Friday, August 31, 2012

JALAN2 RAYA - AIR HITAM MUAR 2012

Assalaamualaikum wbt,

Tahun ini berpeluang bergambar dengan beberapa keluarga dengan Ibu Mertua....semua seronok

CERIA DI PAGI RAYA PERTAMA
Lepas Jalan2 Raya,  tiga rumah ini wajib berjalan Raya,  Pertama Rumah Abang Amat & Kak Yah, abang , ipar yang paling tua,  rumah sepupu my wife, Abang Md Saripan dan ketiga rumah Poksu Senan dan Moksu 

 Abg Amat, Biras yang paling sulong
 Kak Yah, kakak ipar yang paling sulong
 Anak dengan sepupu mereka di rumah Abang Amat
 My wife dengan anak2 dan anak sedara dan Kak  Amah di rumah
Abang Md Saripan

 Sejuk mata memandang Poksu Hj Senan, 
adik arwah bapa mertua yang bongsu
Moksu, Isteri poksu Hj Senan

Monday, August 27, 2012

AIDIL FITRI 2012- TRADISI RAYA

Assalaamualaikum wbt,

Dah 20 tahun (sejak tahun 1992) saya beraya di rumah ibu mertua saya , Hjh Asiah Suratmin, dari sebelum Raya hingga ke hari raya keempat.....selepas itu baru saya beraya di Klang dan Petaling Jaya bersama2 dengan adik beradik saya (sejak ibu saya meninggal tahun 1991 dan 10 tahun sebelum itu , 1981 bapa saya meninggal)

Saya selalu berpesan pada wife saya,  " Yang,  you beruntung kerana masih ada ibu dan Insyallah saya akan sentiasa mula beraya di kampung you selagi emak ada"....kekadang ada jugaklah abang 2 dan kakak saya bertanya....lama2 kelamaan mereka faham....yang pasti saya mesti beraya dengan mereka selepas itu....

Alhamdulillah tahun ini , 2012.....masih berpeluang beraya dengan keluarga mertua saya, anak2 pun gembira....tradisinya beginilah aktiviti kami setiap pagi raya...

Seri rumah mertua saya  di pagi hari Raya
Mohon ampun dan maaf dengan Ibu mertua
Hjh Asiah Suratmin


My wife mohon ampun dan maaf dengan ibunya
Giliran my wife mohon ampun dan maaf dengan saya
Giliran anak sulung saya Adiera 
Lepas tu Danial dengan saya 
Akhir sekali Ammar,  anak bongsu dengan saya 
My famili dengan ibu mertua saya


Lepas bermaaf2an mulalah episod berjalan Raya ke rumah2 sedara mara terdekat.

Thursday, August 23, 2012

TIGA KALI LEBIH BAIK

Assalaamualaikum wbt,

Hadith :

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya :” Apabila Nabi SAW memberitahu sebuah pernyataan, baginda mengulanginya sampai tiga kali hingga orang ramai dapat memahami dan mengerti perkataannya dengan baik dan setiap kali nabi meminta izin untuk masuk (ke dalam rumah, ia mengetuk pintu) tiga kali dan mengucapkan salam.”

 
(al-Bukhari) 
 
Huraian
 
Simbolik tiga kali dalam sesuatu perbuatan bergantung pada situasi dan tempat. Dalam melakukan sesuatu perkara ibadah seperti mengambil wudhu’, kita dikehendaki melakukan pada satu-satu rukun itu sebanyak tiga kali kerana ia adalah lebih baik bahkan termasuk dalam perkara sunat. Malah bagi kebanyakan perkara, perbuatan mengulang-ulang itu dianggap akan menyempurnakan kekurangan yang berlaku sebelumnya daripada langsung tidak melakukannya atau setidak-tidaknya menduakan malah lebih bagus menigakan dan seterusnya. Jika kurang dari tiga kali ditakuti menjadi kurang bermanfaat, khususnya dalam perbuatan mengingat atau menghafal ilmu yang menuntut kita mengulang-ulangnya beberapa kali sesuai dengan sifat manusia yang mudah lupa. Tetapi ada juga berlaku sekiranya sesuatu itu dilakukan lebih dari tiga kali akan mengundang mudarat dan keburukan atau jatuh pada peringkat batal contohnya jika bergerak dengan sengaja lebih dari tiga kali sewaktu dalam solat, solat dianggap batal. Sesungguhnya dalam hal ini Islam menekankan tentang kesederhanaan dan menegah perbuatan melampaui batas. Justeru bilangan 3 kali adalah jalan paling selamat!

Friday, August 17, 2012

SALAM AIDILFITRI 2012

Assalaamualaikum wbt,

Saya amik kesempatan ini nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan2 Blog, pembaca blog dan yang singgah berkunjung ke blog saya.  Jika ada tersalah kata, tersalah gurau atau terkasar bahasa saya mintak maaf daripada semua. 


