Friday, September 26, 2014

MAKKAH KAMI DATANG (TAWAF WIDAK DAN SELAMAT TINGGAL BAITULLAH)- BAB 18

Assalaamualaikum wbt,
(5 Februari 2014)

Umrah 2014 merupakan kali kedua aku dan isteri meninggalkan Makkah dan kali pertama anak2 dan kakak aku. Aku memang sebak dan sentiasa berdoa agar Allah berikan peluang lagi kepada aku ke sini untuk mengerjakan haji. (yang peliknya ramai dah panggil aku Haji...aku anggap ini merupakan doa dari mereka, sedangkan aku hanya baru mendapat Haji kecik sahaja, Insyallah).


NIKMATMU  YANG TIDAK TERHINGGA YA ALLAH

Sebelum Subuh kami telah berada di Dataran Kaabah untuk buat tawaf Wida'....kami disarankan buat 6 pusingan dahulu dan tunggu solat Subuh dan selesai solat subuh baru buat pusingan tawaf ke 7. Alhamdulillah , walaupun sesak pada ketika itu, kami dapat juga selesaikan tawaf wida'. Alhamdulillah. 

TIDAK PERNAH JEMU MATA MEMANDANG

Sekali lagi saat-saat meninggalkan Kaabah adalah saat yang tidak dapat nak dibayangkan....dalam hati aku sebak......bilalah dapat peluang ke SINI lagi....umur pun dah masuk 51.....giliran haji pulak 2024....."aku berserah padaMu Ya Allah ". 

Setiap langkah menuju jalan keluar....aku toleh ke Kaabah.....toleh dan toleh sehingga tidak lagi kelihatan Kaabah di pintu keluar  King Aziz.....terus berjalan .... menuju hotel untuk ambil beg2 yang telahpun siap diletakkan di lobi hotel awal pagi tadi sebelum Subuh.


SENTIASA DI HATI, DI MINDA DAN DIRINDUI


Sekali lagi......kenyataan yang sama aku tuturkan dalam hati sepertimana umrah 2008....aku lebih faham erti rindu pada Baitullah, Makkah dan Madinah...memang tidak terungkap dengan kata2 bila saja mahu meninggalkan Makkah dan Madinah terutama Baitullah yang tidak pernah jemu mata memandang. 

Kali ini aku puas hati dan aku orang yang teramat gembira kerana dapat bersama-sama mengerjakan umrah bersama isteri dan anak2 aku dan jugak kakak aku. TQVM Ya Allah....Allahhuakhbar....Allahhuakhbar ....Allahhuakhbar 

Wednesday, September 24, 2014

MAKKAH KAMI DATANG (LADANG UNTA DAN MASJID HUDAIBIAH)- BAB 17

Assaalaamualaikum wbt,
(4 Februari 2014)
Selepas  melawat Muzium bas meluncur terus ke Ladang Unta dan Masjid Hudaibiah dan seterusnya berniat umrah di sini.

LADANG UNTA MEREKA SIMPLE SAHAJA
CLOSED UP
MINYAK URUT DARI SUSU UNTA
ANAK UNTA CUTE.....DI ANTARA ANUGERAH TERBAIK DARI ALLAH KEPADA MANUSIA

Program lawatan ke Ladang unta ini sebagai aktiviti sampingan jemaah dan biasanya jemaah dibenarkan merasa susu unta (tidak digalakkan sekarang kerana ada satu wabak MER COVS yang merbahaya) dan juga membeli susu unta atau minyak urut , salah satu dari produk unta yang baik. Masa umrah 2008 dulu, aku dimaklumkan tentang keunikan unta dan peranan unta sejak zaman dulu-dulu dan aku percaya mereka akan memaklumkan perkara yang sama kepada rombongan ini. Unta salah satu ciptaan dan anugerah Allah yang terhebat kepada manusia yang tinggal di padang pasir.

