Sunday, December 9, 2012

PROGRAM WISATA ROHANI KE BANDUNG- 2 (PASAR BARU) , 29 NOV 2012

Assalaamualaikum wbt,

Hari kedua (29 Nov) di Bandung pada sebelah pagi memang ditunggu ramai ahli KHM kerana ianya adalah hari 'free and easy' kami di bawa ke Pasar Baru , Bandung untuk aktiviti membeli belah....kali ke 3 saya di sini...bagi yang nak membeli telekung, kain batik, minyak wangi, kemeja T berlogo Bandung, menempah seluar, baju , langsir dan banyak  lagi memang sesuai datang ke sini.


BAS PARIWISATA YANG MEMBAWA KE SERATA BANDUNG
TAKLIMAT OLEH PAK TATAN  SEBELUM SHOPPING
PASAR BARU KAMI DATANG LAGI....
KEDAI PERTAMA YANG MEREKA SINGGAH BELI TELEKUNG
SAYA PUN BELI TELEKUNG JUGAK UNTUK WIFE DAN 
ANAK PEREMPUAN SAYA
UNTUK DIRI SENDIRI SAYA BELI MINYAK WANGI
SAYA , NIK ZUHAIRI DAN HJ IDRIS  
(BAPA MERTUA DR HJ RIDZWAN BAKAR)

Bestnya tempat shopping ni kat sebelah bumbung ada satu masjid untuk kemudahan semua umat Islam yang sedang bershopping, nyaman, masjid yang bersih dan paling best boleh nampak Gunung Tangkuban Perahu.


KEMAS DAN BERSIH MASJID INI

Saya tidak pernah jemu dengan pemandangan ini,  Gunung Tangkuban Perahu...In Shaa Allah saya akan post khas berkaitan Tangkuban Perahu.

GUNUNG LAGENDA TANGKUBAN PERAHU , GAMBAR SAYA SNAP DARI BUMBUNG PARKING PASAR BARU BANDUNG

9 comments:

مسافر اسلام said...

Assalammualaikom...tuan HJ Rosli.
Seronok berjalan dan shoping hingga letih kaki menapak.
Ada masa boleh post gambar kedai-kedai makan pula...InsyaAllah


JazakaAllah

Juhariah Johari said...

Salam Tuan Hj.

Tengok je le...
Kalau Mi minta gambar kedai makan, saya nak gambar pemandangan!

Al-Manar said...

Saya pernah dengar cerita tentang asal nama gunung itu. Munkin dapat ceritakan?

rosli said...

MI,

In Shaa Allah saya akan carikan gambar2 makanan yang biasa kami nikmati di sana.

rosli said...

Mamaju,

In Shaa Allah, memang byk gambar pemandangan saya snap , saya akan share bersama sedikit masa lagi.

rosli said...

Al Manar,

In Shaa Allah, saya akan paparkan mengikut sejarah dan cerita lagenda tempatan.

مسافر اسلام said...

tetapi juadah disana tak jauh beza dgn Malaysia kan...

rosli said...

MI,

Rasanya tak byk yang jauh berbeza namun ada citarasa dan menua masing2

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.