Assalaamualaikum,
( Semuanya telah tertulis.....ini sekadar luahan hati )
Tahun 2013 aku dah dapat 6 saman AES , satu saman PDRM dan pada 30 Disember lalu akan rasa dapat lagi satu saman AES sebelum tol Sg Besi.....bermakna aku ada 8 saman yang perlu aku bayar....antara RM 1400 hingga RM 2400 bakal terbang dari poket aku.....bukan rezki aku kot.....rezeki PDRM dan JPJ....bayar ajerlah....sebelum kena tangkap oleh PDRM.....
Yang boleh aku ingat memandu melebehi 100 kmj (104 kmj) di kawasan 80 kmj dan memandu melebehi 120 kmj ( 124/126 kmj) di kawasan lebuhraya PLUS yang had lajunya 110 kmj dan yang paling tragis memandu 84 kms di Lebuh Sentosa Putrajaya di had laju 70 kmj....!!!!!!......Cubalah memandu di situ dengan cc kereta 1.5 ke 1.8 ke 2.0 dengan kelajuan 70 km.....turun bukit pulak tu....pandai betul JPJ dan PDRM nak cari duit
Aku akan komen di 3 lokasi kamera AES .....Pertama di Lebuh Sentosa Putrajaya.....bawah bukit....turun bukit je kalau tak tekan minyak pun kereta akan mengelongsor laju melebehi 80 kms......memang pegawai JPJ pandai perangkap pemandu sedangkan kawasan tersebut tidak langsung merbahaya. ( satu saman aku dapat di sini)
Kedua berhadapan Hotel sebelum menghampiri Tol Sg Besi menghala ke selatan....kamera mobile AES JPJ.....di situ hadlaju 80 kmj......hari2 lalu situ sebab nak balik rumah pun kena saman......jalan lurus dan tidak merbahaya pun.....tapi pegawai JPJ yang 'cerdik ' ni memang suka letak kamera kat situ......senang nak collect saman dan kuota mereka pun cukup mudah diperolehi.....aku berani dan sanggup berdepan dan berdebat dengan mana2 pegawai JPJ jika ada peluang.....gunalah akal fikiran ....dengan sebaik mungkin.....bukan nak mudah dan aniaya pemandu ....( 3 saman aku dapat di sini)
Ketiga.....dari arah selatan menuju ke utara PLUS sebelum susur keluar ke Kajang.....atas bukit di situ.....hadlaju 90 kmj......jugak jalan lurus dan tidak merbahaya.....mudah sungguh pegawai JPJ letak kamera AES..... (satu saman aku dapat di sini)...semuanya nak mudah....jom kita dialog sama....aku dah bersedia...
3 lagi saman di Taiping Utara dan Sungkai........trip aku ke Penang 25 hingga 28 November laluan itu aku dapat dua saman.....satu masa pergi ke utara di Sungkai dan satu masa pulang ke KL di Hulu Bernam....masa pergi speed aku 124 kmj dan masa balik 126 kmj......semua jalan lurus.....kamera PDRM bersama pegawai Polis mereka menyorok bawah jambatan.....tadah ajerlah.......RM 600.00 terbang. Bayar awal RM 150.00 sedangkan aku dapat surat saman dalam masa 2 minggu....tak dapat pun kurang bayaran tu....letih nak komen sistem mereka......nak bayar awal hari tu.....sistem down pulak.....macam2
Sepatutnya semua kamera AES ditempatkan di kawasan yang merbahaya atau selekoh yang merbahaya.....kalau kena saman pun akan rasa 'puas hati'....ini di jalan lurus dan tempat yang orang akan memandu laju tanpa disedari.....gunalah akal fikiran sebaik mungkin....kalau sekadar nak kumpul saman dan duit saman memang mudah......sepatutnya penguatkuasaan ini adalah untuk mengurangkan kemalangan di jalanraya......tolonglah pertimbangkan pandangan aku rakyat biasa ni....
2 comments:
Assalamualaikum En Rosli
Allahukbar...
kalau niat mereka kerana Allah dan untuk keselamatan pengguna jalanraya...maka kita doakan Syurga menanti mereka
Hj Rozali,
Begitulah kena berbaik sangka,,cuma kekadang lokasi kamera mrk begitu strategik utk mereka cukupkan kuota dan saman pemandu sedangkan lokasi itu tidak merbahaya langsung.
Apapun mrk sudah pasti punyai sebab mereka tersendiri
Post a Comment