMS ( PART 6)- LONDON, UK

Assalamulaikum wbt,

Bagi ramai orang yang pernah belajar kat luar negara, yang kaya dan banyak duit cerita pasal luar negara adalah perkara kecik,  tapi pada saya amat besar,  sehingga kini saya amat bersyukur pada Allah kerana bagi saya peluang ke luar negara. 

Cerita pasal London,Paris dan New York,  dari kecik saya memang suka melawak dan bergurau dengan kawan2...."satu hari nanti aku mesti nak ke London, Paris atau New York",  gurauan ini memang tidak disertakan dengan niat kerana merasakan mustahil akan dapat ke negara berkenaan sebab dari keluarga miskin dan belajar pun tak berapa nak  pandai....berbanding dengan kawan2 yang masuk sekolah berasrama penuh dan jugak MRSM.  Gurauan itu, sentiasa bermain di mulut dan kekadang jadi bahan jenaka kawan-kawan. "Kau berangan je nak gi London"...senyum kelat jer waktu tu....sedih pun ada sebab tak pernah terfikir akan dapat peluang ke London...Rezki kita tidak ada siapa akan tahu...hanya Allah Maha Mengetahui....

Selepas meletakkan jawatan di YS,  saya menyertai TM September 1993, ditempatkan di Unit Biasiswa,  tugasan utama menjaga Biasiswa Kecil TM, tugasan berkisar dengan murid sekolah menengah tingkatan satu hingga lima.  Rakan-rakan lain ada yang jaga biasiwa tempatan dan beberapa rakan jaga biasiswa program UK, USA, Jepun, New Zealand, Australia, Perancis dan JermanKawan2 selalu pergi overseas mengiringi pelajar sebagai memenuhi syarat pihak JPA jika menghantar lebih dari 10 orang pelajar mesti diiringi seorang pegawai TM.  Pernah jugak terlintas dalam hati , harap2 satu hari nanti saya jugak dapat peluang ke London , UK atau mana saja asalkan luar negara.  Semuanya disimpan dalam hati dan memang berharap sangat.

Bulan April 1994, boss saya, Dr Ali Azizan Mohamad ketika itu,  panggil masuk bilik dia, dia suruh saya ganti seorang pegawai yang cuti  bersalin...destinasi London bersama 11 orang pelajar baru yang akan mendaftarkan diri pada bulan September.  Tugasan rasmi nampak mudah dan remeh,  bersama mereka ke MSD London, pastikan akaun bank mereka dibuka dekat tempat belajar mereka dan pastikan mereka dapat rumah sewa secepat mungkin dan saya berada di London penghujung bulan Ogos 1994.  Dalam hati melonjak dan sangat gembira dapat ke London....sekali lagi bersyukur pada Allah, salah satu golden dream besar menjadi nyata. Macam mimpi pun ada.....impian jadi nyata tak lama lagi...

Ketika itu saya tidak fikir akan ada duit sendiri untuk ke London kerana tambang dan penginapan sudah pasti akan memerlukan ribuan ringgit untuk ke London. Syukur alhamdulillah. Selepas itu,  bincang dengan wife...kira bajet.....nak bawak anak sulong ketika itu, Adiera baru berumur lebih kurang satu tahun 3 bulan....masalah bajet dan cuaca sejuk....akhirnya wife saja  ke London, ikut saya bertugas menghantar 11 orang pelajar tajaan TM ke UK, ada yang di London, Glasgow, Ediburgh dan beberapa tempat lain.

27 Ogos 1994 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Subang bertolak ke London dengan perjalanan selama lebih 13 jam dalam pesawat dengan jarak  lebih dari 10 ribu km.  Semasa memasuki pesawat saya sempat berbisik dengan wife, "sah kita ke London ni", masing2 senyum.  Kami tiba di LTA, Heathrow, London pada tarikh yang sama jam lebih kurang 6.30 pagi waktu London....sejuk mencengkam dada dan tulang....cuaca di sana baru nak sejuk ketika itu musim luruh...

Sebaik melangkah keluar dari Lapangan Terbang Heathrow,  saya sempat memegang tar jalan di luar Heathrow...sah saya dah landing di London dan saya bukan bermimpi ! Begitulah...terlalu excited dan macam tak percaya peluang datang bergolek...Alhamdulillah.

Bergambar di LTA Heathrow, London bersama 11 orang
pelajar tajaan TM ,saya nombor dua dari kanan dan wife kanan sekali, 
manakala sebelah kiri sekali Kasubi Bakir 
wakil TM di London.
Sebelum ke London saya dan wife sempat berhubung dengan Kak Zamnah yang kerja di Matrade, London, saya memasang impian untuk pergi ke beberapa tempat idaman sekitar London....tunggu next entri...

7 comments:

norh said...

nak berangan ke london jugak.. entah bila akan jadi nyata..

CM said...

salam

rezeki dtg bergolek,,,tuah badan,,,teruskn bercerita yerr en li

rosli said...

Norh,

Niat, usaha dan berdoa, Insyallah satu hari nanti jadi kenyataan

rosli said...

CM,

Insyallah....pengalaman manis dan rezki dari Allah, saya akan terus berkongsi

Mohd Saad Hamid said...

Salam rosli

Alhamdulillah, pernah menjejakkan kaki di London suatu ketika dahulu. Masa tu sambung belajar di Liverpool Polytechnic.

rosli said...

Hj Mohd Saad,

Mesti bestkan masa Hj belajar di sana dulu...

Anonymous said...

Di Malaysia, bandar London pun ada. Ianya dimana agaknya? Yes, nama London bertukar versi Malaysia iaitu Lundu, di Melaka.