Tuesday, July 30, 2013

12 GOLONGAN YANG DIDOAKAN MALAIKAT .

Assalaamualaikum wbt,

1. Orang yg tidur dalam keadaan bersuci.
2. Orang yg sedang duduk menunggu waktu shalat.
3. Orang-orang yg berada di shaf barisan depan di dalam       shalat berjama'ah.
4. Orang-orang yg menyambung shaf pada shalat berjama'ah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf).
5. Para Malaikat mengucapkan 'aamiin' ketika seorang imam selesai membaca Al Fatihah.
6. Orang yg duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat.
7. Orang yg melakukan shalat Subuh dan Asyar secara berjama'ah.
8. Orang yg mendo'akan saudaranya tanpa pengetahuan orang yg di do'akan.
9. Orang-orang yg berinfak.                    
10. Orang yg sedang makan sahur.
11. Orang yg sedang menjenguk orang sakit.
12. Seseorang yg sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Semoga kita semua mati dalam iman.. :)

Monday, July 29, 2013

50 SEN.........

ASSALAAMUALAIKUM WBT,

KRINGGGG.. TERIMA KASIH CIKGU, SEMUA PELAJAR BEREDAR KE KANTIN. TAPI SEORANG PELAJAR NI TAK KELUAR UTK REHAT.
AWAK TAK REHAT KE ALIF? UJAR SY KPD PELAJAR NI. TAK CIKGU. JAWAB ALIF RINGKAS.

KENAPA ALIF TAK REHAT? JAWAB ALIF "MAK SAYA BERI 50 SEN SEHARI CIKGU. KAT KANTIN 50 SEN NI DPT BELI NUGGET JE SEKEPING. MALU LA CIKGU BERATUR PANJANG2 DPT BELI NUGGET JE. JADI SAYA KUMPUL DUIT HARI INI UTK MAKAN HARI ESOK. JADI SAYA DPT LA MAKAN NUGGET 50 SEN DAN AIR SIRAP 50 SEN. SAYA KAT KANTIN HARI SELASA DAN KHAMIS JE CIKGU " ALIF TERTUNDUK MALU

PERASAAN SAYA MULA BERCAMPUR BAUR, SEDIH SEBAK. DI ZAMAN 2013 INI MASIH ADA PELAJAR YG MEMBAWA 50 SEN KE SEKOLAH. RAMAI DI ANTARA KITA MEMANDANG 50 SEN JUMLAH YG KECIL SEDANGKAN BG PELAJAR INI 50 SEN SGT BESAR ERTINYA.

SAYA TANYA LAGI, KALAU HARI JUMAAT AWAK TAK PERGI KANTIN LA YE?

OWHH...HARI JUMAAT DUIT 50 SEN NI SAYA SEDEKAH MASA BACAAN YASIIN CIKGU. JAWAB ALIF DGN BERSAHAJA. MAK SAYA KATA KALAU KITA SEDEKAH REZEKI KITA AKAN BERTAMBAH..MATA SAYA DAH BERKACA...SAYA TERKEJUT DAN BERTAMBAH SEBAK. DAH LA DUIT ADA 50 SEN. SIAP BOLEH SEDEKAH PULAK.

 
YA ALLAH, LIMPAHKANLAH REZEKI BG KELUARGA PELAJARKU INI..LUASKAN REZEKI MEREKA SEMOGA MEREKA TIDAK LAGI BERADA DALAM KEMISKINAN.

HUH MACAM TERPUKUL SUNGGUH SAYA, BAYANGKAN DUIT 50 SEN YG DIBERI UTK MAKAN, DIA INFAKKAN 50 SEN UTK TABUNG SEKOLAH SETIAP JUMAAT SEMASA BACAAN YASIIN.
MUNGKIN KISAH INI NAMPAK SIMPLE TP BAGI SAYA IA MEMBERI SERIBU PENGAJARAN. MUNGKIN ALLAH NAK TEMUKAN SAYA DGH PELAJAR INI SUPAYA LEBIHKAN SEDEKAH DAN BERINFAK.