Maaf zahir dan batin.  Semoga anda semua bergembira di hari Raya ini bersama keluarga tersayang.


Wednesday, August 15, 2012

MALAM TUJUH LIKUR VS MALAM LAILATUL QADAR

Assalamualaikum wbt,

Seingat  saya sejak kecik tahun 1970an hingga beberapa tahun lepas.....saya sentiasa tunggukan malam tujuh likur....salah satu adat dan budaya orang Melayu menunggu Syawal.....memang meriah dengan pelita samada di bandar atau di kampung.....biasa di kampung tersangatlah meriah dengan aneka bentuk pelita biasa dan pelita dari buluh.....kanak2 meriah main bunga api dan mercun......habis lupa solat terawikh bila masuk malam tujuh likur....masa tu saya tidak didedahkan atau mungkin saya ponteng mengaji dan tidak berapa peka dengan Malam Lailatul Qadar...sibuk nak beraya.......

Alhamdulillah sejak2 akhir ini, barulah sedar dan faham apa pentingnya 10 malam terakhir terutama hari2 ganjil hinggalah tibanya Syawal....dengan sedikit pengetahuan, ceramah ugama, melalui FB, blog dan tazkirah dalam TV keberkatan Ramadhan dan beribadat 10 malam terakhir di bulan Ramadhan memang sangat mencabar dan begitu mengujakan....masing2 mengejar Malam Lailatul Qadar....saya juga tidak terkecuali...manalah tahu ada rezki saya malam ini. Insyallah

MALAM LAILATUL QADAR
Hadith :

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”

 
(al-Bukhari)
Huraian
 
1. Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T.
2. Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut
3. Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.
4. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.

TUGASAN RASMI DI KUANTAN

Assalaamualaikum wbt,

Kali terakhir ke Kuantan tahun 2008 bersama  keluarga,  kini tahun 2012 dapat peluang ke Kuantan lagi atas urusan rasmi, berbengkel dan sessi percambahan fikiran (brainstroming) dengan pihak NIOSH untuk bersama-sama kawan2 menyiapkan modul dan buku baru kerana modul lama akan tamat tempoh Mei 2013.  Seharian duduk dalam bilik meeting , kesejukan  dan adakalanya begitu mengantuk.....


Biliknya menggembirakan saya

Sementara menunggu waktu berbuka,  dapatlah menghirup udara segara Laut China Selatan di pantai Teluk Cempedak, 
  

 Bergambau sakan....
 Cantik dan bersih pantai Teluk Cempedak

Tugasan dalam bulan Ramadhan begitu mencabar minda dan badan, adakala letih, mengantuk dan adakala hilang idea di sessi percambahan minda

 Geng2 OSH TM dan NIOSH
Bergambau sebelum berbuka puasa

Insyallah lepas ni bengkel menyediakan soalan pulak....ada rezki Le Meridien,  Kota Kinabalu,  Sabah, yang dirancang ....Oktober 2012

Tuesday, August 14, 2012

DARI TITIK PELUH SENDIRI

Assalaamualaikum wbt,

Hadith :

Dari Zubair bin Awwam r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Apabila kamu menyiapkan seutas tali, lalu pergi mencari kayu api, kemudian dibawanya seikat kayu di punggungnya lalu dijualnya dan Allah memberi kecukupan bagi keinginannya, itulah yang lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang ramai diberi ataupun tidak.”

 
(al-Bukhari)

Huraian

Orang yang berjaya ialah orang yang mampu menempuh berbagai rintangan dan cabaran dalam hidup. Walau daripada mana ceruk asal seseorang itu, sekiranya dia rajin berusaha maka kejayaan akan menjadi miliknya. Bukankah rezeki Allah S.W.T ada di mana-mana. Cuma yang bakal menentukan hanyalah ‘mahu’ atau ‘tidak’ kerana kemalasan akan menjunamkan seseorang itu ke lembah kehinaan. Begitu juga dengan sikap malu hendaknya biarlah bertempat. Kata orang malu bertanya sesat jalan, malu makan perut lapar dan malu dalam mencari rezeki alamat hidup akan melarat. Sesungguhnya Islam memandang mulia pada manusia yang bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari sesuap nasi atau rezeki yang halal berbanding dengan mereka yang hidup meminta-minta daripada orang lain.

Monday, August 13, 2012

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

Assalaamualaikum wbt,
(berkongsi email dan ilmu dari rakan pejabat)

1.    Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2.    Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3.    Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4.    Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5.    ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai me nu naikan solat fardu.
6.    Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7.    Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8.    Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9.    Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Me nu rut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat  walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan mi nu m. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH  catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai me nu naikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Me nu rut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan ju nu b. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Mu nu rut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Me nu rut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Me nu tup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Me nu rut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Sunday, August 12, 2012

POKOK YANG CINTAKAN NABINYA (NABI MUHAMMAD SAW)

Assalaamualaikum wbt
(berkongis email dari rakan)