Saturday, March 1, 2014

BURSA KAMI DATANG (GUNUNG GANANG, LADANG2 DAN POHON ZAITUN) - BAB 5

Assalaamualaikum wbt,
Perjalanan darat diteruskan sebaik feri mendarat di Port Yalova.....aku  begitu leka dan teruja dengan pemandangan kiri kanan bas....gunung ganang mereka seolah2 'botak'  selepas salji mencair dan yang kekal berdiri pohon2 zaitun kiri dan kanan jalan.....patutlah buah zaitun antara yang terbaik datang dari negara Turki...Subhanallah ....Masyallah cantiknya bumi Turki ini.....walaupun hanya sampai ke Bursa sahaja....

Memasuki ajer kawasan luar bandar hati aku begitu teruja.....'hati aku dah tertinggal di Turki'...memang ada rancangan untuk datang lagi ke Turki sahaja bersama keluarga Insyallah....Ya Allah Kau permudahkanlah urusan hamba Mu ini. Aamiin.

Satu perkara yang begitu jelas Masjid (di Turki di panggil CAMII) sebutan kita adalah Jame manakala Mescit/ Masjid adalah surau bagi kita...(bagi yang mahir tentang Turki betulkan aku jika aku tersilap) 

LUAS MATA MEMANDANG..
Satu perkara yang begitu jelas Masjid (di Turki di panggil CAMII) sebutan kita adalah Jame manakala Mesit/ Masjid adalah surau bagi kita...(bagi yang mahir tentang Turki betulkan aku jika aku tersilap) .  Aku difahamkan ada lebih 3 ribu Masjid di sekitar Istanbul dan ada lebih 84 ribu buah masjid seluruh Turki sesuai dengan 99%  penduduk Islam mereka.

 CAMII MEREKA MERATA TEMPAT
 PEMANDANGAN BIASA GUNUNG ATAU BUKIT JADI STESYEN PEMANCAR SAMA
 SEPERTI DI NEGARA KITA
DI TENGAH2 PERKAMPUNGAN DAN LADANG PUN ADA CAMII
 SAUJANA MATA MEMANDANG
 NASIONALISMA MEREKA TEBAL
 TANAMAN DAN HASIL BUAH ZAITUN ANTARA HASIL UTAMA MEREKA
CLOSE UP POHON ZAITUN YANG BERMUTU TINGGI

Akhirnya,  entah berapa lama aku terlelap...sedap sangat tidor dalam bas masa sejuk2 begini.. tiba juga di bandar Bursa....bas kami berhenti betul2 depan hotel Hilton Bursa untuk makan tengahari di Yusof Kofteci (restoran yang berunsurkan daging panggang). Tengah2 lapar inilah makanan yang paling sedap ....memang sedap pun....tunggu next entri...
MEMASUKI KAWASAN BANDAR BURSA YANG MODEN DAN TERSUSUN

Bandar Bursa ini memang moden dan tidak sesak dengan kenderaan.....perjalanan begitu lancar.

No comments: