Tuesday, July 24, 2012

BERSANTAI DI PANTAI TELUK NIPAH DAN SNORKELING

Assalamualaikum wbt,

Pada pagi Ahad (15 Julai) sebelum bertolak pulang ke Bangi,  saya dan Ammar sempat bercanda di pasiran pantai Teluk Nipah.....dua kali memujuk Ammar untuk naik bot dan snorkeling di Coral Island (Pulau Giyam).  Saya tengok di wajah Ammar sedikit bimbang kerana dia masih tidak cekap berenang....saya masih memujuk dan akhirnya Ammar bersetuju untuk ke Pulau Giyam untuk snorkeling dan menikmati ikan2 laut disekitar pulau tersebut

TEMPAT PENGINAPAN DENGAN PANTAI DEKAT SANGAT

AMMAR, ANAK BONGSU KAMI

WAH....AMMAR POSING ABIS

ANTARA KHIDMAT BEACH BOYS...MACAM2 ADA
YANG PENTING FULUS MESTI ADA

BARISAN KAYAK

Dari kawasan pantai Teluk Nipah ke Pulau Giyam (Coral Island) amik masa lebih kurang satu/dua minit ajer naik bot laju...mereka bawak saya dan Ammar pusing pulau ni....melihat  Batu Penyu dan Batu Buaya....tengok gambar di bawah,

ORANG TEMPATAN MENDAKWA BATU NI BERBENTUK PENYU

SEKALI LAGI PENDUDUK TEMPATAN MENDAKWA MACAM
KEPALA BUAYA
 
 SEMPAT BERGAMBAR SEBELUM SNORKELING

AMMAR DAH READY NAK SNORKELING


RAMAI MENUNGGU GILIRAN SNORKELING

SAYA DAN AMMAR  BARU NAK MULA SNORKELING 

 TU DIA.. RAMAI LAGI YANG DATANG UNTUK SNORKELING


  AMMAR DAN SAYA SEMPAT SNORKELING 30 MINIT SAHAJA

Satu pengalaman yang menarik untuk Ammar yang pertama kali menyelam, dia terasa begitu teruja dan sekarang lebih yakin untuk snorkeling dengan berpakaian jaket keselamatan. Insyallah April 2013 akan datang lagi ke sini.

4 comments:

mama ju, said...

Salam sejahtera,
Teruja tgk bersnorkling tu, kena pandai berenang?berapa bayarannya?

rosli said...

Mamaju,

Tak perlu pandai berenang sebab ada jaket keselamatan di sediakan, google dan alat pernafasan disediakan. Cuma perlu pandai bernafas ikut mulut dan jangan sampai corong udara termasuk ke dalam air. Bila snorkeling tu, cermin goolge tu jelas sangat dalam air ,bolek nampak ikan dengan jelas. Satu bot kecik RM 40.00, siap pusing pulau kecik tu, average RM 10.00 seorang

mama ju, said...

Salam,
Terimakasih byk2. Indahnya nampak alam satu lagikan?

rosli said...

Mamaju,

Memang indah, cuma airnya tidak sejernih seperti di Langkawi dan Pulau Redang. TP masih boleh nampak ikan dan batu karang.