BAGAIMANA PULA DGN KITA?

   

Sunday, July 28, 2013

PUASA MENGHINDARI API NERAKA

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Bukhari dan Muslim
Kategori: Ibadah

Hadith:
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan Allah akan jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.

Huraian Hadith: 
  1. Setiap orang yang berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalan-amalan yang ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan.
  2. Sesungguhnya setiap amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh meskipun sedikit tetap ada ganjarannya dan dinilai oleh Allah SWT. Ia menjadi saham yang boleh membantu manusia tersebut di akhirat kelak.

Saturday, July 27, 2013

ALLAH MAHA PEMURAH

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Bukhari
Kategori: Ibadah

Hadith: 

Daripada Anas RA daripada Nabi SAW dalam apa yang diriwayatkan daripada tuhannya (hadis Qudsi) firmanNya: “Jika seseorang hamba menghampiriku sejengkal, maka aku menghampirinya sehasta, jika dia menghampiriku sehasta maka aku menghampirinya sedepa dan jika dia datang kepadaku dengan berjalan maka aku datang kepadanya dengan berlari.”

Huraian Hadith: 
  1. Allah maha pemurah yang menjanjikan dan memberi  pahala yang besar kepada amalan yang baik walaupun sedikit.
  2. Seseorang itu sangat digalakkan untuk mencari keredhaan Allah,bukti galakan itu ialah dengan melipat gandakan ganjaran.
  3. Setiap orang hendaklah segera berdakwah ke jalan Allah.

Friday, July 26, 2013

PUASA KANAK KANAK YANG MUMAYYIZ

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Abu Daud

Kategori: Ibadah

Hadith: 

Daripada ‘Amru ibn Syu’aib RA daripada bapanya daripada datuknya bahawa (datuknya) berkata, “Rasulullah SAW telah bersabda, “Suruhlah anak-anak kamu bersolat apabila umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka apabila mereka telah mencapai umur sepuluh tahun (sekiranya mereka degil tidak mengerjakan solat). 

Huraian Hadith: 

Jumhur ulama’ berpendapat puasa kanak-kanak yang mumaiyiz adalah sah dan akan diberi ganjaran oleh Allah SWT, bahkan adalah disunatkan bagi penjaganya menganjurkannya berpuasa supaya ia dapat membiasakan dirinya dengan ibadat tersebut apabila dewasa kelak.
Diharuskan juga bagi penjaganya memukulnya apabila ia telah mencapai umur sepuluh tahun sekiranya enggan melakukan ibadat tersebut. Pandangan ini dikemukakan oleh jumhur ulama’. Antara hujah-hujah yang dikemukakan ialah dalam surah al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud: “Maka siapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) Iebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya…” Umum ayat ini merangkumi juga ibadat puasa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang mumaiyiz.
Hadith ini jika dilihat dari sudut pendidikan, maka ia tidak hanya merangkumi ibadat solat sahaja. bahkan boleh dipanjangkan kepada aktiviti-aktiviti ibadat yang lain termasuklah ibadat puasa. 

Wednesday, July 24, 2013

MENGHIDUPKAN 10 MALAM LAILATUL QADAR

Assalaamualaikum wbt,
(Insyallah minggu depan dah 10 hari terakhir Ramadhan)

Riwayat: Bukhari dan Muslim
Kategori: Ibadah

Hadith: 

Daripada  Aisyah RA katanya, “Kebiasaan Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh malam yang terakhir (malam yang kedua puluh satu hingga tiga puluh daripada bulan Ramadhan) baginda menghidupkan malam-malam tersebut , dan bersungguh dalam melakukan ibadat serta menjerut tali pinggangnya.”

