Assalaamualaikum wbt,
(berkongsi email dan ilmu dari rakan pejabat)
1. Sesiapa
yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia
dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan
berwuduk.
2. Sesiapa
yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat
keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa
yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat
tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat
33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang
diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5.
ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat
sebanyak 11 kali tiap kali selesai me nu naikan solat fardu.
6.
Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan
yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik
kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari,
insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di
samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa
yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik &
wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa
yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan
lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman
bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi
janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia
makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah
lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat
meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk &
tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Me
nu rut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam
jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh
para nabi
14. Setiap
penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan mi nu m. InsyaALLAH,
perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat
banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH
catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap
selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi
apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat
berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya
imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita
mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai me nu naikan solat
fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda
makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu
kenyang & mudahkan penghadaman
20. Me nu rut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap
selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp
sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan
menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit
yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun (
astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam
riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa
yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya
daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan
- Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada
di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu
membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat
keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan
An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon
perlindunganNYA) - Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang
akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan
ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan ju
nu b. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa
perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Mu nu rut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara
rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang
melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat
melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn
bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama
tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada
baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas
(mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan
sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Me nu rut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui
Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun
(astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam
riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat.
Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak
bosan (atau tersinggung) - bukhari
36. Ada
riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat
asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Me nu tup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith:
Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana
dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas
rahmatNya
39. Sabda
Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari
jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu
Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith:
nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41. Sesiapa
yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu
rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu
memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu
sukarkannya - Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila
kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda
penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban
hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun &
wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering
melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba
terhadap ALLAH - Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat
mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi
(apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika
salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Me
nu rut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang
baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan
pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah
sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang
baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti
dengan usaha yang berterusan.