Wednesday, July 11, 2012

IMPIAN JADI NYATA DI PADANG GOLF

Assalaamualaikum wbt,

Dah lebih 5 tahun saya 'mengidam' nak main golf kat MINES Golf Resort, tidak mudah kerana hanya jika kita ahli atau dapat jemputan dari ahli baru boleh main golf kat sini. Dengan persetujuan dan jemputan sahabat saya Jamaluddin Madrop, dapatlah  saya peluang dan merealisasikan impian untuk main golf kat sini pada 28 Jun lalu. Terasa macam gah dan 'hebat' main golf di sini. 

Sebelum bermula tee off, posing dulu



Sahabat saya sejak tahun 1981, (dah 31 tahun)
background rumah Tun Dr Mahathir 


Jamal sedang tee di lubang ke 18


Giliran saya tee off kat lubang ke 18
Posing kat hole no 1



Lepak habis dan bersantai



Kelab ni pernah jadi tuan rumah CIMB Classic 2010


Canggih,  kunci hanya perlu sentuh ( tanpa anak kunci) 


Best kelab ni,  entah bila lagi ada peluang main kat sini


Alhamdulillah, impian jadi nyata,  gerak hati saya, gerak hati Jamal semua Allah dah tentukan, Insyallah lepas ni KLGCC atau Jakarta pulak.

2 comments:

mama ju said...

Salam sejahtera,
Nampaklah vip.
Saya pernah menapak ke rumah Tun tu, memang cantik kat situkan?

rosli said...

Mamaju,

Yes, saya masih ingat mamaju ke rumah Tun untuk berhari Raya. Saya pun teringin beraya di rumah Tun. Insyallah