Wednesday, May 23, 2012

ANTARA SOLAT, RIADAH DAN KEBESARAN ALLAH DI PADANG GOLF

Assalamualaikum wbt,

Dulu saya pernah post pasal golf , antara riadah dan 'membuang' masa ....Bagi sesetengah orang golf ini banyak guna masa dan bagi mereka kenapa nak buang masa antara 4-6 jam,  tidak termasuk perjalanan pergi dan balik ke padang golf.  Golf jugak dikaitkan dengan segelintir orang yang suka berjudi dan bertaruh setiap lubang dan paling kurang belanja makan dan minum. Golf jugak dikaitkan dengan skandal bersama caddy genit dan menggoda dari negara seberang. Golf jugak kekadang dikaitkan dengan orang yang lupa solat dan lupa famili.....bukan semua begitu....  Semua ini subjektif dan terpulang kepada diri dan minat masing2. (Dalam entri ini saya tidak akan sentuh secara mendalam pasal golfer yang berjudi dan berskandal dengan caddy) Kepada si isteri, janganlah takut jika suami mintak izin nak main golf, Insyallah solat mereka terjaga dan mereka tidak akan lupa famili.....percayalah kepada mereka. Bagi saya golf buat masa ini adalah :
  • masa untuk saya beriadah dan bersukan,  jika tidak menaiki buggy,  saya akan berjalan kaki di padang golf Danau UKM, dan biasa akan sempat bermain golf antara 5-7 lubang sahaja. Berpeluh dan dapat berjalan kaki antara 3-5 km , sekurang2nya dapat bersenam dan menjaga jantung kita.
Dah ready nak tee off di Kelab Golf Danau UKM , lubang no 10
  • Tentang solat, jangan risau, di Rumah Kelab ada surau dan   hampir di semua lapangan golf ada cafe dan surau di pertengahan padang golf. Jangan risau tentang waktu main golf, masa cuti atau hujung minggu,  kalau nak mudah mula (tee off ) jam 7.15 pagi dan biasa akan tamat dalam jam 12.30 pm atau lebih awal dari itu....tengok rakan dan permainan dan guna buggy kalau nak lebih cepat.  Boleh solat Zohor dengan selesa .  Kalau nak tee off lepas waktu Zohor, boleh break dan solat Asar  dan sambung semula dan Insyallah akan tamat permainan sebelum Maghrib.  Jika ada yang nak tee off sebelah malam, tak perlu risau,  biasa waktu Maghrib kita akan break.  Semuanya terpulang pada kita.....nak solat atau tidak.....tepuk  dada tanya iman kita..
Surau di tengah2 padang golf Danau UKM
  • Ketiga, kita boleh menikmati  kebesaran Allah,  kita boleh lihat padang golf luas terbentang menghijau,  boleh menikmati matahari naik dan matahari terbenam, yang pasti memang indah saat2 itu dan ketika panas terik  pulak kita akan merasa bahangnya...bahang di SANA berpuluh kali ganda panasnya.
Waktu ini lebih kurang 7.56 pagi,  mentari mula menyinar

Ini pemandangan sebelah petang jam 6.06 ptg

Selalu jugak golfers dikaitkan dengan cerita negatif,  pada saya tidak perlu untuk jadikan isu besar kerana di luar sana ramai jugak bukan golfers yang kaki judi, kaki perempuan dan macam2 lagi. Kepada yang baru nak berjinak dengan golf atau baru2 nak cuba golf....silakan...dan yang paling penting jauhkan diri dari gejala negatif seperti berjudi, skandal atau menipu score..... Tepuk dada tanya selera.  

3 comments:

Ummi said...

assalam tuan,

lebih cantik kalau dpt main golf/beriadah 1 family. tak la isteri & anak2 rindukan org trsyng

rosli said...

Ummi,

Betul tu, saya ada terjump dengan 2 famili bangsa Cina anak beranak dan isterinya brmain golf bersama, impian saya begitu jugak

Anonymous said...

Pengalaman saya… suami mula2 main golf utk kesihatan & focus katanye… Lepas tu disogok pulak caddy perempuan Indon … lama2 lepas main golf sambung pulak lubang yg satu lagi… Suami kantoi lepas teruja msg kt kawan main lubang kt Kelab Golf Medan… Dah bertahun buat kerja tu rupanye … now isteri jadi mangsa.ada kuman HPV.. lepas main sana .. balun pulak isterri…