Sunday, May 18, 2014

ISTANBUL KAMI DATANG ( MUZIUM AYA SOFYA @HAGIA SOPHIA) -BAB 33

Assalaamualaikum wbt,
(26 JANUARI 2014)- AHAD)
Menjejakkan kaki ke dalam Muzium ini satu pengalaman baru aku....terpegun dengan lambang Kalimah Allah dan Muhammad, binaan Muzium ini....ukiran dan batu Marmar dan macam2 lagi....tiba2 ternampak ukiran MARIAM AS bersama anaknya NABI Isa AS ....ternampak pula  ukiran Malaikat mengikut kepercayaan Kristian Lama. Begitu lama penerangan Ali berkaitan ukiran Malaikat dan kesan kepada pentadbiran kerajaan terdahulu.
(Aku berharap Cikgu Mas -CM PDKM akan dapat menjejak kaki ke sini satu hari nanti kerana banyak bahan sejarah Kerajaan Ottoman yang tidak diceritakan dengan betul oleh pihak Barat dan mungkin CM boleh membuat kajian satu hari nanti) 

MENUJU PINTU MASUK UTAMA MUZIUM...ADA BHG YANG DALAM RENOVASI..

Yang pasti aku begitu mengkagumi Sultan Muhammad II atau Muhammad Al Fatih serta anggota keluarganya dan Kerajaan Agung di Zaman Ottoman atau Uthmaniah kerana berjaya menakluki Istanbul dan menukar Hagia Sophia kepada Masjid pada ketika itu....begitulah kehebatan beliau...bacalah sejarahnya yang begitu hebat....dan cara beliau menakluki Istanbul dari kerajaan Kristian pada ketika itu....sepertimana maklumat di bawah... 

Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih iaitu daripada kata terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al Fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.


Dalam Muzium ini masih dikekalkan semua binaan dari zaman Greek, Kristian dan Zaman Keagungan Islam....mungkin ada sebab Kerajaan sekarang kekalkan begitu....pelancung datang dari seluruh Dunia.
AKU DAN WIFE CUBA POSING ...TERLALU KELAM DI SINI....
BINAAN DAN UKIRAN KAYU BERMUTU TINGGI
KEKAL ASLI
JELAS KALIMAH ALLAH DAN SEBELAH ATAS GAMBAR MARIAM AS DAN NABI ISA

Berhampiran pintu masuk utama ada satu tarikan pelancung....tetapi kita orang Islam tidak digalakkan memasukkan jari ke dalam lubang tersebut....ianya hanyalah kepercayaan orang Yahudi.....Aku sempat merakan aksi budak di bawah ini...mungkin budak yahudi ni

BUDAK INI MENGHARAPKAN KEAJAIBAN BERLAKU PADA DIRINYA.....

Ada banyak lagi tinggalan sejarah Zaman Byzantium yang masih kekal dalam Muzium ini...mereka simpan ukiran batu wajah Malaikat mengikut kepercayaan mereka (aku sempat merakam 2 wajah Malaikat) dan wajah Mariam AS dan Nabi Isa AS. Islam kita tidak membenarkan semua ini....
WAJAH MALAIKAT (1) IKUT KEPERCAYAAN  KRISTIAN
WAJAH MALAIKAT (2) IKUT KEPERCAYAAN MEREKA
HIASAN MARMAR BERMUTU TINGGI DAN BERUSIA BERATUS TAHUN

Aku percaya tinggalan sejarah Kristian dan kepercayaan mereka memang dengan sengaja ditinggalkan atas faktor sejarah dan muzium...

GAMBARAN WAJAH MARIAM AS DAN NABI ISA AS...MENGIKUT KEPERCAYAAN KRISTIAN
CLOSED UP....GAMBARAN MENGIKUT KEPERCAYAAN KRISTIAN

Setakat inilah dulu Aya Sofya walaupun banyak gambar yang aku tidak dapat share. Insyallah jika ada kelepangan aku cari foto2 menarik untuk dipaparkan di masa akan datang.

2 comments:

kausar said...

saya juga sukakan istanbul. love the scenery, the people, the food...

rosli said...

As Salam Kausar,

Terima kasih baca blog saya, blog Kausar pun menarik banyak pengalaman Kausar