Saturday, May 3, 2014

ISTANBUL KAMI DATANG ( MASJID SULTAN AHMET @MASJID BIRU) - BAB 30

Assalaamualaikum wbt,

Selepas makan tengahari kami terus berjalan ke  Masjid Sultan Ahmet atau Masjid Biru.....aku tidak menafikan bahawa Masjid Biru merupakan destinasi yang aku sangat tunggu2 dan teruja.....aku percaya di luar sana termasuk pembaca yang belum pernah sampai pasti ingin ke sini jugak. Berjalan kaki selama lebih kurang 15-20 minit dengan cuaca dingin membuatkan kami cepat lapar semula dan kesejukan....tetapi pemandangan sekitar Masjid membuatkan aku dan famili begitu leka dengan keindahan senibina dan bangunan sekitar sini.


AKHIRNYA TERCAPAI JUGAK IMPIAN AKU...ALHAMDULILLAH
WIFE AKU PUN BEGITU TERUJA....IMPIAN JADI KENYATAAN DI MASJID BIRU
AMMAR MACAM TAK PERCAYA....IMPIAN DIA KE SINI AKHIRNYA
HATI DIA DAH TERTINGGAL DI MASJID INI...
SUDAH LEBIH 500 TAHUN UMUR CAMII @ MASJID  INI
POSING LAGI DENGAN KAKAK DIA
SUSAH BETUL AKU NAK DAPAT GAMBAR
 ANAK BUJANG SORANG NI
NAK MASUK KENA BERATUR PANJANG DAN AMIK PLASTIK UNTUK KASUT
MASYALLAH......CANTIKNYA
GILIR2 AMIK GAMBAR- AKU SNAP SATU FAMILI
ADIERA PULAK SNAP SATU FAMILI
MASYALLAH CANTIK NYA.....
ALHAMDULILLAH BERGAMBAR SELEPAS SOLAT DAN ZIARAH DALAM MASJID

Hampir setengah jam jugak kami di dalam Masjid untuk bersolat dan menikmati pemandangan dan senibina yang cantik dan unik. Walaupun umur Masjid ini telah melebehi 500 tahun senibinanya tetap menarik dan begitu unik....pelancung tidak pernah putus2 berada di sini...Allahuakhbar. Memang berat hati hendak meninggalkan Masjid ini....entah bila lagi berkesempatan ke sini lagi....moga Allah memberi peluang kepada kami sekeluarga untuk datang ke sini lagi satu hari nanti. Insyallah.

2 comments:

Unknown said...

As salam,

Setuju sgt dgn pndpt Tn Hj, mmg teruja bila melawat Masjid Biru. Selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi inilah masjid yg sentiasa di hati. Alhamdulillah sempat solat beberapa kali di sana termasuk Solat Jumaat. Sebenarnya terdpt heater pada carpet saf2 dpn. sedapnya bila sujud rasa mcm x nak bangun. credit n salute kpd pemerintah yg amarahkan byk masjid2 cantik di sana. mudahnya untuk solat berjemaah di mana shj.

rosli said...

Nadz Yusop,

TQVM berkongsi pengalaman you jugak.