Huraian Hadith: 
  1. Hadis ini menunjukkan bahawa kita hendaklah (digalakkan) mengambil kesempatan tibanya waktu atau hari-hari yang mempunyai kelebihan untuk disi dengan amal soleh.
  2. Sunat menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadat khususnya sepuluh malam yang terakhir Ramadhan.
  3. Setiap orang dikehendaki berjuang untuk mengawal hawa nafsunya.

Wednesday, July 17, 2013

SAYA, AKU , ANA , ANTA , KAU DAN.........

Assalaamualaikum wbt, 

Dari kecik di zaman persekolahan....guru2 begitu menekankan  guna perkataan saya dan bukan aku......sepanjang 50 tahun hidup ni......dengan adik beradik guna perkataan aku,  dengan kawan rapat jugak aku dan dengan boss atau kenalan baru lebih manis guna saya....dalam blog masa mula2 dulu guna aku lepas tu tukar pulak ke saya......tapi bila baca banyak novel dan cerita....perkataan aku....nak tukar ke aku balik....

Rasanya aku nak guna perkataan aku lebih sedap dan mudah berbicara dalam blog.....kepada guru2 BM aku sejak tahun 1970 hingga 1982 maafkan aku.....sekadar ingat beberapa nama guru...dari darjah satu hingga tingkatan 6 atas......Pn Maznah, Pn Khatijah, Pn Hasnah, Pn Noraini, Puan Habsah ,  dan Puan Dr Rubiah K. Hamzah....dan ramai lagi...

Aku lebih selesa sekarang ni......dengan harapan tidak berubah fikiran sebab memasuki alam 50 ni...terasa tua dan malu pulak .....berkasar bahasa....

Monday, July 15, 2013

KHASIAT TERSEMBUNYI BUAH KURMA

Assalaamualaikum wbt,

Berkongsi ilmu yang saya dapat dari FB , PHDU ( Mohamad Nor Hj Mat)




Khasiat Tersembunyi Buah Kurma yang jarang diperkatakan:

• Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

• Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.

• Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

• Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

• Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

• Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

• Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

• Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

• Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?

• Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

• Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

• Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

• Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?

• Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?

• Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?

• Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?

• Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?

• Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?

• Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?

• Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?

• Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?

• Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?

• Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?

• Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?

• Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?

• Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?

• Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?

• Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?

• Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?

• Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?

• Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?

• Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?

• Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor?



Friday, July 12, 2013

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TARAWIKH

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Muslim
Kategori: Ibadah

Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu." 

Huraian Hadith: 
  1. Solat Terawih adalah solat yang dilakukan pada setiap malam di bulan Ramadhan selepas menunaikan solat Isyak dan sebelum solat witir dan disunatkan kepada kaum lelaki dan juga wanita.
  2. Nabi Muhammad SAW  menggalakkan kaum muslimin para sahabat dan tabi’in selepas baginda supaya mengerjakannya. Ia adalah antara syi’ar di bulan Ramadhan yang mempunyai fadhilat yang amat besar di sisi Allah.
  3. Bilangan rakaat solat Tarawih ialah 11 rakaat termasuk witir. Pada zaman Umar bin al-Khattab  RA orang ramai menunaikan solat Tarawih sebanyak 23 rakaat (iaitu 20 rakaat Tarawih dan 3 rakaat Witir).

Thursday, July 11, 2013

KELEBIHAN SUJUD DALAM SOLAT

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat:  Muslim
Kategori:  Ibadah

Hadith: 

Daripada Abu Abdullah yang dikenali juga dengan Abdul Rahman Thauban RA hamba Rasulullah SAW katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ”Perbanyakkanlah sujud sesungguhnya sekali-kali tidaklah engkau sujud kerana Allah satu sujud pun kecuali Allah mengangkat dengannya satu darjat, dan hapuskan dengannya satu dosa."

Huraian Hadith: 
Dimaksudkan sujud dalam hadis ini adalah sembahyang, disebut sujud kerana sujud adalah rukun yang terpenting.
Sembahyang sunat dan ibadat umumnya meningkatkan darjat seseorang dan menggugurkan kejahatannya.
Setiap muslim hendaklah sentiasa menjaga sembahyangnya terutamanya sembahyang fardhu.