Di Masjid Hudaibiah  jemaah berpeluang melihat tapak asal di mana Perjanjian Hudaibiah berlaku suatu ketika dahulu dan Masjid baru untuk jemaah bersolat, bersalin pakaian dan berniat umrah.

MASJID HUDAIBIAH YANG BARU
SEJARAH LEBIH SERIBU TAHUN.....SAKI BAKI TINGGALAN HUDAIBIAH

Bermakna lengkaplah program Ziarah Luar untuk umrah kali ini untuk anak2 aku yang pertama kali buat umrah.

Saturday, September 20, 2014

MAKKAH KAMI DATANG (ANAK BUJANG AKU MELAWAT MUZIUM DUA MASJID AGUNG)- BAB 16

Assalaamualaikum wbt,
(4 Feb 2014)
Aku sudah niat dari awal lagi umrah kali ini aku memang nak perbanyakkan tawaf sunat. Ziarah luar ke Muzium Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kali ini aku tidak turut serta, tetapi aku pujuk kedua2 anak bujang aku Danial dan Ammar agar ikut serta lawatan ini dan seterusnya ke ladang unta dan Masjid Hudaibiah. Mereka bertolak dari hotel selepas solat Zohor. 

PINTU MASUK UTAMA MUZIUM DUA MASJID AGUNG
NI DIA DUA HERO AKU, DANIAL DAN AMMAR
SEBAHAGIAN DARI JEMAAH

AMMAR ....TERUJA DAN CERIA BERSAMA ABANG DIA
TANGGA KE PINTU MASUK KAABAH
PAGAR TELAGA ZAM ZAM YANG LAMA
PANCUR EMAS 
MASJIDIL HARAM DAN MAKKAH DI MASA HADAPAN

Selesai di muzium ini , mereka teruskan lawatan  menuju ke Ladang Unta dan Masjid Hudaibiah 



Friday, September 19, 2014

TIBA GILIRAN ABANG SULONG AKU PULAK - INNALILLAHHIWAINNAHIRRAJIUN

Assalaamualaikum wbt,

Jam 8.00 mlm  , 17 September 2014 aku dapat panggilan dari anak sedara aku Noor Azmi Fariz dan Abang aku Razali Ibrahim memaklumkan bahawa abang sulong aku Hj Abdul Manap Hj Md Yusoff terjatuh ketika solat dan meninggal dunia.....terduduk aku dapat berita ini macam tak percaya pun ada.....abang aku bukan ada penyakit yang kronik pun....sakit2 biasa tu adalah.....umur dia 65 tahun. Aku dimaklumkan abang aku terjatuh dan tersembam muka dia ketika sedang solat Maghrib dan meninggal beberapa minit kemudian....Allahhuakhbar....Aku bergegas ke Klang, rumah arwah abang aku....aku tatap wajah dia.... tenang di wajah dia...aku rasa lega......Alhamdulillah

Pagi, 18 September 2014 (semalam), urusan memandikan jenazah, tahlil , dikapankan, disolatkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Rantau Panjang, Klang selesai pada jam 10.45 pagi....Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.. 

BACAAN TALQIN DI TANAH PERKUBURAN KG RANTAU PANJANG , KLANG.

Tahun dan tarikh yang aku akan ingat selagi ada hayat 1981, abah aku Ibrahim bin Mat Dom. , tahun 1987 Md Yunos Mohd Zin bapa mertua aku, ...1991 arwah emak aku Hjh Mahiam Bt Hj Hassan, tahun 1995 arwah abang alang aku, Amizon Ibrahim,  tahun 2010, kakak ipar aku Asnah Yunos tahun 2012,  arwah Jumeah Sungep, kakak ipar aku dan Disember 2013 anak sedara aku, Nor Haslinda Abdul Manap...Kesemua mereka adalah insan2 yang aku kenal rapat...telah meninggalkan aku lebih awal.

