Sunday, August 12, 2012

POKOK YANG CINTAKAN NABINYA (NABI MUHAMMAD SAW)

Assalaamualaikum wbt
(berkongis email dari rakan)




Tahukah anda pohon apakah ini?

Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.

Sedikit sejarah mengenainya...

♥ Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.

♥ Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

♥ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."

>>> Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. Allah menghidupkannya dengan kehendak-Nya jua, Allahu Allah.

Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya -Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.


p/s : serba sedikit,kita kena tahu pasal sejarah kenabian..bila tak kenal maka tak cinta..dah kita kenal terasa rindu kepada Baginda Nabi..untunglah siapa yang rindukannya,dapat syafaat Nabi bila mana hari itu nanti tiada guna lagi kekayaan atau kemahsyuran yg kita ada didunia..


p/s : kalau artis kita boleh hafal itu dan ini,kenapa tidak mengenai Nabi Muhammad s.a.w?


Wallahu a'lam..

2 comments:

Nur said...

Salam..subhanallah betapa hebatnya pohon zaitun ini. maka dengan sebab itu jugalah zaitun juga mempunyai khasiat tertentu di mana Nabi s.a.w bersabda "Makanlah minyak zaitun serta berminyak dengannya, kerana ia keluar dari pohon yang diberkati" - Riwayat Tirmizi

Mohon lawat page saya di fb : Kempen Amalan Sunnah

syukran jazilan :)

rosli said...

Nur,

Memang hebat pokok ni, maafkan saya lewat balas komen