Wednesday, July 10, 2013

DUA NIKMAT KURNIAAN ALLAH SWT.

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: 
 Bukhari
Kategori: 
 Akhlak

Hadith: 

Daripada Abdullah bin Abas RA katanya, Rasullullah SAW bersabda, “Dua nikmat, banyak manusia rugi padanya (kerana mensia-siakannya) iaitu kesihatan dan kelapangan.”

Huraian Hadith: 
  1. Kita hendaklah menghargai dua nikmat iaitu kesihatan dan kelapangan.
  2. Kita hendaklah memanfaatkan segala nikmat yang diberikan untuk mendekatkan diri kepada keredhaan Allah dan melakukan kebajikan sebelum terlambat.
  3. Seseorang hendaklah menjaga nikmat kesihatan sebelum sakit dan nikmat kelapangan untuk memerangi hawa nafsu ke arah kejayaan.

Monday, July 8, 2013

TEMPOH PENURUNAN WAHYU

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Bukhari dan Muslim
Kategori: Ibadah

Hadith: 

Daripada Anas RA katanya: "Sesungguhnya Allah SWT meneruskan penurunan wahyu kepada Rasulullah SAW lebih banyak pada waktu sebelum diwafatkan sehinggalah baginda wafat, di situlah sebahagian besar wahyu diturunkan."

Huraian Hadith: 
  1. Syariat Islam sudah lengkap dan sempurna selepas wafat Rasulullah SAW .
  2. Syariat Islam merupakan panduan hidup manusia di dunia.
  3. Sempurnanya turun wahyu sebelum wafat SAW.

Saturday, July 6, 2013

MAKAN2 DI JAKARTA (PART 5)

Assalaamualaikum wbt,

Kebetulan setiap kali lepas golf kami akan makan tenghari bersama2 dengan rakan2....memang sengaja mereka cari tempat yang khas dan ada kelainan.....Pondok Laguna, Pondok Ikan Bakar Kalimantan, Nasi padang dan Cafe di Cengkareng dengan Nasi Timbelnya....

DATO DR ZAINI ARIFF BERBAJU MERAH

Saya hanya sempat merakam gambar di Pondok Ikan Bakar Kalimantan, daerah Cimanggis berdekatan dengan Kelab Golf Emeralda dan lebih kurang satu jam perjalanan balik ke Jakarta, yang memang terkenal dengan ikan PATIN BAKAR DALAM BAMBU (BULUH)  memang 'enak banget seh'.....hahaha...sekali sekala berbahasa Indonesia....Terima kasih kepada rakan kami Dato Dr Zaini Ariff yang membayar semua kos makan tengahari yang enak ini.....

 TU DIA....BERBUNGKUS DAUN PISANG DALAM BULUH

 PERGHHHHHH . MEMANG ENAK BANGET

BEREBUT SEBAB DAH LAPAR DAN SEDAP SANGAT IKAN PATIN BAKAR

Lagi satu keistimewaannya adalah sup ikan gurami yang fresh bila dibuat sup.....perghhhhh..

BEST SUP IKAN GURAMI SEGAR

Satu lagi hidangan yang membuka selera ikan kering masin goreng bersama petai.....perghhhh ,  saya penggemar petai.


Ada beberapa restoran yang kami singgah dan mereka memang ada keistimewaan masing2...sayangnya saya terlupa merakam gambar2 sebab dah terlalu lapar....hehehehe

Bye2 Jakarta....Insyallah ada rezki saya datang  lagi......