Aku dengan abang manap aku, rapat antara tahun 1981 hingga tahun 1986....aku menumpang rumah dia di Taman Gembira, Sg Bertek , Klang dari waktu aku belajar di Tingkatan 6 dan sehingga aku tamat belajar di UM pada tahun 1986. Selepas dapat kerja tetap tahun 1987 aku tinggal di KL dan 1993 aku berpindah ke Bandar Baru Bangi hingga kini. Walaupun aku duduk diBangi dan arwah di Klang, telefon menjadi hubungan jika ada perkara penting. Kali terakhir aku berjumpa arwah 31 Julai lalu ketika beraya, tidak ada sebarang perubahan nyata dari perbualan atau sikap arwah.

Mungkin ada yang terperasan bin kami tidak sama, saya bin Ibrahim dan abang Manap bin Hj Md Yusoff, kami mempunyai ibu yang sama cuma berlainan bapa. Arwah ibu kami Hjh Mahiam sejak dari kecik dah tanam dalam diri kami semua , arwah Abg Manap adalah abang sulong dan kami adik beradik betul.....aku dan adik beradik lain tidak ada bantahan sebab abang Manap memang tegas dan banyak berjasa dengan kami sejak dari kecik.

Aku sendiri anggap abang Manap adalah idola aku dan aku tidak terbalas jasa Abang Manap dan kakak ipar aku Hjh Faridah Hj Ismail. Abang Manap banyak membentuk jiwa dan personaliti aku agar berani bercakap dan berani memberikan pendapat.  Terlalu banyak untuk aku ceritakan di sini....biarlah ianya menjadi ingatan dalam minda aku.


AIR MAWAR DISIRAMI ANGGOTA KELUARGA TERAPAT

Aku doakan abang aku tenang di SANA, rohnya sentiasa dicucuri RahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al Fatihah. Aamiin Aamiin Aamiin.

Wednesday, September 17, 2014

MAKKAH KAMI DATANG ( ANAK2 KE JABAL NUR DAN GUA HIRAQ) - BAB 15

Assalaamualakum,
(3 Feb Isnin....lepas Isya ke jam 2.00 pagi, 4 Feb 2014)

Untuk program mendaki...awal2 lagi...aku dah bagitau anak2 lelaki aku..."ayah tak larat dan sakit kaki...kamu berdua ajerlah wakil famili kita, tapi mesti tolong ayah dan amik gambar2 menarik". Danial dan Ammar akur.... aku suruh mereka bawak DSLR dan amik gambar yang best2 untuk penulisan blog aku...


MASIH DALAM KENDERAAN MENUJU KAKI JABAL NUR

Mereka berdua dengan kumpulan jemaah bergerak dari hotel lepas Isya dan pulang semula ke hotel  lebih kurang jam 2.00 pagi...Dari info Ammar dan Danial....dalam kumpulan mendaki tersebut Ammar yang pertama sampai ke Puncak Jabal Nur..."Ammar sangat fit " kata salah seorang jemaah yang mengikuti pendakian tersebut. Sebagai ayah aku seronok dan Danial pulak dapat mengambil banyak gambar2 menarik. Dari perbualan aku dengan Ammar, walaupun dia tiba di puncak Jabal Nur paling awal,  dia sedikit terkilan kerana tidak dapat bersolat awal di Gua Hiraq sebab masa tu sudah ada jemaah lain yang solat di pintu masuk Gua Hiraq dan dia dipotong Q oleh jemaah lain......aku bagi tau Ammar....its ok....yang penting dia dah sampai ke Gua Hiraq. 

ANAK2 BARU MEMULAKAN PENDAKIAN
PEMANDANGAN DARI PUNCAK JABAL NUR
MAKKAH DARI PUNCAK JABAL NUR
MASYALLAH CANTIKNYA DARI PUNCAK TERTINGGI JABAL NUR MENGHALA KE KOTA MAKKAH
SENTIASA PENUH DENGAN JEMAAH YANG BERSOLAT DI GUA HIRAQ UNTUK MERASAI PENGALAMAN TERINDAH DI SINI
CLOSED UP GUA HIRAQ....YANG MENANTI GILIRAN PUN RAMAI SANGAT

Sebelum turun Danial sempat merakam satu foto terindah dari Jabal Nur. Masyallah cantiknya.....

TERSERGAM INDAH KOTA MAKKAH DAN JAM BESAR 

Danial dan Ammar seronok dapat berada di Jabal Nur dan Gua Hiraq....penuh sejarah dan pemandangan yang begitu indah dan mengasyikkan.

Sunday, September 14, 2014

MAKKAH KAMI DATANG (ANTARA WAKTU MAGHRIB DAN ISYA)- BAB 14

Assalaamualaikum wbt,
( 3 Feb.2014 antara waktu Maghrib dan Isya)

Selesai mengambil gambar di atas bumbung ketika itu dah dekat nak masuk waktu Maghrib....aku turun ke aras satu...tempat yang biasa aku solat untuk minum Air Zam Zam dan memperbaharui wudhuk. Umrah  2008 aku perhatikan ajer ramai jemaah ambil wudhuk di singki Air Zam Zam....takut kena marah. Umrah kali ini aku beranikan hati...ambil wudhuk dengan Air Zam Zam...walapun terasa bersalah aku buat jugak...tengok semua jemaah lain dan pak Arab lain pun buat gitu...


SEBELUM TURUN SEMPAT LAGI SATU SNAP..
BEBERAPA JEMAAH DAH MULA TURUN KE BAWAH BERSAMA AKU
DI MUSIM UMRAH INI , SINILAH TEMPAT KEGEMARAN AKU
AKU TURUN BAWAH SEMPAT LAGI TENGOK KAABAH DAN SNAP FOTO
DAH PUAS TENGOK KAABAH MEREKA LEPAK SINI PULAK.....
TERJUMPA SUAMI ISTERI INI SEDANG LEPAK BERDUA2AN SAMBIL BACA QURAN
BANYAK RAK AL QURAN DI SINI
JEMAAH WANITA INI PUN SANGAT TEKUN BACA QURAN
Sambil menyelam minum air.....minum air Zam Zam dan berwudhuk sekali..

PAIP DAN SINGKI AIR ZAM2...ADA YANG BERWUDHUK SEKALI
TONG AIR ZAM ZAM  UNTUK MINUM MERATA TEMPAT... 
RAK KASUT PUN BANYAK
SINGKI AIR ZAM ZAM LAGI
SEMENTARA BELUM PENUH DENGAN JEMAAH UNTUK SLAT MAGHRIB AKU 
BERJALAN JAUH UNTUK MERAKAM GAMBAR ARAS SATU 
MALAM MASIH MUDA, DALAM WAKTU MAGHRIB KETIKA INI...
TUGAS MURNI MEREKA SANGAT PENTING UNTUK KEBERSIHAN MASJIDIL HARAM


Selesai solat Isya aku terus pulang ke hotel kerana perlu serahkan kamera kepada dua anak bujang aku yang akan mendaki Jabal Nur lewat malam nanti.

JEMAAH MASIH SESAK DAN BERANSUR BALIK DAN ADA YANG MASIH BERLEGAR2
JEMAAH TUA NI MACAM MARAH BILA AKU SNAP FOTO DIA....ENTAH KENAPA
JUMPA 2 ORANG MAT REMPIT ARAB....
DATARAN INI BARU AJER SIAP....
24 JAM SENTIASA PENUH DENGAN JEMAAH.....


Tidak tergambar dengan kata2 keindahan Masjidil Haram ketika ini....sentiasa rindu untuk berada di sini, Insyallah.

Friday, September 12, 2014

SEMUANYA DARI ALLAH SWT (RASUL DAN NABI TELAH MELALUINYA) - BAB 1

Assalaamualaikum wbt,


Allah berfirman dalam surah A-Li ‘Imran ayat 26 & 27.
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". 