Friday, July 5, 2013

PERSEDIAAN HADAPI PUASA

Assalaamualaikum wbt,

(Berkongsi ilmu dari email kawan2)

Marhaban Ya Ramadhan Karim untuk semua teman-teman,  


Sejarah Ramadhan 

1)     Ramadhan: Ertinya panas terik
2)     Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3)      Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4)      Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan           berakhirnya penyembahan berhala.
5)      Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6)      Di pilih untuk ibadat puasa.
7)      Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1)     Kamu akan di naungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur).
2)     Bulan penuh keberkatan.
3)      Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan.
4)     Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu.
5)     Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda.
6)      Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga.
7)     Bulan menambah rezeki.
8 )      Memberi berbuka banyak pahala.
9)      Bulan keampunan :-
-     Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa & juga doa ada sepertiga malam.
-     10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
-     10 hari pertengahan - pengampunan,
-     10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)

1)     Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2)      Menempah pakaian untuk Ramadhan
3)      Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4)      Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5)      Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6)      Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7)      Solat berjemaah setiap waktu
8)      Solat jemaah di masjid/surau
9)      Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)      Sahur diwaktu akhir
11)      Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)      Mandi Janabat sebelum Imsak
13)      Kurangkan tidur
14)      Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)      Tunaikan Solat Dhuha
16)      Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)      Tunaikan solat Rawatib
18)      Jaga pacaindera
19)      Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20)      Hadiri majlis ilmu
21)      Buat baik kepada ibubapa
22)      Isteri hendaklah taat pada suami
23)      Banyakkan bersedekah
24)      Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25)      Berbuka bersama org tua
26)      Jemput tetamu berbuka
27)      Kurangkan berat badan
28)      Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)      Baiki hubungan suami isteri
30)      Baiki hubungan jiran
31)      Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)      Elakkan berbelanja berlebihan
33)     Kuatkan kesabaran
34)      Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
35)      Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)      Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37)     Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38)     Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39)     Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40)     Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41)     Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau  yang meninggal dunia
42)      Melazimkan solat waktu
43)      Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)      Elakkan banyak berhutang
45)      Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46)      Mengeluarkan zakat fitrah

“Sebarkanlah risalah ini semoga Kita sama mendapat menafaat daripadanya”

Wassalam

Wednesday, July 3, 2013

TEE OFF DI KELAB GOLF CENGKARENG - PART 4

Assalaamualaikum wbt,


Pada hari terakhir (15 Mei)berada di Jakarta , memang dirancang untuk bermain golf di sini  ( walking course) dan kebetulan Kelab Golf Cengkareng  ini berhampiran dengan Lapangan Terbang Soekarno Hatta dan memudahkan kita untuk pulang ke Malaysia.....

PENDAFTARAN BEG DAN PEMILIHAN CADDY 

KALI PERTAMA TEE OFF DI SINI SAYA JATUH HATI DENGAN 
KEINDAHAN PADANG GOLFNYA..BEGITU  TENANG DAN SELESA

SAYA PUN DAH READY.....

Kali ini tiga flight akan meneruskan perjuangan berjalan kaki dengan padang golf yang begitu menarik...

TU DIA SEMUA DAH READY....

KALAU TAK SILAP INI HOLE NO 1....

Seperti biasa untuk kenangan di sini ambil peluang bergambar bersama caddy2 di Cengkareng.....muda2, peramah dan mereka begitu mahir dengan selok belok padang golf di sini....

DARI KIRI BELAKANG : ROSDI, SAYA, SHAH DAN AZHAR

FLIGHTMATES SAYA....

Score saya kurang menjadi di sini.....memang bercadang , berniat dan merancang untuk datang lagi ke sini satu hari nanti kerana saya enjoy golfing di sini walaupun agak penat kerana ini kali pertama saya berjalan kaki dan menghabiskan 18 lubang....

Monday, July 1, 2013

JARAK SYURGA DAN NERAKA

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Bukhari
Kategori: Akidah
Hadith: 

Daripada Ibnu Masu’d RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Syurga itu lebih dekat kepada setiap kamu daripada tali capalnya. Begitulah juga neraka.”

Huraian Hadith: 
  1. Taat kepada Allah akan membawa kepada syurga dan maksiat akan membawa kepada neraka.
  2. Jalan ke syurga bagi seseorang itu amat mudah hanya dengan mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan larangan.
  3.  Syurga itu dekat bagi orang-orang yang soleh dan begitu juga neraka dekat bagi orang yang dimurkai Allah.