Huraian: Allah menyuruh RasulNya supaya menyampaikan kepada manusia, bahawa Allahlah yang memiliki/mempunyai kekuasaan yang sebenarnya. Dia berikan kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya dan di cabutNya kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya. Semuanya menurut ketentuan Allah dalam cara memberi atau mencabut pemberianNya. Dia berikan kemuliaan/kebesaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dia menghinakan atau merendahkan sesiapa yang dikehendakiNya kerana kerendahan moralnya sendiri.

Semua urusan adalah di tangan Allah yang baik maupun merupakan yang buruk. Dialah yang memberi kebahagian dan yang mendatangkan penderitaan bagi yang layak menerimanya.

Kalau kita imbas kembali di zaman Rasul2 terdahulu dan zaman Nabi2 terdahulu mereka Allah uji dengan pelbagai ujian yang begitu berat, ujian sakit, ujian kuasa, ujian keluarga, ujian keimanan dan macam2 lagi. Kita semua maklum kesemua Nabi2 dan Rasul2 mempunyai keimanan yang begitu tebal dan jitu dan sesungguhnya mereka semua adalah pilihan Allah dan telah terbukti keimanan mereka yang tidak berbelah bahagi dan beriman kepada Allah swt. Nabi Muhammad saw adalah yang paling Agung dan telah diduga dari lahir sehingga Baginda hendak wafat....Baginda mengambil berat nasib umat Islam.....sila rujuk banyak kitab2 dan buku  rujukan di mana saat2 Rasulullah hendak wafat.

Yang aku nak share selepas2 ini adalah kisah besar yang pernah berlaku, sedang berlaku dan mungkin akan berlaku di sekeliling aku dan aku tidak berniat pun nak menyentuh mana2 pihak dan jika berlaku ia adalah kebetulan.  Aku memang tidak berniat untuk membuka aib mana2 pihak sekadar berkongsi rasa....

Berkongsi rasa apa yang berlaku dan yang aku perhatikan di sekeliling aku sekarang ..... aku sendiri yang imannya senipis kulit bawang di mana aku telah melalui beberapa ujian besar dan di samping kawan2 sekeliling aku yang hampir gagal dan ada dengan senang2 menyalahkan Allah....Allahuakhbar.......

Tuesday, September 9, 2014

MAKKAH KAMI DATANG ( PEMBINAAN DAN PEMBESARAN HARAM)- BAB 13

Assalaamualaikum wbt,
(3 Februari 2014- Asar)
Sepertimana yang dijanjikan, saya post beberapa keping lagi gambar bagi yang mengikuti perkembangan pembesaran Masjidil Haram (sehingga Februari 2014)


INI DARI JALANRAYA SEBELUM AKU MASUK KE MASJIDIL HARAM
PADA KETIKA INI, LEBIH SEPARUH MASJIDIL  HARAM SIBUK DENGAN KERJA PEMBESARAN DAN PEMBINAAN....PENUH KREN
PADA KETIKA INI LEBIH SEPARUH DARI MASJIDIL HARAM 
SEDANG DALAM PROSES PEMBESARAN
BERAT TUGAS PENGENDALI KREN INI...BAHAYA PUN ADA
HAMPIR SEGENAP PENJURU  KETIKA ITU ADA KERJA2 PEMBINAAN
ARAS SATU MATAF BELUM DIGUNAKAN LAGI
STRUKTUR BINAAN MEMANG BESAR DAN KUKUH
MATAF ARAS SATU FINAL STAGE KERJA MENGECAT DAN FINAL TOUCH UP
PROSES PEMBESARAN UNTUK MASA HADAPAN
Alhamdulillah....beratus gambar aku dah snap....lega rasa hati....selepas itu aku pasang niat dan azam agar aku dapat datang lagi ke sini untuk mengerjakan haji di masa hadapan....aku bagitau wife dan anak2....musim umrah memang boleh amik gambar.....akan datang jika buat haji...aku nak tumpukan kepada buat haji sahaja....jemaah pada di musim haji terlalu ramai  dan peluang sebegini tidak mudah ketika itu. Wallahhua'lam